Thursday, July 16, 2009

Motivasi Perniagaan : Sanggup | Komitmen | Percaya

Semakin hari semakin byk ilmu perniagaan yg aku pelajari. Betul lah kata org bijak pandai, kalau kawan dgn org positif akan positif, kawan org negatif, akan jadi negatif. So, bila aku bergaul dgn org bisnes, mmg byk ilmu bisnes yg aku dapat. Ok, ilmu yg aku nak kongsi hari ini berkaitan dengan tajuk: sanggup, komitmen percaya.

Menurut Madek, (my mentor).. Utk berjaya dlm perniagaan, 3 perkara penting ini perlu ada. Tak kesah la apa jenis perniagaan pun, anda pasti berjaya.

1. Sanggup
2. Komitmen
3. Percaya

1. Sanggup
Sanggup yg beliau maksudkan ialah.. sanggupkah anda meninggalkan rutin harian anda seperti tgk 'Keliwon' tiap malam khamis? Sanggupkah anda x pergi ke kenduri kahwin sahabat anda semata utk menjalankan bisnes? sanggupkah anda memujuk dan memberi alasan kepada ibu bapa anda utk blk ke KG. semata2 utk bisnes? Sanggupkan anda bersengkang mata hingga lewat malam utk bisnes? sanggupkah??

2. Komitmen
Komitmen adalah sesuatu effort yg sangat dititik beratkan. Memberi komitmen terhadap sesuatu perkara adalah satu jaminan kejayaan. Setiap usaha yg dilakukan bersungguh2 akan memberi kejayaan berlipat kali ganda.

3. Percaya
Kepercayaan terhadap sesuatu perkara adalah penting. Dengan 'Percaya', sesuatu matlamat pasti akan tercapai. Percaya memboleh kan kite mengatasi pelbagai rintangan dan halangan sblm kite beroleh kejayaan.

ps: Goodluck pada semua..

Wednesday, July 15, 2009

Motivasi Perniagaan : 'Push' Diri Anda..

Tak sangka dlm diam aku ada pembaca setia. Ini buatkan aku bersemangat utk update blog ni. Mmg aku akui, dlm posting sblm ni aku pernah berazam utk sentiasa update setiap isnin, rabu, dan jumaat. Tapi memandangkan kesibukan dua kerja dlm 1 hari, aku dah jadi malas nak update. Yer la, org nak kawin hujung tahun ni, duit kawin x cukup lg nih. Harapkan bisnes aku ni je la.. Takkan nak buat loan gak kot.. sampai anak 5 org pun x abis bayar nanti.. oh tidak!! Terima kasih kepada pembaca yg 'push' aku utk update blog ni..

Ok, utk entry kali ni aku nak kongsi tentang perlunya tekanan positif dlm mencapai matlamat. Aku lebih gemar berkongsi melalui cerita.. kalau fakta jer, aku rasa boring.. sebab aku pun x berapa suka baca fakta2 ni.. especially buku teks masa zaman sekolah dulu2.. huhu.. ;-)

Pemuda miskin mengahwini Puteri Raja

Tersebutlah kisah di zaman sebelum kesultanan melayu melaka, terdirinya sebuah negara yg aman makmur iaitu Negara Selipar Jepun Bermutu. Negara yg Kaya itu di perintah oleh seorang raja yg baik hati bernama Raja Selipar. Di pendekkan cerita, Raja Selipar sudah agak berumur dan berhasrat ingin mencari pengganti utk mewarisi tampuk pemerintahan negara. Disebabkan baginda cume mempunyai seorang puteri, maka baginda bercadang mencari jodoh utk di padankan dengan puteri kesayangan. Maka, baginda mengeluarkan titah kepada rakyat jelata, barangsiapa dapat mengharungi cabaran dan ujian yg bakal di adakan, maka org itu akan di kahwinkan dgn puteri baginda.

Maka pada hari yg dijanjikan, berpusu2 lah rakyat jelata berhimpun di ruang legar taman istana. Pemuda2 yg gagah berani x sabar2 menantikan apakah ujian yg bakal mereka tempuhi. Di taman istana, terdapat sebuah tasik dan di seberang tasik tersebutlah di bina pentas utk raja. Sekalian rakyat berkumpul di tepi tasik tersebut sementara menanti tawaran baginda raja.

"Wahai pemuda2 negara yg gagah berani. Seperti yg kamu sedia maklum, beta dah semakin berumur dan inginkan pengganti. Pengganti beta nanti mesti seorang yg jujur, gagah berani, dan bijaksana. Ujian beta senang sahaja.. Di dlm tasik dihadapan beta ni, sudah dilepaskan 100 ekor buaya yg dlm kelaparan. Barangsiapa di antara kamu yg sanggup berenang ke arah beta, akan beta tunaikan apa saja permintaan kamu." Titah Baginda Raja Selipar.

Suasana hingar bingar seketika, mendengarkan cabaran mengarut dari baginda sultan. Siapalah yg berani dan gila yg nak bunuh diri di makan buaya mcm tu jer? Dalam keadaan yg kelam kabut itu..

"Gedembushhhh... blrrrr... blrrrr...."


Tiba2 ada seorang pemuda yg terjun ke dalam tasik tersebut. Semua org kaget seketika. Berdebar menantikan pemuda itu di baham buaya. Pemuda itu dgn sepantas kilat berenang ke arah pentas diraja, sehingga dpt berpaut di tebing dan selamat...

Penonton yg menyaksikan kejadian itu bertepuk girang dan kagum dgn keberanian anak muda tersebut. Tahniah org muda.. tahniah.. awak hebat.. Macam2 kata pujian di lemparkan.

Raja yg turut kagum, bangun dr tempat bersemayam dan merapati pemuda tersebut.

"Tahniah anak muda. Sekarang beta akan kota kan janji beta. Apakah permintaan kamu? Beta akan tunaikan segera"

Dlm keadaan basah, pemuda itu mengadap sembah.
"Ampunkan patik tuanku. Patik x byk permintaan, cuma satu sahaja."
"Siapakah yg tolak patik??????"

***** sekian ******

Ceritanya mmg tergantung sampai situ jer. Yg selebihnya boleh gunakan imaginasi anda utk menambahnya.. hehehehehe...

Tapi ada sesuatu yg saya nak kongsi di sini..

Sebenarnya pemuda itu patut berterima kasih kepada org yg menolaknya. Betul!!! Kerana org itulah hidup beliau berubah. Dengan tolakan tersebut, beliau dpt mengahwini puteri raja, malah dapat mewarisi harta dan kekayaan raja. Cuba andaikan tiada siapa yg menolak pemuda itu, adakah hidupnya akan berubah seperti sekarang??

Begitulah realitinya dalam kehidupan ini kawan2. Anda patut bersyukur kepada org yg paksa anda buat sesuatu utk kebaikan anda. Sekurang2nya, org itu sayangkan anda. Sebenarnya.. kita perlu 'push' diri kita sendiri utk capai sesuatu matlamat. Tekanan itu perlu.. cuma terpulang pada diri sendiri samada utk menjadi tekanan itu satu tekanan positif ataupun tekanan negatif. Kita perlu 'push' diri kita utk berubah. Seandainya anda selesa dgn kehidupan anda hari ini, dan x berbuat apa2 utk mengubahnya.. percayalah.. anda akan tetap begitu sehingga ke hari tua anda.

Di petik dr kata2 bijak pandai..
"Apa yg berlaku pada diri kita hari ini, adalah kesan dr keputusan yg pernah kita buat 4 tahun dahulu.. So, utk berubah pada 4 tahun akan dtg, keputusan besar perlu di lakukan hari ini.."

Lihat kembali diri anda pada hari ini.. apa yg terjadi, apa pekerjaan anda sekarang.. semuanya adalah kesan dr keputusan anda 4 tahun dahulu.. Mungkin anda bekerja dlm sektor awam, mahupun swasta pada hr ini.. mingkin itu adalah keputusan yg anda ambil iaitu melanjutkan pelajaran pada 4 thn lepas.

Tapi hari ini, anda perlu melihat apakah yg anda inginkan dlm 4 tahun akan dtg. Adakah anda akan bekerja seperti sekarang? fikir2 kan lah..

"Berfikir itu masalah.. Buat itu JAWAPAN"

"Its NOW... or NEVER"

wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...