Sunday, January 30, 2005

aku tertipu

aku tertipu rupenye.. tp syukur aku panjatkan pada tuhan. result aku utk sem lepas dah kluar (yg official punye) ternyata ianya jauh meleset dr result unofficial yg aku dpt. alhamdulillah.. lepas la 3 pointer. itupun sikit lagi nak dapat 'anugerah dekan'. huhu.. btul la org ckp, setiap yg berlaku ade hikmahnye. ari tu seminggu aku 'bad mood' mengenangkan result yg tak berbaloi berbanding usaha yg aku buat. rupanya tuhan tu nak menguji, aku ni capat sgt bangga diri. mase susah, baru la nak ingat tuhan. ish3x.. tu yg dia bg aku result rendah tu. hmmm.. skang ni aku dah ok. balik umah, dah boleh senym bile family aku tanye result. moga aku dapat maintain utk sem ni. insyaAllah... jgn main2, jgn bercinta, jgn tinggal solat.. pasti kejayaan menanti dihadapan.

Monday, January 24, 2005

yuhuu...

lame dah aku tak apdet blog nih.. tapi skang ni takde mase arr.. nanti la. :-D

Friday, January 14, 2005

KAU YG KU SAYANG...

Baru2 ni aku ade bace sebuah novel "KAU YG KU SAYANG" oleh kamariah kamarudin. aku pinjam dr kawan. pergh.. best citer dia.. pasal seorang anak yg solehah yg sanggup mengorbankan cintanye demi ketaatan kepada kedua org tua. walaupun dia dah ubah seorang lelaki yg kurang ajar + kaki enjoy menjadi sorang yg kuat berpegang kepada ajaran islam. subhanallah. hmm, susah nak cari pompuan mcm ni zaman skarang ni. yang menariknye novel ni adalah, content nye. byk kata2 nasihat dan semangat diselitkan dlm jalan ceritanya. ade juga hadis2 dan firman2 tuhan disertakan. kire, kalo bace novel ni, macam bace buku ilmiyah pulak. insaf aku.. rupe2 nye, sedar tak sedar, aku ni dah banyak jugak terpesong dr ajaran Islam.

so, aku syorkan kepada kawan2 yg minat novel melayu, bacelah novel ini. bukan nak promote, sekadar memberi satu cadangan utk memilih bahan cerita yg bermanfaat.

Wednesday, January 12, 2005

sedeynya aku...

semalam aku dpt tau result aku sem lepas, tp unofficial punye. uhuk.. 3 pointer pun tak sampai. waaaa.. sedeynye aku. rase mcm nak nangis pun ade. trus mengganggu mood baik aku. aku rase aku dah buat terbaik dah. nak buat camner. redha je la. maybe usaha ku tak cukup lagi. (pasti ade hikmah disebalik setiap kejadian. "+ve thinking") tp yg paling menyedihkan aku, mcm mane kalo mak ayah aku dpt tau result anak dia ni. camne aku nak bgtau diorang??? waaa!!! :'-( mesti diorang kecewa. aku lah harapan diorang. (aku penah tedengar mak ayah aku bersembang dan berbangga dgn aku) maafkan apis mak, ayah. apis takde niat nak kecewakan mak ngan ayah.

walau mcm mane skalipun, perjuangan ku belum selesai, dan hidup perlu diteruskan. hidup akan lebih bermakna sekiranya kita ada matlamat. dan matlamat aku kini adalah utk membayar balik pengorbanan kedua org tua ku. (insyaAllah) terima kasih atas didikan mu wahai ibu bapaku.. akan ku cube buktikan sesuatu..

Saturday, January 08, 2005

dah insaf ke aku???

time ni baru je accident. org pun tak ramai lagi..huh! kes tsunami tak abis lagi, ade pulak kes baru. maybe tuhan tu nak sedar kan aku bahawa hidup di dunia ni hanyalah sementara. kita tak tau bile kite akan mati, dan ape akan berlaku esok hari. kita hanya merancang dan ketentuan di tanganNya. uhuk! insaf.. insaf..

dah ramai dtg tolong. termasuk aku dan kawan2..ni aku nak citer siket. semalam ek! on da way nak balik ke rumah, ade satu accident baru je berlaku depan mata aku. keter lame vs lori kontena. accident tu blaku kat area Rembau, NS. fuhh.. tengok keter tu mmg dah hancur abis. sampaikan bonet depan keter tu boleh kemek sampai ke tengah keter. perghh.. dahsyat. so, aku ngan member2 pun cube bantu ape yg patut. sampai je dekat2 aku nampak driver masih ade dalam keter lagi. org cine. sedar lagi. tp bdn dgn kaki dah abis tersepit kat keter. muke penuh berlumuran darah, siap pipi dia tersiat macam dikopek dgn pisau. skali pandang mcm terminator pun ade. hish nngggeri..

mangsa tersepit. muke penuh berlumuran darah..aku sempat rakamkan beberapa adegan kecemasan. tapi kami tolong kejap je, sbb pastu makin ramai yg dtg. lagipun jalan dah jem mase tu. so, aku tak tau mcm mane keadaan ciner tu lepas tu. ape yg dpt aku simpulkan kat sini, ialah, ari ni maybe nasib ciner tu accident. kite bile pulak?? ari nye pasti kan datang. cume kite tak tau bile dan dimana.. "ya Allah, semoga ko tempatkan aku, keluarga, dan sahabat2ku dikalangan org yg beriman. amin.."

Wednesday, January 05, 2005

Renungan sejenak : TSUNAMI

kadang2 aku terfikir sendirian. kenapa TSUNAMI boleh berlaku sampai kat MALAYSIA??? negara kita diluar kawasan bencana kan! mungkin ade hikmah disebalik kejadian. salah satu hikmah yg aku dpt tengok, rakyat negara kita bersatu utk menghulurkan bantuan. Masyarakat Malaysia sanggup melupakan segala perayaan demi menghormati mangsa2 tsunami. bertuahnya aku dilahirkan di sini. dan yang pastinya, bencana Tsunami mengingatkan kite kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Dengan kematian yg mencecah lebih 115,000 orang, mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di zaman Nuh Alayhi as-Salam.

gambar ini menunjukkan ombak tsunami yg pertama melanda pulau pinang.Kita bernasib baik kan! pasal Tsunami tak telan sumer skali bahkan Malaysia mengalami keajaiban apabila angka kematiannya begitu kecil berbanding dengan negara jiran Acheh. Allah masih mengizinkan kita untuk bermuhasabah dan tidak membinasakan kita semua dengan suatu bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata. macam dlm firman Allah: "Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus" (lebih kurang macam tu la maksudnya)

perasan tak? Tsunami tidak menelan PESTA PULAU PINANG di Sungai Nibong. Tsunami tidak merobohkan Flat Pekeliling di Kuala Lumpur (yg kluar TV3 ari tu) walaupun gegarannya cukup kuat hingga penghuninya lari bertempiaran. Tsunami ini belum seperti 'Tsunami di zaman Nuh Alayhi as-Salaam'

bayangkan.. mayat manusia bergelimpangan.. na'uzubillah..Pertamanya, terimalah hakikat bahawa bencana ini bukan 'kejadian alam tanpa sebab'. Ia adalah AMARAN ALLAH. Ia adalah peringatan yang maha menakutkan. Tsunami menelan ACHEH yang menyaksikan penindasan pemerintah yang membunuh jutaan penduduk yang mahukan Acheh berdiri bebas merdeka. Bukit bukau di Acheh menjadi gunung kubur manusia yang dibunuh kejam. Tsunami menelan Selatan Thailand yang baru sahaja bermandi darah Muslim TAK BAI, Masjid Kerisik dan sebagainya. Thailand itu juga menyajikan industri seks sebagai tarikan pelancong ke PHUKET dan lain-lain (aku penah sampai hadyai je..) Tsunami membaham warga Pulau Pinang yang saban malam berpesta mungkar di SUNGAI NIBONG. Tsunami juga memamah Pulau Pinang yang menjadi sarang pengedaran dadah, sarang pelacuran, sarang segala jenis kemungkaran dan sarang sampah!

kuasa tuhan.. masjid tak ade ape2. masyaAllah..Tsunami juga menelan SRI LANGKA dan INDIA yang menjadi pentas tradisi menyembelih umat Islam. Tsunami juga menelan MALDIVES yang menjadi destinasi pelancongan pengunjung warga Barat sehinggakan nilai Islamnya langsung tenggelam tidak kelihatan. Sesungguhnya Tsunami menelan tanah air dan anak watan yang begitu peri lakunya. Amat pedih untuk menyebut hakikat ini, namun kita perlu akur. Tsunami adalah amAran dari tuhan. MasyaAllah..

huh.. dah banyak mengarut dah ni. tapi ape yg aku cakap ni betul. kat paper pun dah kluar banyak pasal brite TSUNAMI ni. kesimpulannye, tepuk dada tanya iman.

-wassalam-

Tuesday, January 04, 2005

TAHUN LEPAS: Jamuan Raye 2004

sesi bergambar kenangan. aku yg paling ensem kat situ. cari la.. hik!Ari ni 4 jan 2005. teringat aku pada 4 disember 2004, 1 bulan yg lepas. aku ngan bebudak class network buat satu jamuan raye. huh, meriah giler. jamuan tu dibuat waktu malam hari sabtu. ala, buat barbeque kecik2 je. ade la dlm lebih kurang 30 org. sebab ramai yg balik umah. kami kutip sorang rm6, pastu buat la ape yg patut. actually, aku ni tak la tolong sgt persiapan utk jamuan tu. aku dtg makan je. sbb petang tu aku gi kenduri kat seremban, rumah kak ani @ datin.(ex-KPMB) tp, balik dr kenduri tu, aku bawak gak la ole2 dr rumah pengantin, tapai 30 kotak. (saje aku amik bebanyak utk kengkawan. tu pun aku paw pengantin suruh bg aku tapai bebanyak. hik!)

ish3x.. makan pun nak berebut..menu utk jamuan tu spt nasi (dr beras cap rambutan), ayam panggang+madu, hotdog (halal punye), koslo, perut+hati ayam, tapai dr kenduri kawin, buah2an, dan sebiji kek hari jadi. lupe plak, satu lagi: air oren kurang manis. semua masakan disediakan sendiri oleh budak2 ni. kebetulan dikalangan kami ade sorang chef yg penah masak utk 200 org punye jamuan sblm ni. name dia Rahmat. so, jimat la blanje cket.

lepas makan, kami menyanyi beramai-ramai. lagu jalur gemilang.. huhu.barbeque tu stat dlm kul 8 mlm, tp majlis mkn nye pukul 11.00 mlm baru la stat. dimulakan dgn ucapan dr pengerusi majlis oleh aku, hehehe.. kemudian ucapan dr Ezra (ketua klass + wakil penganjur). abis makan sesi nyanyian pulak. lastly, sesi bergambar. majlis abis kul 12.00 malam. majlis bersurai. - wassalam

more photos
(click on the picture for full image)

aksi HERO REMAJA 2004duk sebelah awek. huhu..mase ni aku tgh tolong panggangkan ayam. ramai juge yg dtg menolong. (tolong tengok..!!)tgh gaduh ni. si lelaki merajuk.. (konon..)antara menu yg disediakan'cepat angkat ayam tu. nak hangus..'antara bdk lelaki yg hadir memberi bantuan memasak..peace brother!!

Monday, January 03, 2005

Hari ini dalam Geografi..

lawak tul la ari ni.. wakakaka.. huh! cam tak caye jer. aku boleh buat blind date ngan sorang awek. ishk3x (mcm despret sgt pulak) ni sumer abg ipar aku punye pasal. ade ke patut dia yg kaco awek tu,(kat restoren tempat dia makan ari tu) pastu trus rekemen kan aku kat awek tu. awek tu ape lagi, sibuk la sms aku. hish, disbbkan abg ipar aku kate awek ni cun, so aku pun layan je la. mira la namenye.. aik! aritu abg aku kate namanye natasha. (conpius) so, dipendekkan citer, aku pun buat blind date ngan awek ni. debar2 pun ade. 1st time dlm idup wo.. pabile tibe masenye.. jeng! jeng! jeng!

mak oi! terperanjat aku. skali 'syarifah aini' daa.. (mengucap aku 44 kali + mandi wajib skali) nak tak nak, kluar gak ler.. (ye la, kalo aku trus balik, kecik ati awek tu. tak pasal2 aku dipijaknya)aku blanjer mcD. sbb dah janji dlm sms, kalo tak, dia taknak kluar. abis rm20. skali aku punye yg x abis pun dibedalnya. hish3x.. pastu aku antor dia balik. menyumpah aku kat diri sendiri. hah! rasekan.. nak sangat. cukuplah pengalaman pertama ni aku buat blind date. tak kan ade kali kedua lagi.

...................................................................................

malamnye pulak aku gi jumpe kakYan. ala, kakak angkat aku mase kat KPM dulu. rindunye aku, lame tak jumpe. skang ni kakYan duk kajang, dah kawin dah, anak sorang. (comel giler, mcm aku kecik2 dulu. hiks!) name anaknya mohd Faiq, 9/10/2004. lewat 2 hari dr tarikh lahir aku. luper plak aku nak tangkap gambar anak kakYan. kalo tak, boleh aku publishkan kat blog nih buat tatapan semua.

..........

Sunday, January 02, 2005

Hai ini hari Ahad..

ketika aku menaip bendalah nie, jam menunjukkan kul 2a.m. lebih.. so, skang ni dah masuk ari ahad. takde ape yg penting yang aku buat sepanjang tahun baru. gi kenduri, kluar seremban, (adus, sesak giler.. penin kpale), pastu gi kajang. huh! penat giler. macam penuh jer program aku di hari pertame tahun baru ni, padahal semua tu bkn aku nak sgt pegi. almaklumlah, aku kan driver tak bergaji. terpakse la antor org kesana-sinii.. kalo aku tau, takyah amik lesen keter pun takpe.. huhu..

kebetulan, aku baru jer dengar lagu mimpi yang tak sudah oleh ibnor riza. (ala, lagu tema citer samarinda org tua tu). bile dihayati balik liriknye, macam kene batang idung sendiri je. goshh.. tp sesekali layan jiwang sensorang best gaks. so, aku cari la lirik lagunye kat internet..

Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah


p/s: lepaih ni aku nak cari lirik lagu 'mimpi basah'.. ade ke???

Saturday, January 01, 2005

Selamat Tahun Baru 2005

Hari ni, tanggal 1 Januari 2005, 1st day aku berada di tahun 2005. dah 2005 dah.. ishh.. cam tak caye jer. Hepi New Year 2005 guys! Ape azam korang? Bercakap pasal azam, azam tahun lepas pun tak tercapai lagi. So, macam tahun2 sebelumnya, azam aku tahun 2005 ini adalah untuk melaksanakan azam 2004. dulu pun camtu gak. Ahaks! :-D azam aku yg sbenarnye ialah utk blajar bersungguh2 semata2 utk membalas jasa ibu bapaku dgn kecemerlangan ku kelak. (poyos jerk!)

Berundur kebelakang sejenak, banyak kenangan suka duka telah ku lalui sepanjang tahun 2004 ni. Kalo nak diikutkan, macam kejap je mase berlalu. Terase baru minggu lepas aku gi konvo. Padahal mende tuh bulan Febuari yg lepas. Below, perkara2 penting yg berlaku kat aku sepanjang tahun 2004. check it out!!

*januari
–count down tahun baru kat depan TV. Lepas tu siap berdiri nyanyi lagu Negaraku lagi. Hehehe..
-mase bulan ni aku dah stat amik kursus SLG kat sremban. (kursus utk bdk2 menganggur) selama 2 bulan. kat sini aku dpt sorg besfren namemye syam.
*februari
–konvokesyen KPM. bangganya aku amik diploma kat atas pentas disaksikan oleh kedua org tuaku. (tp result cukup2 makan jer. hampeh tul!) awek aku pun dtg gak bg support. hik!
*March
-aku dpt tawaran jadi jurulatih khidmat negara utk modul pembinaan karektor. selama 2 bulan. payment=rm80 sehari. ramai org2 'besar' aku kenal, ade yg cikgu, CEO, kaunselor, pegawai kerajaan dan mcm2 org aku jumpe.
*april
-bulan paling malang dlm idup aku. aku 'clash'. waaaaaa!!!.. :'-( dah takde jodoh. eeeeeeeiiiii...
*mei
-berazam mulakan idup baru. (susahnyee..)
*julai
-aku sambung degree kat uniKL amik course engineering networking.
-then, dapat anak buah baru, mohd danial namenye. ensem cam paklangnye cket.
*ogos
-sepatutnye celebrate anniversary yg ke-3. (sedey tul..)
-gi kenduri kawin cik liya. ramai gak bdk2 kpm aku jumpe kat sane.
-tibe2 je aku kene sakit appendix. trus bedah esoknye.
*oktober
-MINI GATHERING. aku jumpe kawan2 lame kat mines.
-gi FAMOSA WATER WORLD.
-first puase kat uniKL. sronok gak..
*November
-lepas abis raye, trus final exam.
*Disember
-Cuti semester
-part time teacher kat sebuah pusat tuisyen kat beranang.

-tamatlah tahun 2004- sayonara!!!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...