Tuesday, November 29, 2005

final dah abis.. yeahooo!!!

sempat amik gambar mase finalhuhu.. excited tul aku skang ni.. settle sumer paper utk sem ni. lepas ni dah boleh enjoy. yeahooo!! merdeka!! merdeka!! merdeka!! setelah 2 minggu bersengkang mata smpai ke pagi, baru ari ni boleh relax.. takyah nak pk dah. takyah nak menghafal, takyah nak buat short note, takyah study smpai 5-6 pagi.. huh.. sumer tu dah takyah nak buat. mmg susah subjek utk sem ni. susah nak score.. dah la rata2 sumer subjer 'core'.. 3-4 cr hour jer.. hampes tul. nak target B pun tak confident.. tp paper network troubleshooting td, boleh tahan gak soklan dia. siape tak paham mmg lingkup la.. aku ni pun main booh jer letak jawapan. yg peliknye.. aku punye jwpn pendek jer, camne bdk2 ni tak cukup mase nak buat. pastu panjang berjela plak tu.. ishhh.. hmmm lupekan je la..

pemandangan dr mejaku..abis paper, trus balik bilik dulu.. buat bising kat aidil (roomate) siap nyanyi lagu "paper ku dah abis" versi mawi.(sumpah poyo) sian mamat tu, marah bukan main. mentang2 dia ade 2 paper lagi.. (padan muke.. suke ati aku) So, td lepas abis paper kami sumer gi menghabiskan duit loan MARA dgn bermain bowling.. hehehhe.. dekat 3 bijik keter gak yg follow. saje je balik malam2.. ye la paper kan dah abis.. huhu..

-adios-

Saturday, November 26, 2005

blog ku berwajah baru..

baca doa makan..
huh.. setelah sekian lame baru kini aku ade mase utk meng'auter' blog aku ni.. semak je mate aku memandangnye slame ni.. baru la nampak tenang sikit skarang.. kini blog aku dah berwajah baru. moga sesape yg 'singah' kat sini tak sakit mate.. so, lepas ni harap aku ade mase la utk update menatang ni..

-adios

Sunday, November 20, 2005

"Oh Peperiksaan.."

picture with madam zaheera, after network security presentation..
huhu.. final nak stat beb. besok paper islamic, bace pun tak lagi.. ishh.. tak kan takde perubahan kot kat aku ni.. asyik study last minit jer.. "ape nak jadi ko ni pitt.. ha!!" -kata hatiku.. eleh bukan aku sorg jer camni. bdk2 ni pun releks jer aku tgk. lantak pi la..

dikesempatan ini aku nak mohon ampun maaf kat member2 especially bdk network section1&2. kalo aku silap, mintak sori ek. esok kite nak pekse dah. nti baca punya baca, satu hapah pun tak masuk. tak lupe pada mak ayah kat branang.. doakan kejayaan anakandamu.. (ceh! macam ucapan raya la pulak) akan ku cube balas jasamu..

so, gudluck to all of u guys.. take care. jaga kesihatan.. jgn demam plak mase final. naiya jer nti.. n i luv u myfrenz.. :-D

Thursday, November 10, 2005

Pengunaan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian.

kadang2 kita terpengaruh dengan movie,terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah" dalam situasi yang silap. Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah
"MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan
tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya.
Wallahulam.

Tuesday, October 25, 2005

3rd place in Chess Tournament

eeiii.. mane nak jalan ni??hai.. hujung minggu lepas (ahad) aku masuk tournament chess anjuran kelab chess micet. seramai 28 org menyertai ptandingan tersebut dimana ptandingan ini dibuat secara kalah mati. so, aku pun cube2 la nasib masuk ptandingan minda ni. mane tau, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. heheh..

aku ni tak lah teror sgt pasal chess ni.. tp basic tu ade la. secare kebetulan bdk bilik aku (khairul azhar) ahli kelab chess. so dia pun ajak aku join ptandingan tu. aku ok jer.. dgn syarat dia kene latih aku la. (ye la takkan nak main utk kalah.. alang2 biar smpai final. hehehe..) dlm sminggu tu aku sibuk berlatih gune satu software chess "Kasparove ChessMate". dr situ la aku tau skill2 chess.

dipendekkan cerite, dihari ptandingan.. stat kul 9. aku smpai kul 9.40. (lewat bgn.. ye la buat hari ahad.. hari tido beb!) nasib tak disqualified. itupun sbb org yg akan aku lwn tu pun tak dtg lagi.. so, aku mng free la utk 1st round. 2nd round aku lepas gak. then, 3rd round pun aku menang.. so, aku kini dah masuk suku akhir. pun menang gak! cam tak cayer jer.. aku boleh smpai semi final. huhu.. (hadiah dah dalam genggaman) but.. aku akhirnye tewas kat semi. ye la, lawan wakil micet sem lepas. kemudian aku menang penentuan tmpat ke3 & 4. so, aku dpt 3rd place...
WOW!! hasil latihan 1 minggu.. aku kini adalah pemain chess yg baik.. hahahah... (ketawa jahat..)

itu jer utk kali ni.. ;-p

ni aku nak kongsi siket ngan korang..

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."

Wassalam,

P/S: "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Monday, October 24, 2005

kenapa pelajar perempuan "MELAYU" yang kena rasuk??

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...


"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan..
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat..
Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik..
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."


p/s: ha ha ha.... aku pun terkena tadi...

Sunday, October 16, 2005

Kelebihan Sujud

Sujud lega sistem pernafasan.MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

sumber : internet

ps: so, lepas ni rerajin la solat 5 waktu yer.. insyaAllah kite terhindar dr penyakit2 tersebut..

Saturday, October 15, 2005

Fikir fikirkan..

Renungkan!!!!!!!!!

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik
oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia
memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu. kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

Wednesday, October 12, 2005

aku pun tak tau..

aku pun tak tau ape sbenarnye nak aku tulis kali ni. tapi hati aku sejak kebelakangan ni tak berapa tenteram. ntah la.. kekadang tu aku suke bersendirian. tak berapa gemar bersosial spt selalu. aku suke tgk alam sekeliling. tgk makhluk ciptaan tuhan. kenapa makhluk ni sumer wujud?? ape fungsi mereka?? kenape pulak aku mesti wujud?? apa fungsi aku dlm dunia ciptaan ilahi ni?? persoalan yg tiba2 bermain di minda. (mcm org x btul jer) tp perkara ni timbul semenjak aku tgk presentation salah sorg member aku mengenai contoh2 keajaiban alquran dan kejadian tuhan. betapa 'rendah' diriku ini jika hendak dibandingkan dgn Tuhan maha pencipta serta kekuasaanNYA. subhanallah..

tapi kan, baru2 ni mase ulangtahun perkahwinanku.. eh silap.(bile mase plak aku kawin) hmmm ulangtahun kelahiranku.. yg ke23. dah tua dah aku rupenyer.. tapi perangai tak matang2 jugak. ahaks.. biasela.. time besday. sume hantar msg wish 'hepi besday' kat aku. ade yg bg picture msg.. thanks my fren.. ade jugak yg tepon trus.. (org pertama selepas masuk kul 12) siape lagi, ehem2 aku la.. hehehe.. hepi btul aku ari tu. (walaupun takde hadiah) ala, wish besday pun dah mencukupi. tp ari tu aku ttp dpt hadiah besday gaks. dr seorg sahabat karibku. mule2 aku saje jer mintak hadiah. alih2 dia suruh aku janji. kalau dia bagi, aku mesti gune setiap hari. excited tul aku. ye la, org nak bagi hadiah. sape taknak?? so, dgn hati yg ceria aku pun tanye lagi. bile nak bagi??

last2 dia send satu msg:
doa ketetapan hati; "ya tuhan kami, jgnlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau berikan kami petunjuk kpd kami. dan kurniakanlah kpd kami rahmat dr sisiMU, krn sesungguhnya engkaulah maha pemberi kurnia".(surah al-imran ayat 8)- amalkan ayat ni (yg versi arabnye) setiap kali lepas solat 5 waktu.
suke tak hadiah ni??

pade mulenye, terkilan la jugak kan. ye la, dah excited nak dpt hadiah. tp hati ni tergerak nak tgk alquran surah al-imran ayat 8 tu. so, aku amik air smbahyang, trus rujuk ayat tu. la.. ayat ni rupenyer.. slalu aku bace pun mase doa. bunyiknye.. "rabbana la tuzigh qulubana ba'daishadaitana...... " smpai abis. jadi, selps ari tu aku pun cube amalkan doa ini. semoga tuhan tetapkan hati hambanye ini ke arah kebaikan. amin..

ape lagi aku nak tulis ek! dah tu je la kot. nti kalo aku ade mood aku smbung blk.. heheh.. adios.

Thursday, October 06, 2005

keistimewaan buah tamar

alhamdulillah.. sudah 2 hari aku dpt menunaikan ibadah puasa dgn sempurna. takde sebarang kemudaratan. macam hari2 biase jer.. perut pun dah kenyang sgt ni. nak gi terawikh pun berat.. cam malas jer. tp kalo tak pegi rugi la pulak. mase ni lah kite nak kumpul pahala lebih2. boleh gak cover sket dosa2 yg aku buat sbelum ni. hehehe.. ni aku nak kongsi siket satu cerita yg aku dpt melalui internet ngan korang. tajuknye berkisar tentang "keistimewaan buah tamar". baru aku tau yg tamar ni dijadikan dr lebihan tanah dr penciptaan nabi adam a.s.. subhanallah..

alkisah..

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

salam ramadhan!!Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.

Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.

Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.

Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.

Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita....

Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

... begitulah kisahnye.. semoga kita beroleh manfaat dari kisah ini. wassalam..

Wednesday, October 05, 2005

salam ramadhan

ahlan wasahlan.. ari ni rabu, tanggal 5 oktober 2005 bersamaan 1 ramadhan 1426H. yaa.. ari ni adalah hari pertama umat islam di seluruh dunia menunaikan ibadah wajib puase. sempena kedatangan ramadhan almubarak ni insyaAllah aku ingin memperbanyakkan amal ibadah supaya puase aku kali ini lebih diberkati dah mendapat rahmat dariNya. malam tadi pun bukan main ramai lagi jemaah yg menunaikan solat sunat terawikh. biase ler.. awal2 mmg camtu.. standart modified org kate. :p tgk la nanti mase 10 hari last.. tinggal imam ngan bilal je la.. ahaks.. hmmm, lapar pulak perut ni. skang ni jam menunjukkan kul 5.45 petang. ade lagi lebih kurang 1 jam suku je lagi nak buker. (waktu berbuke kaw melaka: 7.03pm) dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua.
salam ramadhan!!

selamat berpuase dan moga kite beroleh keberkatan dariNya. wassalam..

Sunday, October 02, 2005

bola sepak (3rd place)

huhu.. akhirnye dpt jugak aku memiliki subutir pingat dr micet walaupun berwarna cokelat jer.. td aku ade game bola penentuan tmpat ke3 & ke4. jawa united berjaya membelasah pihak lawan dgn kemenangan besar 3 - 0. yeaahhh!! mcm final selangor perlis jer. nasib baik melon tak buat hatrik.. kalo tak trus dpt jolokan bambang malaysia. ahaks.. satu gol lagi dijaringkan oleh junaid. hmmm.. time kasih kepada penyokong2 dan pengadil perlawanan. (ntah ape2 ntah)
inilah team JAWA UNITED.. bravo!!

Saturday, October 01, 2005

bowling tournament

alkisah.. hari ni aku ade tournament bowling kat MP. ramai gak yang masuk lebih kurang ade 12 team. team aku diberi nama 'jaguh kampung' (ye la, slalu berlatih boling guna buah kelapa n botol kicap) nak praktis yg betul2 takde duit, so itulah cara yg paling murah dan menjimatkan. hehehe... team aku terdiri drp apitt, bad banting, n apis gigi. (ahaks sori geng)

my team 'JAGUH KAMPUNG' - 4th place beb!!dipendekkan cerita, team kami yg pada mulenye tak diberikan harapan langsung telah berjaya menggondol hadiah utama iaitu tempat ke-empat. wakakakak.. sikit lagi nak jadi johan. kalau si 'gigi' tu dapat 2ratus lebih mesti team aku johan.. (cam senang je dapat 2ratus lebih). tapi takpe, berbaloi la dgn usaha kami. (tak pernah praktis pun). aku pulak beza 6 point je lagi. kalo tak aku dapat best player. rm50 beb. nyesal tak baling btul2 kat last frame tu. (tu la mase belajar memain, mase main pun memain lagi.. ish ish) tp takpe.. aku terime jer. perkara dah nak jadi..


hehehe.. with my supporterboleh tahan gak aku main ari ni. strike ade.. spare pun banyak.. maintain 150 gak la. tu pun ade awek datang bg support. thanks :-) teruja sikit aku main. dlm kul 6.30 baru settle sume skali siap dgn penyampaian hadiah. pastu aku ngan bdk2 terkejar2 keluar dr mp sbb bas lame nunggu. lambat lagi 5 minit mmg kene tinggal je. at the end.. kul 8 mlm kami pun smpai.


malam tu pulak ade final piala malaysia. aku smpat tengok second half je. pergh.. selongor menang siottt... selangor 3 perlis 0. yeaahhhhh!!! hidup selangor.. memang best btul tgk game malam tu. selangor punye serangan, memang bahaya. gempak habis. tu yang bambang boleh buat hatrik tu. defense pulak main power gile. mmg takde ruang si hitam perlis yg 2 ekor tu nak score. syabas!! syabas!! mcm tak caye jer. final boleh menang 3 - 0. tak patut. dlm paper pun komen boleh menang tipis jer. ni 3 - 0 beb. kalo aku org perlis. malu la gaks. (sori ek org perlis)
selangor juara!!

ok la.. esok aku ade game bola pulak. tmpat 3 & 4. mintak2 boleh menang. ye la mengidam gak nak simpan piala buat kenangan kat sini. ok bye!!

Friday, September 30, 2005

sori12x..

"smekom.. boleh masuk!!"

huhu.. dah lame giler aku tak update blog aku nih. bukannyer takde mase, tapi malas. nak menaip tu yg malas. tapi ntah ape yg buat aku teruja utk menaip ari ni pun aku tak tau. may be pasal game bola tadi kot.

hishhh.. nak ingat sakit hati, tak ingat kang ilang ingatan pulak.. eeeeeeeiiii.. geramnyer.. apesal la bola tadi aku tak leh score. dah depan gol. tinggal aku ngan keeper jer. cemane bola tu 'ternaik' atas pun aku tak tau. dah ler kene tinggal 0 - 1 waktu tu. last minit pulak tu. memang tu je la peluang yg tinggal.. tapi aku pulak yg menghampakan.. cakap org senang, bile kene batang hidung sendiri, baru tau. padan muke!!! tapi ape2 pun, kegagalan aku menjaringkan gol itu telah menghampakan harapan beberapa org yg saksikan perlawanan itu. huh... sori geng. aku tau silap aku. kalau aku jaringkan gol tadi, mesti kite menang kan! tapi nak buat cemane.. bukan aku taknak gol kan, tapi... hishhh.. betul la org cakap. "berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul".. tak leh tido malam nampaknye aku hari ini..

tapi, hidup perlu diteruskan. aku perlu menerima ianya suratan takdir. perkara dah berlaku, tak gune nak dikesalkan lagi. (cakap senang le..) lagipun, kite ni hidup beragama, percaya kepada qada' dan qadar.. hmmm, hati aku dah kurang 'sakit' sikit lepas solat maghrib ni.. huh!! aku banyak2 sori.. :'-(

Wednesday, June 01, 2005

Yeahooo... Merdeka!!

yeahooo!!! Merdekaaa!! Arghhhhhh!!!!.... huh.. rase nak jerit jer waktu ni. betape leganya hati. rase macam satu beban yg amat berat kat bahu ni telah hilang. Akhirnye.. selesai sudah semua paper final exam utk sem jan-jun 2005. rase mcm tak pcaye pulak. semua dah settle. terase betape penatnye badan bersengkang mata, tido kul 4-5 pagi utk study sepanjang 2 minggu final ni. rasenye, aku telah berikan sepenuh kudrat, usaha yg kuat, serta tawakal kpd tuhan, utk mencapai result yg baik utk sem ni. semoga segala usaha penat lelah ku ini diberikan balasan yg setimpal. Semoga dpt ku balas budi ibu bapa yg membesarkan dan mendidikku selama ini.

sblum first paper ari tu, aku telah call family utk doakan kejayaan ku. (sesuatu yg jarang ku buat selama ini). aku call mak, minta doakan anak bujang dia ni senang nak jawab pekse. mak mengiyakannya sblm dia mmberi ayah ku gagang tepon utk aku berbual ngan ayah pulak. (sbenarnya aku segan sikit smbang ngan ayah ni. tak biase) dgn segan silu aku pun tanye la ape yg terlintas difikiran. sihat ke tak? ape citer terkini kat kampung.. dll.. ayah pun bercerita bersungguh dgn aku. sempat dia pesan belajar rerajin. (terkedu aku mendengarnya) spontan je aku mintak dia doakan aku utk final ni. ayah ku menjawab "ayah slalu doakan kebahagiaan anak2 ayah setiap kali lepas smbhyang. anak2 jer yg tak tau..") kata2nya mmbuatkn air mataku bergenang tak semena2. hati kecil ini begitu tersentuh dengan kata2 ikhlas yg lahir dr mulut seorang lelaki yg bergelar bapa. begitu byk dosa aku kpd dia selama ini. betapa org tua ini mengharapkan sesuatu dr ku. betapa aku seringkali mengabaikan pesan dan saranannye selama ini. leka dgn dunia remajaku. ape yg kuinginkan selama ini tak pernah satu pun tak dapat. segalanya telah dipenuhi tanpa kurasekan kekurangan. "ya allah.. ampunilah dosa hamba mu yg lemah ini.."

ape yg aku merepekkan ni. tu la.. kekadangtu, bile menaip, aku tak pk ape yg aku taip. main boh jer. hmmm tp, itu semua adalah hakikat yg sebenar. hakikat yg perlu ku tempuhi dlm menjalani kehidupan yg makin mencabar ni. berbalik kepada citer sebenar. paper dah abis.. mase untuk enjoy.. yeahooo!!! besok nak pegi mane ek! hmmm.. ape lagi. jenjalan ngan awek la. akan ku habiskan mase yg singkat ini utk bersama org tersayang. huhu.. ye la, lepas ni sbulan dah tak jumpe. lame tuh..

lepas ni duk umah sbulan. tak tau nak buat ape. takde plan lagi. abiskan mase ngan family je la. pastu makan tido makan tido. (jgn gemok mase bukak sem nti sudah.. heheh..) - ok chow!!

Tuesday, May 31, 2005

kejadian di bilik A108 Vol:3

aku : huh bosan sioww mlm ni..
ter : er..mati aku esok paper pendidikan islam..ape aku nak jwb sial..(cuba utk membuat lawak yg x dpt diterima oleh akal yg waras)
aku : oi bengap aku tau le ko kapel ngan ustazah skang..ko sms le die time pekse..(cuba melayan lawak bodoh kawannye)
ter : bangang ko,aku amik moral le
aku : tau pun..abis tu pegi le baca bibel ko 2
(ater membuat muka 10 sen sambil membalas msg ustazah kesayangannye)
faizal:mar tlg urut badan aku pastu kemas loker aku..(dgn selambe penyangak ni memerintah aku,nak tau muka die ade dlm photo ku kat bwh skali)

aku : pegi le mampus..(aku terus membuat dono smbil membace nota islamic yg sememamangnye tak penah aku salin,hampeh nye ustaz)

(ater pergi ke tandas,tiba2 aku kedengaran bunyi hp ater berdering..segera aku mengangkatnye..huh ustazah lina)
aku : hallo nak ckp ngan sape?
lina : imran ade?
(huh celaka ni menggunakan nama samaran imran..sumpah poyo!!!))

aku : im g tandas..awak kol balik nye
lina : erm takpele..ckp ngan im jgn lupe semayang isyak sblm tido..
aku : erm ok..jgn takut mamat tu tak penah tgl semayang..(huh aku telah berjaya menambahkan dosa ku)

"ok le esok aku paper islamic yg hanye 5 kali aku dtg spjg sem..aku berharap kertas aku tak kosong ngan tulisan...sekian"

Saturday, May 28, 2005

Kejadian Yg Berlaku di blk A108.. Tergendala

Buat kawan2 yg setia membace kejadian yg
berlaku d blk A108...Tunggu larr...ye...Sebab buat
mase skrg ni...salah seorang daripada editornye
sedang menikmati keindahan luke2 pade kakinye
akibat accident hari tu...SO...kawan2 harap dapat
bersabar ok...Neway...Final dah nak Abis!
YaaaahhhOOOOOooo!

Friday, May 27, 2005

pintu garage yg terbuka

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL... Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masukla...

Boss : "Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client... "

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya... biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar...

10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : "Boss... pagi tadi kan... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka..."
Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...
Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????
Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware...) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada 'Mini Cooper' dengan dua tayar depannya pancit!!!!!...

woakakaakakakaakakakkak.....

P/s Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware!!!

final week..

lagi 6 jam sebelum exam..baru je abis paper cyber law td. pergh.. boleh tahan gak soalannye. tp, aku rase kali ni aku boleh jawab sbb ape yg aku bace masuk. tak sia2 la study smpai kul 4-5 pagi. (smpat tgk bola liverpool vs AC milan pulak tu..) hehehe.. ade pulak tu, tgh2 menghafal, tetiba bunyi dengkuran yg kuat. la.. nan terlelap rupenye.. siannn..
sejuk beb.. aku demam malam tu..mmg minggu ni 'jem' sikit la. minggu final, biasela.. 3 paper dah slamat diijabkabulkan.. alhamdulillah.. PM, Islamic, & cyber law. besok paper malaysian studies pulak. alamak.. ni subjek yg aku lemah ni. kene byk menghafal ma.. dah la waktu test tiru org jer. mampusss... ape2 pun aku mesti berusaha dulu. pantang org minang cam aku ni berundur sblm berjuang.. wakaka.. malam ni akan ku pulun habis2an.

Thursday, May 26, 2005

kejadian yg berlaku di bilik A108 - Vol:2

(selepas pulang dari exam math)

aku : pergh ater kluar awal sial!!!
ater: kluar awal maknenye jem bodoh!!!!!wa tgh
seram sejuk ni mar..
akur: ko lek je ter...aku 4 soalan tak jwb maaa..
(nada kecewa dan pasrah)
bat : mar ade rokok!!
aku : pergile beli kat bilik wan
bat : bilik die kunci ler..
(bat terus meninggalkan bilik dgn langkah seribu)
aku : ter mlm ni kite pulun abis fluid...lu ajar gua.
ater: ermmm masyuk!!

(maka malam pun menjelang tiba)
aku : oi celaka bile nak studi ni..
ater: jap lg kul 10..wa nak lepak jap..
aku : kul 10 k

(kul 10 mlm)
aku : oi ter aku tak larat le nak buka buku...mate wa
dah tak bley blah ni..
ater: sama le ngan aku...kite studi 4 pg nnt
le...skang kite tido dulu k...
aku : boleh tahan gak cibai ko ni!!!ko kejut aku!!!

(kite nntkanlah ape kesudahannye...adakah amar ngan ater akan
bgn utk studi...atau terus dibuai mimpi2 yang indah???...)

to be continued......

Wednesday, May 25, 2005

kEjadiAn Yg BerLaku Di BiLiK A108

- episod 1 -

aku : ter mcm mane ni esok final bodo!!!
ater: lek le...ko ni cuak sgt...
aku : cuak kepala bana ko!!satu hapak aku tak tau
doh!!!aku dah putus asa ni!!!
aku : oi celaka ko ni dengo tak!!
ater: mar railway jom!!
aku : dengan selambe ko ajak aku kluar!!!jom le
mangkuk!!kamikaze esok!!!...muakakaka
ater: lek maaa...nnt kite repeat same2

(selepas itu mereka pun kluar dgn jiwa yg tak bersalah!!!!!!!)

BEGINILAH RUTIN HARIAN DI BILIK
A108...HATTA EXAM ESOK MASIH LG DIBUAII
MIMPI...........SEKIAN...DOAKAN KEJAYAAN
KAMI!!!!!!WAWAWAWAWA

Tuesday, April 19, 2005

best gak duk umah..

cuti ujung minggu ari tu aku balik umah aku kat beranang. pergh.. dah sebulan aku tak balik. rindu pulak kat family.(maklumlah org jarang berjauhan dr family)heheh..
sepatutnye aku balik ari jumaat, tp planning awal terpakse di ubah atas sbb2 tertentu. sbenarnye kene teman seseorang. yela.. dibuatnye sesat kat terminal one tu kang, sape yg susah. aku jugak yang kempunan. hik! :-D

balik je umah, malam tu aku dah kluar balik. (buat mak aku bleter je.. heheh) aku gi futsal kat ampang ngan cipun.. hmm.. ramai gak memember kpm yg aku jumpe kat sane. dekat puluh org gak la. macam mini gathering pulak. masing2 dah berkerjaya n berpendapatan tetap. (jeles pulak aku). maklumlah, kite bdk skolah lagi. so, aku pun diam je la, tak byk cakap. balik dalam kul 2 pagi. (minum2 dulu)

duk umah tak buat ape, lepas rindu ngan anak2 buah yg makin membesar. ari isnin baru aku gerak balik. dlm bas dr s'ban ke tampin ade satu citer aku nak kongsi. ade 2 org mamat negro ni naik bas. dia nak gi satu tempat. tp dia tak tau name tempat tu. so, conductor bas tu pun tanye. (bas jenis lame, pakai conductor bas lagi) "where r u going?" negro: "somewhere in front" conductor bas tu ulang lagi: "where r u going" negro: "i don't know, but the place name is like ..wang or.. hmmm.. like that. conductor bus: "senawang aaa.."(pelat cine). negro tu pun angguk je la. conductor bus tu pun bising. "apa punya itam, timpat mau pigi pun tala tau" so, dia mintak rm1.20 je..

smpai kat area senawang, apek ni pun tanye lagi. "where r u going?" negro:"not here, in front" so, apek tu pun mintak negro tu bayar lagi sbb dia dah smpai lebih dr senawang. negro tu taknak sbb dia dah bayar td. mayb ade salah paham sikit. so, berlaku la pergaduhan dlm bas tu. gaduh punye gaduh.. apek tu menang. sbb dia halau negro tu kluar dr bas. ntah hutan mane ntah dia turun. sempat si negro tu mencarut n bagi warning kat apek tu. tp, sian pulak aku tgk. (patutnye pelanc0ng asing ni kite kene tunjuk kan budi bahasa kite. ni tidak..) lgpun apek tu bukannye btul sgt, ckp macam org mabuk jer. ape yg aku perasan dr td, conductor bas + driver bas, dua2 boleh speaking english. dahsyat.. padahal keje bawak bas jer. tp dua2 bukan kaum melayu. cina n india. (aku sndiri pun tak reti sgt speking bangse penjajah ni. hehehe..)

smpai tampin dlm kul 3 ptg. kul 5 aku ade klas islamic study. -the end-


***************


aku dapat msg frenster dr besfren aku ni. sian aku bace msg dia.

Semekom...
Message: weih... Aku dekat TUDM skrg nih... Ni pon baru dpt outing... tak tahu biler dapat outing lagi... papepon, aku nak ngko datang waktu aku passing
out nanti... dalam bulan 7... 02 Julai kot... aku tak berapa pasti tarikhnyer... papepon, bgtahu sumer kengkawan kiter + En. Yus datanglah jengok aku
waktu passing out nanti... Aku rindu dgn kehidupan aku dulu... Nyesal giler aku masuk tentera... Arghhhhh!!! Mental nih... Balik nanti, insyaAllah baik balik... weih, kalo free tuh, tulislah surat dkt aku... suruh adik aku, Akim, tlg poskan
setem skali ek... kata dkt dier, macam yang dulu :)

hehehe Nih alamat aku...
725015 Perajurit Muda Khairul Anuar Bin Abdul Shukor,
Skuadron Latihan Perajurit Muda, Institut Latihan
Tentera Udara, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan...

Datanglah jumpe aku.... Aku rindu giler... Aku rindu dgn Encik Yus... InsyaAllah 6 jun ni aku menembak pakai steyr...

-bye-

hmmm... lame dah aku tak jumpe si borhan ni. patut la aku rase cam kehilangan setiap kali balik kampung. macam ade kurang jer. hmm.. slalu, ngan dia la aku slalu kluar kalo nak gi memane. dia la yg rajin dtg umah kalo aku balik. last2 tetibe jer masuk tentera. tp ok gak.. ade gak member yg jadi tentera udara. hehehe..

ape2 pun goodluck myfrenz. all da best!

Wednesday, April 13, 2005

aduss sakit telinga aku..

huh.. ntah nape ntah.. telinga ni sakit jer ari ni. smalam sakit sikit jer. malam ni dah berdenyut2 pulak. langsung sbelah kiri ni aku tak dengar ape org cakap. so, sesape yg ingin berkomunikasi ngan aku kene jerit sikit la. hmmm, satu nikmat (nikmat mendengar) telah tuhan tarik balik dr hambanye. mungkin ade dosa2 kecil yg telah aku lakukan hinggakan aku diuji sebegini. :-(

nak dijadikan citer, tadi aku bgtau la kat awek kesayangan aku. punyelah dia risau, macam aku nak mati pulak. padahal aku sakit sikit je. (saje je nak memanje lelebih.. hehehe..) siap suruh aku makan ubat tahan sakit lagi. tak pasal2 ezra berlari dtg bilik aku bawak panadol. tibe2 jer mamat ni dtg bilik. terkejut aku. ini sah si bedah ni mengadu kat mamat nih. huh.. makin sakit pulak telinga ni. rase mcm nak demam pun ade. hmm, esok gi klinik la check doktor. sape pulak yg aku nak susah kan kali ni.. hishh.. susah btul la takde transport ni. tp kalau ade transport pun aku pulak yg susah. asyik merayap jer.. hehehe..

pagi ni ade game bola best. bayern munich vs chelsea. mesti bayern menang punye lah. so, bdk2 ni sanggup bertegang mata (tak tido) semata2 utk game pagi ni. (ade gak yg tido depan tv smpai kul 6.30 ni kang) huhu..


-----------------------------

hishh.. tgk blog memember best jer bercerite itu ini. aku pulak takde mase nak update menatang ni. td baru jer bace nan nyer blog. best jer dia bercerita. aku bukan ape, segan sikit tulis ape aku buat ni utk tatapan org. ye la, hidup ni mesti ade privacy sikit. hmmm.. tp, selepas di fikirkan 389 kali.. lantak pi la org nak cakap ape. janji aku bahagia. buat je ape yg aku suke.. so, lepas ni aku rase aku nak tulis je la ape yg aku rase aku nak citer.. mintak maap la bebanyak kepada sesape yg namenyer aku paparkan tanpa kebenaran.

Sunday, March 20, 2005

seminggu di rumah..

termasuk ari ni, genap lah seminggu aku holiday di rumah ku di beranang. Cuti midsem ni aku manfaatkan mase ku utk bersama2 ahli keluarga. lame aku tak berbual ngan family.. ye la, kalo balik ujung minggu pun, bknnye terperap kat umah. asyik kluar je ngan kengkawan. so, cuti sminggu ni aku byr balik.. asyik terperap je kat umah. tp mlm aku kluar gak, buat part time basuh pinggan kat restoran. (cam tak cayer je ek!) boleh la carik duit poket sikit. ok la.. tapi malam semalam paling penat. customer ramai giler. tak putus2 smpai kul 1 pagi. smpaikan aku tak sempat berehat. gilo!!

sbenarnye aku ade program under MPP uniklMICET. program sahsiah diri. best gakla aktiviti dia. ade flying fox, abselling, rock climbing, burung hantu, berjalan malam.. dan lain2. program tu stat ari isnin - khamis. ari sabtu pulak under wataniah, ade proggram daki gunung datok. pun best jugak.. tapi dua2 aku tak pegi. semuanya atas alasan family. cuti ni adalah masa aku bersama family. berkorban la sikit.. hmmm...

so, ape akiviti harian aku?? makan tido, makan tido, sms.. jage anak buah, tolong mak ayah kat kebun.. petang2 main bola. takpun jadi driver bapak aku.. kejap gi kajang. kejap gi seremban, semenyih, mantin.. dan mane2 destinasi yg terlintas di benak fikiran bapak ku. sambil2 tu sempat gak aku pow beli brg2 keperluan aku. hehehe.. baru2 ni aku tlg bapak aku siapkan Profile Taman tempat aku tinggal ni. aku ni cume menaip jer + betulkan tatabahasa (maklumlah ayat org dulu-dulu).. content nye bapak aku sediakan.. ade la dalam 10-12 muka surat. dahsyat org tua ni. dlm satu ari jer boleh settlekan profile kampung. kalo partner assignment aku mcm ni kan best.. heheheh..

slalunye aku akan online pepagi. dr kul 1 - 3 pagi. mengadap internet dan buat ape yg patut. kekadang tu chatting n slalu cheating. wakakaka.. dan siang tadi aku kluar gi tgk wayang ngan member2. lame tak tgk wayang. bdk2 ni kalo berjumpe, memang kecoh. aku smpai tak cukup mulut nak layan diorang ni. n baru sat td si jali ajak gi F1 esok. ala.. takde member pulak nak teman aku pegi dr sini. tiket dah dapat murah dah.. bukan senang nak tgk F1 depan mate ni. time org offer, mase pulak tak sesuai. camne ni??? lantak la.. kalo jadi, jadi la. kalo tak jadi, kempunan la nampaknye..

huuarghhhhh... dah kul 4 pun.. patut la ngantuk.. ok la. aku chow.

Monday, March 07, 2005

Kegunaan jari tengah pd mlm per-1 (18 thn keatas shj tau!)

Ketika Abu masih kecil dia diajar oleh ayahnya tentang
fungsi-fungsi jari tangan...

"Jari telunjuk berfungsi untuk menunjuk sesuatu.. Ibu
jari pula kamu gunakan untuk membuka buku.. jari
kelingking untuk mengorek hidung.. jari manis untuk
tempat cincin dan fungsi jari tengah nanti Ayah
ajarkan bila kamu sudah berkahwin " kata si ayah

Dua puluh tahun kemudian.. Abu melangsungkan hari
perkahwinannya. Malamnya Abu menemui ayahnya.
"Dulu ayah pernah berjanji akan memberitahu fungsi
jari tengah bila saya sudah berkahwin.. Hari ini saya
sudah berkahwin.. jadi sekarang tiba saatnya Ayah
memberitahukannya."

Ayah Abu membisikkan di telinganya..
"Malam petama ini kamu pasti akan melakukan *tut* ngan isteri kamu. Kemungkinan besar kamu akan
melakukannya beberapa kali sehingga kamu keletihan..
Pada saat itulah jika isterimu meminta lagi.. kamu
gunakan jari tengahmu... tundingkan pada mukanya dan
katakan...
















"Jangan mengada-ngada.. pergi tido!!!"



p/s: copy from internet..???

Monday, February 21, 2005

KPMB GATHERING - 5 MARCH 2005 (SABTU)

* invitation card dah pon anto by post, so korang tungguuuu.....
* tapi aku takde semua alamat korang.. mane yg ader je aku post kan surat.. so, bgtau member2 yg tak tau tu..
* pasal parking, aku rase boleh parking dlm.


BAYARAN

Bayaran Perseorangan : RM 30 - anda boleh membawa tetamu dgn syarat bayaran digandakan
- bayaran selewat²nya 28 FEB 2005

Mohd Rizal Bin Haji Atan (Bendahari)
Bumiputera Commerce (BCB) = 0105-0101234-52-9
Bank Islam (BIMB) = 1014010033450


DAH BOLEH BUAT BAYARAN!!
* kepada sesiapa yang membuat cash deposit, sila simpan bankslip anda.
* yang buat bayaran dgn internet bank, sila inform tilmiz aka mohd rizal
dgn sms (016 277 8151) atau email (tilmiz4@yahoo.com) transaction
number, jumlah, tarikh, dan personal detail anda.
* kerjasama anda AMAT DIHARAPKAN bagi mengelakkan sebarang kesulitan.


-------------------------------------------------------------


Aturcara Ringkas (Akan dipinda mengikut keadaan)

Date: 5 March 2005
Venue: KPM Beranang

2.00 p.m.
: Pendaftaran semua bekas-bekas pelajar
Aturcara majlis bermula pada pukul 3.00 p.m.
3.00 p.m.
: Majlis bermula
3.10 p.m.
: Taklimat dan Pembahagian kumpulan
3.30 p.m.
: Ucapan pembuka majlis daripada pengarah projek
: Ucapan daripada pengetua KPMB
: Ucapan daripada wakil bekas pelajar mengikut kursus (HND, DIA, DBS)
: Ucapan daripada wakil pensyarah
4.00 p.m.
: Minum petang ( Berbincang mengenai persembahan makan malam)
5.00 p.m.
: Mini Sukan / (perubahan bergantung kepada keadaan)
7.00 p.m.
: Rehat (Solat magrib dan Isyak berjemaah)
9.00 p.m.
: Makan Malam
: Persembahan mengikut kumpulan serta persembahan istimewa pensyarah
: Cabutan bertuah
: Penyampaian hadiah sukaneka serta persembahan terbaik
: dan lain-lain
12.00 p.m.
: Bersurai

ASRAMA DISEDIAKAN KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH
UTK PULANG SELEPAS MAJLIS BERSURAI ::DENGAN SYARAT ANDA INFORM DULU PADA AKU (APITT) atau PIJOH

Thursday, February 03, 2005

CINTA FAKULTI

cinta fakulti
**************
Hai awek cun. Lajunya awek cun ni jalan. Kena kejar dek anjing ker awek cun?"
Huh. Suara sumbang mana pula ni? Macam biasa dengar aje suara ni. Ni mesti budak terlebih ajar ni. Aku menolehkan kepalaku untuk melihat siapakah yang mengganggu perjalananku ke fakulti.
"Hai. Tak kenal ke dengan suara merdu abang hari ni?" suara itu berbunyi lagi.
Memang tidak syak lagi. Balik-balik jumpa dengan lelaki ni. Kan bagus kalau boleh terjumpa dengan Yutaka Takenouchi ke, Norman Hakim ke. Bahagia hidup aku kalau jumpa dengan mereka. Ini tidak.. Pagi-pagi lagi dah jumpa dengan cekodok basi ni. Kalau boleh makan tak apa juga. Hai... pagi-pagi lagi dah banyak dosa aku kat mamat ni.

"Awak kalau tak kacau saya tak boleh ke?" marahku . Aku menunjukkan muka yang sehabis-habis garang. Ni kalau harimau nampak pun terperanjat.
"Mana boleh awek cun. Awakkan bakal isteri saya," ujar mamat tu dengan bersungguh-sungguh.
"Isteri??? Uwekkkkk...tak ingin langsung!" balasku sambil menjelirkan lidah. Huh... kalau handsome tak apa juga. Tapi, kalau tengok dua tiga kali boleh tahan juga handsomenya mamat ni. Ah... handsome tapi perangai macam setan buat apa?
"Nazri, amacam??? Jerat tak mengena ke?" soal member baik Nazri, Azmi.
"Erm... Kau tengok aja lah satu hari nanti. Aku akan pastikan Noor jatuh ke tangan aku."
"Agak-agak berapa abad lagi ye?" gurau Azmi sambil melihat Noor memasuki kelasnya.
Ak en na. Kurang asam keping betullah mamat ni. Buk... Satu tumbukan padu dikenakan pada bahu Azmi. Apa lagi, berderai ketawa mereka. Kesannya semua manusia yang ada kat kawasan tu berpaling ke arah meraka. Ah, peduli apa. Janji aku dengan member aku ni bahagia. Nazri memaut bahu Azmi dan melangkah menuju ke arah fakulti. Enjoy-enjoy jugak. Tapi study aku tak tinggal.
Noor. Nama tu sentiasa terpahat di lubuk hati Nazri. Liar nak mampus. Nampak aja jinak tapi bila dekat terus terbang. Namun, Nazri tidak jemu memburu Noor. Insan yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Nazri tersenyum sambil mempercepatkan langkah ke fakulti.


"Noor... oit Noor," panggil member sebilik aku. Isk minah ni. Kacau je orang nak buat assignment. Dahlah esok dateline. Yang aku nie pun satu. Buat awal-awal tak nak. Sekarang baru terhegeh-hegeh. Baru padan dengan muka aku. Aku memalingkan muka sambil menunjukkan mimik muka yang paling lawa. A'ah lawa. Sebijik macam tenuk. Hehehe. "Apa??" soalku. "Kau dengan Nazri tu ada apa-apa ke?" Uikkk... Soalan yang sungguh mencabar minda!! "Nazri??? Pleaseee..." "Abih yang aku tengok dia selalu kacau kau tu apa? Takkan tak ada apa-apa kot?? Dia tu handsome apa. Kau tak minat ke kat dia?? Sesuai sangat dia tu dengan kau. Macam pinang dibelah lapan. Weh, takkan kau tak teringin couple dengan dia kot??" Tu dia. Tiga soalan untuk dijawab dalam masa satu hari. Dahlah semua soalan tu tersangatlah mencabar minda. Minah ni kalau dah bercakap, tak sah kalau tak lama. Agaknya berapa gelen air liur dia habis? "Huh... mintak simpang malaikat 44. Handsome tapi perangai macam setan buat apa?" Haa... Jawapan untuk 3 soalan . Macam syampu pulak. 3 dalam 1... "Tak baik kau kata macam tu. Dibuatnya ada jodoh dengan dia, apa kau nak buat?? Kalau aku, sure aku tak tolak." "Eh, eh minah ni . Over nampak. Cik Imah, kalau rasa teringin sangat kat Nazri tu, ambik ajalah. Aku bukannya ada apa-apa dengan dia Lagipun otak Nazri tu bukan betul sangat. Perangai macam kanak-kanak riang ribena aja," "Eleh. Kata kat orang konon. Macamlah dia tu matured sangat," aku cuma tersengih. Tu lah. Nak kata orang tengok-tengok diri tu dulu . Kat kolej ni siapa yang tak kenal dengan Noor yang tinggal kat dorm 2. Minah yang paling gila-gila . Sampaikan lecturer kenal dengan aku. Amboi, glamour mengalahkan Ziana Zain. Erkkk... hehehe... Tul ke??? "Alah. Kalau aku tak matured pun aku tetap cun apa," ujarku sambil menggayakan diri di hadapan Imah. Sudahnya bantal busuk milikku hinggap betul-betul kat hidung aku. Isk... Kemik la hidung aku dibuatnya. Dahlah hidung ni separuh mancung. Puas aku tarik hidung ni. Bukan setakat guna tali, siap guna dawai lagi. Tapi tak mancung-mancung juga. Agaknya apa petua yang Shah Rukh Khan pakai untuk mancungkan hidung dia?


Huarghhh... mengantuknya dengar lecturer ni membebel. Boring yang teramat sangat aku dibuatnya. Yang aku ni pulak ntah apa sakitnya. Asyik boring memanjang. Kalaulah muka lecturer ni sebijik macam muka Noor kan best. Sure aku tak boring. Paling melampau aku punya tindakan ialah kerat meja panjang ni dan letak betul-betul sebelah lecturer tu. Tu kira okay lah tu. Dibuatnya aku bawa balik lecturer kat dorm aku sure haru dibuatnya. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak sedar gadis idamannya sedang mengaturkan langkah memasuki perut kelasnya. Azmi yang duduk di sebelah Nazri menyikunya. Apa lagi, melopong mulutnya apabila melihat sang gadis berada di depan mata.


Nazri menatap muka Noor. Kalaulah aku dapat duduk kat depan, terang pemandangan aku tengok muka Noor. Huh , nak dok depan? Jangan haraplah. Dok depan tak boleh buat taik mata. Kalau duduk di belakang, tempat paling strategik untuk melakukan aktiviti yang paling Nazri gemari. Tapi, saat macam ni, aku rasa nak halau aja manusia yang dok kat depan tu. Boleh aku tengok muka Noor puas-puas. Eh... eh, nak ke mana pula Noor ni? Siap bawa buku. Eh, macam nak menuju kat sini aja. Kebetulan pulak sebelah Nazri tiada student lain yang duduk. Sebelah kanan ni surelah mamat Azmi ni. Tapi, Noor ambik ke subject Kimia? Tak penah tau pun. Setahu aku dia ambik course Sains Hayat. Erk, memanglah course tu ambik subject Kimia. Tapi tak pernah nampak pun Noor masuk kelas ni. Agaknya aku tak nampak sebab aku selalu datang lewat. Bila masuk tu bukannya reti nak ambil note yang lecturer tu cakap. Sibuk buat taik mata aja. Sesekali kesian juga tengok lecturer tu bercakap memanjang. Tapi aku buat tak kisah je. Nasib baik yang buat perangai aku sorang je (agaknyalah). Dibuatnya satu kelas, sure menangis lecturer tu.


Bermacam-macam persoalan menyerang benak Nazri. Noor melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah Nazri. Fuh, macam tengah bersanding pulak. Yang Azmi ni asyik melopong je tengok aku. Nasib baik lalat tak teringin nak masuk dalam mulut dia Kalau tak, sure lunch nanti dia kenyang. Lagipun aku tau sebab apa lalat tak sudi masuk dalam mulut dia. Bau mulut mengalahkan mulut buaya lombong. Hehehe. Nazri curi-curi pandang ke arah Noor. Memang terbukti dia ni cun. Bahagianya kalau dia milik aku. Sedang asyik melihat 'pemandangan' indah di sebelah, Azmi menyiku Nazri. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak dapat mengawal tubuhnya terjatuh ke atas badan Noor. Gamat satu fakulti dengan adegan yang tidak disangka-sangka itu. Noor pula menahan marah. Segera dia mengangkat kaki keluar dari perut fakulti. Nazri betul-betul tergamam dengan peristiwa itu.


"Sakit sangat hati aku ni Imah. Nasib baik aku dapat cover pengeluaran api dari hidung aku ni . Kalau tidak, sure terbakar fakulti dengan mamat tu sekali. Kurang asam boi betul mamat tu!" marahku. Kalau boleh saat tu juga aku nak jumpa Nazri. Lepas tu aku fire dia . Biar cepat mampos. Aman hidup aku.
"Dahlah tu. Muak aku dengar cerita kau. Bukak mulut aja cerita pasal dia. Telinga aku pun nak rehat juga," ujar Imah selamba.
"Aku sakit..."
Tak sempat aku teruskan bercakap Imah menutup mulut aku dengan bantal busukku. Puihhh... masam juga bantal busuk aku ni. Hehehe.
"Malas aku layan kau. Ni pakwe kau kasi surat," Imah menghulurkan sekeping surat. Sampulnya berwarna merah jambu. Bau dia mak datuk. Sebatu boleh terbau akan kewangiannya. Aku bertanya pada Imah siapa pengirimnya sebab aku ni memang tak pernah ada special boyfriend tetapi Imah lekas-lekas keluar dari biliknya. Agaknya dia tak sanggup kena soal-siasat kot? Aku membuka sampul itu dengan berhati-hati. Bau perfume dari surat itu semakin semerbak . Mak datuk. Surat jenis apa ni?


Mohd Nazri,
Dorm 8 , Kolej Sri Iman,
24100 Kijal,
Terengganu.
-------------------------------------------------------
Noor Liyana,
Dorm 2 , Kolej Sri Iman,
24100 Kijal,
Terengganu. 10 Jun 2000
Cik,
MEMOHON UNTUK MENJADI PAKWE CIK AWEK CUN
----------------------------------------------------------
Saya sebagaimana nama di atas ingin meminta izin daripada pihak cik awek cun untuk menjadi pakwe cik awek cun.
2. Puas saya cuba untuk melupakan diri cik awek cun. Tetapi, semakin saya cuba melupakan, semakin kuat saya rindukan cik awek cun. Malah kejadian semalam telah menyebabkan saya bermimpikan cik awek cun dan itulah mimpi yang paling bermakna bagi pihak otak saya.
3. Saya juga inginkan jawapan daripada cik awek cun 5 minit dari sekarang. Sekiranya lewat daripada tempoh itu, saya menganggap cik awek cun menerima saya sebagai pakwe cik awek cun.
4. Kerjasama daripada pihak cik awek cun amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar-benar ikhlas,
Nazri



Alamak. Betul-betul seriuslah Nazri ni. Tapi tempoh yang dia kasi 5 minit aja. Dah bersedia ke aku untuk jadi awek dia? Ah, tak boleh jadi ni. Baik aku pergi jumpa dia dan bagitahu yang aku tak bersedia menjadi awek dia. Tapi, sanggup ke aku bagitahu dia sedangkan hati aku ni dah terpaut padanya sejak kali pertama aku kenal dia. Selama ni aku saja menafikan kerana aku malu dengan diri sendiri. Lagipun aku nak dia gentleman. Kalau betul-betul berkenan kat aku, face to face lah. Ah, tinggal 2 minit lagi. Baik aku jumpa dia. Lepas tu minta dia panjangkan lagi tempoh. Aku segera berlari ke arah pintu dan membukanya.
"Hai awek cun."
Sesungguhnya aku tidak menyangka Nazri sanggup melakukan tindakan bodoh itu. Curi masuk ke kolej perempuan semata-mata kerana aku! Dan mastermindnya surelah Azmi dan Imah. Celaka betul budak dua ekor ni. Dan yang paling aku tak sangka sekali ialah Azmi dan Imah ada hubungan sulit. Isk, macam mana gosip ni tak sampai kat telinga aku? Nazri tersenyum riang melihatku.
"Sudikah awek cun menerima saya?" soal Nazri sambil menghadiahkan 11 kuntum bunga ros buat aku. Terkedu aku dibuatnya. Aku mengangguk tanpa sedar. Apa lagi, bersorak Imah dan Azmi apabila melihat aku mengangguk. Amboi, mengalahkan tuan yang bertanya. Yang si Nazri pulak tak habis-habis tenung aku. Aku cuba membalas tenungannya dan tidak aku nafikan bahawa matanya amat cantik. Ah, bercinta juga aku dengan mamat 3 suku ni. Walaubagaimanapun, aku berharap agar jodohku panjang dengannya. Sesungguhnya aku tidak sanggup kehilangannya...


the end..


Tuesday, February 01, 2005

BBQ kat Melake..

baru2 ni aku ngan bdk network klass aku ade buat BBQ kat melake. (rumah wan) kami plan buat bbq ni pun last minit. Si 'abg besar' ni la yg plan.. (junaid). aku pun baru tau last2 minit gaks. kutip duit sorang rm5, pastu besoknye trus beli barang. malamnye makan. nyannyi sikit2, pastu balik. tu je.. abis citer.. malas la aku nak taip pepanjang. yg penting semua ade n semua hepi.. korang tgk la gambar2 yg sempat dirakamkan sepanjang majlis tersebut. moga 'network' kita ini kekal berpanjangan. bdk network la katakan.. :-D

-best la korang!!!-


more photos
(click on the picture for full image)
begini ye puan-puan.. mule2 kita lumurkan ayam ini dgn peluh kita. mcm i buat ni..ceh.. rajinnye bdk2 laki ni.. mentang2 la KB ade.. huhu..aku pun nak masuk gambar gaks. peace!!
kelihatan 'bad' + 'bob' + 'bad banting' sibuk menyediakan arang utk BBQreleks jap, sementara tgh tunggu ayam siap dipanggang..tgh tgk bola beb! MU lawan chelsea.. (repeat)
ni jelah yg dpt disediakan dgn rm5 korang tu.. huhu..ade yg makan dalam rumah.. bbq ape camni?? baik mkn kat hotel!! hehehe..sesi bergambar beramai2.. (tapi tak semua ade)
sesi berhibur.. gitaris tgh tiun gitar jap..wan sedang mendendangkan lagu 'memori daun pisang' dgn penuh penghayatan.. hehehe..hooreeyyy.. kami berjaya!!! (tibe2 jer.. :-D)
-gmbar byk sgt la. ni je yg aku boleh letak-

-tamat-

awe eksiden

di tempat kejadian..kejadian ni berlaku minggu lepas. lambat aku nak publishkan citer ni. tapi waktu ni je aku ade mase. nak buat camne. so, eksiden yg aku nak citer kan ni melibatkan member aku (bdk bilik sebelah), namenye awe. bdk t'ganu tapi kecek klate.

awe meraunggg di bilik bedah..nak dijadikan citer, satu hari mase aku abis lunch, on d way nak balik ke bilik, bdk2 ni kecoh kata awe eksiden. aku pun tekejut la jugak. teruk ke? patah ke? mati ke? kalau mati mane mayatnye??? (hehehe.. mlawak je) so, kami pun bergegas ke tpt kejadian. tak jauh dari campus. depan ngan masjid tpt aku slalu solat jumaat ni je. sesampainye aku kat sane, si awe ni dah boleh berdiri pun. huh! lega.. (la.. ingatkan cedera parah ke.. boleh gak call 999 yg tv3 punye tuh) motor dia teruk cket la. tapi still boleh jalan lagi.

dagu ni la yg dijahit 3 jahitan.. (gambar sebelum jahit)tanye punye tanye, rupenye si awe ni eksiden ngan motor gak. ade ke patut dia pegi langgar sorang pakcik yang bawak motor slow depan dia. ish3X.. tak patut. awe cakap "tibe2 pandangan depan aku gelap, tak perasan aku boleh langgar pakcik tu".. nasib baik la pakcik tu takde ape2. luke2 n calar2 cket je. yela, langgar org kampung.. dibuatnye kene pukul dgn org2 kampung tu kang, tak pasal2 je. tapi mmg si awe ni yg salah. rupe2nye waktu tu, si bengong ni tgh call awek member. (kantoi).. tgh bawak motor boleh pulak tepon org.

di luar hospital..so, kami pun bawak si awe ni gi hospital terdekat. kene la jahit 3, 4 jahitan kat dagunye. itupun meraung2 kat bilik bedah. huhu..

moral of story drp citer ni: "DON'T PHONE N DRIVE"


more photos
keadaan motor si awe.. (patah sikit je bhgn depan nye)antara member2 yang hadir utk memberi kutukan dan sumpah seranah.. wakakaka!!


Sunday, January 30, 2005

aku tertipu

aku tertipu rupenye.. tp syukur aku panjatkan pada tuhan. result aku utk sem lepas dah kluar (yg official punye) ternyata ianya jauh meleset dr result unofficial yg aku dpt. alhamdulillah.. lepas la 3 pointer. itupun sikit lagi nak dapat 'anugerah dekan'. huhu.. btul la org ckp, setiap yg berlaku ade hikmahnye. ari tu seminggu aku 'bad mood' mengenangkan result yg tak berbaloi berbanding usaha yg aku buat. rupanya tuhan tu nak menguji, aku ni capat sgt bangga diri. mase susah, baru la nak ingat tuhan. ish3x.. tu yg dia bg aku result rendah tu. hmmm.. skang ni aku dah ok. balik umah, dah boleh senym bile family aku tanye result. moga aku dapat maintain utk sem ni. insyaAllah... jgn main2, jgn bercinta, jgn tinggal solat.. pasti kejayaan menanti dihadapan.

Monday, January 24, 2005

yuhuu...

lame dah aku tak apdet blog nih.. tapi skang ni takde mase arr.. nanti la. :-D

Friday, January 14, 2005

KAU YG KU SAYANG...

Baru2 ni aku ade bace sebuah novel "KAU YG KU SAYANG" oleh kamariah kamarudin. aku pinjam dr kawan. pergh.. best citer dia.. pasal seorang anak yg solehah yg sanggup mengorbankan cintanye demi ketaatan kepada kedua org tua. walaupun dia dah ubah seorang lelaki yg kurang ajar + kaki enjoy menjadi sorang yg kuat berpegang kepada ajaran islam. subhanallah. hmm, susah nak cari pompuan mcm ni zaman skarang ni. yang menariknye novel ni adalah, content nye. byk kata2 nasihat dan semangat diselitkan dlm jalan ceritanya. ade juga hadis2 dan firman2 tuhan disertakan. kire, kalo bace novel ni, macam bace buku ilmiyah pulak. insaf aku.. rupe2 nye, sedar tak sedar, aku ni dah banyak jugak terpesong dr ajaran Islam.

so, aku syorkan kepada kawan2 yg minat novel melayu, bacelah novel ini. bukan nak promote, sekadar memberi satu cadangan utk memilih bahan cerita yg bermanfaat.

Wednesday, January 12, 2005

sedeynya aku...

semalam aku dpt tau result aku sem lepas, tp unofficial punye. uhuk.. 3 pointer pun tak sampai. waaaa.. sedeynye aku. rase mcm nak nangis pun ade. trus mengganggu mood baik aku. aku rase aku dah buat terbaik dah. nak buat camner. redha je la. maybe usaha ku tak cukup lagi. (pasti ade hikmah disebalik setiap kejadian. "+ve thinking") tp yg paling menyedihkan aku, mcm mane kalo mak ayah aku dpt tau result anak dia ni. camne aku nak bgtau diorang??? waaa!!! :'-( mesti diorang kecewa. aku lah harapan diorang. (aku penah tedengar mak ayah aku bersembang dan berbangga dgn aku) maafkan apis mak, ayah. apis takde niat nak kecewakan mak ngan ayah.

walau mcm mane skalipun, perjuangan ku belum selesai, dan hidup perlu diteruskan. hidup akan lebih bermakna sekiranya kita ada matlamat. dan matlamat aku kini adalah utk membayar balik pengorbanan kedua org tua ku. (insyaAllah) terima kasih atas didikan mu wahai ibu bapaku.. akan ku cube buktikan sesuatu..

Saturday, January 08, 2005

dah insaf ke aku???

time ni baru je accident. org pun tak ramai lagi..huh! kes tsunami tak abis lagi, ade pulak kes baru. maybe tuhan tu nak sedar kan aku bahawa hidup di dunia ni hanyalah sementara. kita tak tau bile kite akan mati, dan ape akan berlaku esok hari. kita hanya merancang dan ketentuan di tanganNya. uhuk! insaf.. insaf..

dah ramai dtg tolong. termasuk aku dan kawan2..ni aku nak citer siket. semalam ek! on da way nak balik ke rumah, ade satu accident baru je berlaku depan mata aku. keter lame vs lori kontena. accident tu blaku kat area Rembau, NS. fuhh.. tengok keter tu mmg dah hancur abis. sampaikan bonet depan keter tu boleh kemek sampai ke tengah keter. perghh.. dahsyat. so, aku ngan member2 pun cube bantu ape yg patut. sampai je dekat2 aku nampak driver masih ade dalam keter lagi. org cine. sedar lagi. tp bdn dgn kaki dah abis tersepit kat keter. muke penuh berlumuran darah, siap pipi dia tersiat macam dikopek dgn pisau. skali pandang mcm terminator pun ade. hish nngggeri..

mangsa tersepit. muke penuh berlumuran darah..aku sempat rakamkan beberapa adegan kecemasan. tapi kami tolong kejap je, sbb pastu makin ramai yg dtg. lagipun jalan dah jem mase tu. so, aku tak tau mcm mane keadaan ciner tu lepas tu. ape yg dpt aku simpulkan kat sini, ialah, ari ni maybe nasib ciner tu accident. kite bile pulak?? ari nye pasti kan datang. cume kite tak tau bile dan dimana.. "ya Allah, semoga ko tempatkan aku, keluarga, dan sahabat2ku dikalangan org yg beriman. amin.."

Wednesday, January 05, 2005

Renungan sejenak : TSUNAMI

kadang2 aku terfikir sendirian. kenapa TSUNAMI boleh berlaku sampai kat MALAYSIA??? negara kita diluar kawasan bencana kan! mungkin ade hikmah disebalik kejadian. salah satu hikmah yg aku dpt tengok, rakyat negara kita bersatu utk menghulurkan bantuan. Masyarakat Malaysia sanggup melupakan segala perayaan demi menghormati mangsa2 tsunami. bertuahnya aku dilahirkan di sini. dan yang pastinya, bencana Tsunami mengingatkan kite kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Dengan kematian yg mencecah lebih 115,000 orang, mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di zaman Nuh Alayhi as-Salam.

gambar ini menunjukkan ombak tsunami yg pertama melanda pulau pinang.Kita bernasib baik kan! pasal Tsunami tak telan sumer skali bahkan Malaysia mengalami keajaiban apabila angka kematiannya begitu kecil berbanding dengan negara jiran Acheh. Allah masih mengizinkan kita untuk bermuhasabah dan tidak membinasakan kita semua dengan suatu bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata. macam dlm firman Allah: "Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus" (lebih kurang macam tu la maksudnya)

perasan tak? Tsunami tidak menelan PESTA PULAU PINANG di Sungai Nibong. Tsunami tidak merobohkan Flat Pekeliling di Kuala Lumpur (yg kluar TV3 ari tu) walaupun gegarannya cukup kuat hingga penghuninya lari bertempiaran. Tsunami ini belum seperti 'Tsunami di zaman Nuh Alayhi as-Salaam'

bayangkan.. mayat manusia bergelimpangan.. na'uzubillah..Pertamanya, terimalah hakikat bahawa bencana ini bukan 'kejadian alam tanpa sebab'. Ia adalah AMARAN ALLAH. Ia adalah peringatan yang maha menakutkan. Tsunami menelan ACHEH yang menyaksikan penindasan pemerintah yang membunuh jutaan penduduk yang mahukan Acheh berdiri bebas merdeka. Bukit bukau di Acheh menjadi gunung kubur manusia yang dibunuh kejam. Tsunami menelan Selatan Thailand yang baru sahaja bermandi darah Muslim TAK BAI, Masjid Kerisik dan sebagainya. Thailand itu juga menyajikan industri seks sebagai tarikan pelancong ke PHUKET dan lain-lain (aku penah sampai hadyai je..) Tsunami membaham warga Pulau Pinang yang saban malam berpesta mungkar di SUNGAI NIBONG. Tsunami juga memamah Pulau Pinang yang menjadi sarang pengedaran dadah, sarang pelacuran, sarang segala jenis kemungkaran dan sarang sampah!

kuasa tuhan.. masjid tak ade ape2. masyaAllah..Tsunami juga menelan SRI LANGKA dan INDIA yang menjadi pentas tradisi menyembelih umat Islam. Tsunami juga menelan MALDIVES yang menjadi destinasi pelancongan pengunjung warga Barat sehinggakan nilai Islamnya langsung tenggelam tidak kelihatan. Sesungguhnya Tsunami menelan tanah air dan anak watan yang begitu peri lakunya. Amat pedih untuk menyebut hakikat ini, namun kita perlu akur. Tsunami adalah amAran dari tuhan. MasyaAllah..

huh.. dah banyak mengarut dah ni. tapi ape yg aku cakap ni betul. kat paper pun dah kluar banyak pasal brite TSUNAMI ni. kesimpulannye, tepuk dada tanya iman.

-wassalam-

Tuesday, January 04, 2005

TAHUN LEPAS: Jamuan Raye 2004

sesi bergambar kenangan. aku yg paling ensem kat situ. cari la.. hik!Ari ni 4 jan 2005. teringat aku pada 4 disember 2004, 1 bulan yg lepas. aku ngan bebudak class network buat satu jamuan raye. huh, meriah giler. jamuan tu dibuat waktu malam hari sabtu. ala, buat barbeque kecik2 je. ade la dlm lebih kurang 30 org. sebab ramai yg balik umah. kami kutip sorang rm6, pastu buat la ape yg patut. actually, aku ni tak la tolong sgt persiapan utk jamuan tu. aku dtg makan je. sbb petang tu aku gi kenduri kat seremban, rumah kak ani @ datin.(ex-KPMB) tp, balik dr kenduri tu, aku bawak gak la ole2 dr rumah pengantin, tapai 30 kotak. (saje aku amik bebanyak utk kengkawan. tu pun aku paw pengantin suruh bg aku tapai bebanyak. hik!)

ish3x.. makan pun nak berebut..menu utk jamuan tu spt nasi (dr beras cap rambutan), ayam panggang+madu, hotdog (halal punye), koslo, perut+hati ayam, tapai dr kenduri kawin, buah2an, dan sebiji kek hari jadi. lupe plak, satu lagi: air oren kurang manis. semua masakan disediakan sendiri oleh budak2 ni. kebetulan dikalangan kami ade sorang chef yg penah masak utk 200 org punye jamuan sblm ni. name dia Rahmat. so, jimat la blanje cket.

lepas makan, kami menyanyi beramai-ramai. lagu jalur gemilang.. huhu.barbeque tu stat dlm kul 8 mlm, tp majlis mkn nye pukul 11.00 mlm baru la stat. dimulakan dgn ucapan dr pengerusi majlis oleh aku, hehehe.. kemudian ucapan dr Ezra (ketua klass + wakil penganjur). abis makan sesi nyanyian pulak. lastly, sesi bergambar. majlis abis kul 12.00 malam. majlis bersurai. - wassalam

more photos
(click on the picture for full image)

aksi HERO REMAJA 2004duk sebelah awek. huhu..mase ni aku tgh tolong panggangkan ayam. ramai juge yg dtg menolong. (tolong tengok..!!)tgh gaduh ni. si lelaki merajuk.. (konon..)antara menu yg disediakan'cepat angkat ayam tu. nak hangus..'antara bdk lelaki yg hadir memberi bantuan memasak..peace brother!!

Monday, January 03, 2005

Hari ini dalam Geografi..

lawak tul la ari ni.. wakakaka.. huh! cam tak caye jer. aku boleh buat blind date ngan sorang awek. ishk3x (mcm despret sgt pulak) ni sumer abg ipar aku punye pasal. ade ke patut dia yg kaco awek tu,(kat restoren tempat dia makan ari tu) pastu trus rekemen kan aku kat awek tu. awek tu ape lagi, sibuk la sms aku. hish, disbbkan abg ipar aku kate awek ni cun, so aku pun layan je la. mira la namenye.. aik! aritu abg aku kate namanye natasha. (conpius) so, dipendekkan citer, aku pun buat blind date ngan awek ni. debar2 pun ade. 1st time dlm idup wo.. pabile tibe masenye.. jeng! jeng! jeng!

mak oi! terperanjat aku. skali 'syarifah aini' daa.. (mengucap aku 44 kali + mandi wajib skali) nak tak nak, kluar gak ler.. (ye la, kalo aku trus balik, kecik ati awek tu. tak pasal2 aku dipijaknya)aku blanjer mcD. sbb dah janji dlm sms, kalo tak, dia taknak kluar. abis rm20. skali aku punye yg x abis pun dibedalnya. hish3x.. pastu aku antor dia balik. menyumpah aku kat diri sendiri. hah! rasekan.. nak sangat. cukuplah pengalaman pertama ni aku buat blind date. tak kan ade kali kedua lagi.

...................................................................................

malamnye pulak aku gi jumpe kakYan. ala, kakak angkat aku mase kat KPM dulu. rindunye aku, lame tak jumpe. skang ni kakYan duk kajang, dah kawin dah, anak sorang. (comel giler, mcm aku kecik2 dulu. hiks!) name anaknya mohd Faiq, 9/10/2004. lewat 2 hari dr tarikh lahir aku. luper plak aku nak tangkap gambar anak kakYan. kalo tak, boleh aku publishkan kat blog nih buat tatapan semua.

..........

Sunday, January 02, 2005

Hai ini hari Ahad..

ketika aku menaip bendalah nie, jam menunjukkan kul 2a.m. lebih.. so, skang ni dah masuk ari ahad. takde ape yg penting yang aku buat sepanjang tahun baru. gi kenduri, kluar seremban, (adus, sesak giler.. penin kpale), pastu gi kajang. huh! penat giler. macam penuh jer program aku di hari pertame tahun baru ni, padahal semua tu bkn aku nak sgt pegi. almaklumlah, aku kan driver tak bergaji. terpakse la antor org kesana-sinii.. kalo aku tau, takyah amik lesen keter pun takpe.. huhu..

kebetulan, aku baru jer dengar lagu mimpi yang tak sudah oleh ibnor riza. (ala, lagu tema citer samarinda org tua tu). bile dihayati balik liriknye, macam kene batang idung sendiri je. goshh.. tp sesekali layan jiwang sensorang best gaks. so, aku cari la lirik lagunye kat internet..

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah


p/s: lepaih ni aku nak cari lirik lagu 'mimpi basah'.. ade ke???

Saturday, January 01, 2005

Selamat Tahun Baru 2005

Hari ni, tanggal 1 Januari 2005, 1st day aku berada di tahun 2005. dah 2005 dah.. ishh.. cam tak caye jer. Hepi New Year 2005 guys! Ape azam korang? Bercakap pasal azam, azam tahun lepas pun tak tercapai lagi. So, macam tahun2 sebelumnya, azam aku tahun 2005 ini adalah untuk melaksanakan azam 2004. dulu pun camtu gak. Ahaks! :-D azam aku yg sbenarnye ialah utk blajar bersungguh2 semata2 utk membalas jasa ibu bapaku dgn kecemerlangan ku kelak. (poyos jerk!)

Berundur kebelakang sejenak, banyak kenangan suka duka telah ku lalui sepanjang tahun 2004 ni. Kalo nak diikutkan, macam kejap je mase berlalu. Terase baru minggu lepas aku gi konvo. Padahal mende tuh bulan Febuari yg lepas. Below, perkara2 penting yg berlaku kat aku sepanjang tahun 2004. check it out!!

*januari
–count down tahun baru kat depan TV. Lepas tu siap berdiri nyanyi lagu Negaraku lagi. Hehehe..
-mase bulan ni aku dah stat amik kursus SLG kat sremban. (kursus utk bdk2 menganggur) selama 2 bulan. kat sini aku dpt sorg besfren namemye syam.
*februari
–konvokesyen KPM. bangganya aku amik diploma kat atas pentas disaksikan oleh kedua org tuaku. (tp result cukup2 makan jer. hampeh tul!) awek aku pun dtg gak bg support. hik!
*March
-aku dpt tawaran jadi jurulatih khidmat negara utk modul pembinaan karektor. selama 2 bulan. payment=rm80 sehari. ramai org2 'besar' aku kenal, ade yg cikgu, CEO, kaunselor, pegawai kerajaan dan mcm2 org aku jumpe.
*april
-bulan paling malang dlm idup aku. aku 'clash'. waaaaaa!!!.. :'-( dah takde jodoh. eeeeeeeiiiii...
*mei
-berazam mulakan idup baru. (susahnyee..)
*julai
-aku sambung degree kat uniKL amik course engineering networking.
-then, dapat anak buah baru, mohd danial namenye. ensem cam paklangnye cket.
*ogos
-sepatutnye celebrate anniversary yg ke-3. (sedey tul..)
-gi kenduri kawin cik liya. ramai gak bdk2 kpm aku jumpe kat sane.
-tibe2 je aku kene sakit appendix. trus bedah esoknye.
*oktober
-MINI GATHERING. aku jumpe kawan2 lame kat mines.
-gi FAMOSA WATER WORLD.
-first puase kat uniKL. sronok gak..
*November
-lepas abis raye, trus final exam.
*Disember
-Cuti semester
-part time teacher kat sebuah pusat tuisyen kat beranang.

-tamatlah tahun 2004- sayonara!!!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...