Friday, April 15, 2011

[NO EXCUSES] Chapter 2: self-discipline and attitude

Bab 2 : Disiplin diri dan sikap

"Pikul tanggungjawab lebih daripada yang diharapkan. Usah pula memanjakan diri. Jadilah orang yang tegas pada diri sendiri tetapi bertolak ansur pada orang lain" -Henry Ward Beecher.

Diri kita hari ini adalah himpunan kepada keputusan-keputusan yang diambil sepanjang hayat kita. Keputusan itu menjadi penentu siapa diri kita dan apakah sikap kita. Setiap kali kita membuat keputusan dengan pilihan yang dirasakan betul, sikap diri kita terbentuk. Apabile pilihan yang dilakukan itu kerap serupa, sikap tadi menjadi lebih kuat lalu terbentuk peribadi. Sekiranya keputusan-keputusan itu menunjukkan sikap yang baik, kita menjadi orang yang baik. Sebaliknya, sekiranya keputusan-keputusan kita menunjukkan sikap yang dibenci, kita menjadi orang yang jelek.

Antara benda yang nak kongsikan dalam bab ni adalah 'INTEGRITI', satu ciri yang penting dalam pembentukan sikap yang terpuji.

Wednesday, April 13, 2011

[NO EXCUSES] Chapter 1: Self-discipline and personal success

Bab 1: Disiplin diri dan kejayaan peribadi

"Kejayaan pertama dan terbaik yg perlu dilaksanakan adalah menakluki diri sendiri" -pluto


Mengapa ada orang dapat mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kejayanya lebih daripada orang lain?

Kebolehan kita bertanyakan soalan itu dan menjawabnya, memandu diri kita supaya mengikuti jawapan itu, menentukan sama ada kita dapat mencapai kebahagiaan dan berapa lama masa yang perlu kita ambil.

Setiap orang mempunyai jalan hidup sendiri dan hidup ini mudah tertarik kepada arah yang paling kurang rintangan & kesukaran. Tanpa ada disiplin diri, jalan hidup kita bergerak secara automatik kearah yg paling kurang rintangan.

H.L. Hunt
Seorang pengusaha minyak yang mempunyai harta berbillion nilainya, H.L Hunt pernah ditanya dalam satu rancangan di televisyen. Soalan yg ditanya, apakah rahsia kejayaan beliau. H.L. Hunt menjawab, ada 3 syarat utama untuk berjaya:

NO EXCUSES! by Brian Tracy


Posting sepanjang minggu ni, saya akan cuba berkongsi tentang buku 'NO EXCUSES by Brian Tracy' ni sebagai motivasi makanan hati kita pada kali ni. Buku ini membincangkan tentang KUASA DISIPLIN DIRI. Bagaimana Disiplin dapat membezakan antara org berjaya dan org biasa-biasa.

Mengandungi 21 Bab, dan

Testing posting from BB

Percubaan pertama. ;p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...