Tuesday, September 28, 2004

Tuesday, September 21, 2004

Sepetang di Hospital Melaka

SEPETANG DI HOSPITAL MELAKA

lame dah aku tak update contents dlm blog aku nih. sibuk ubah skin je. tapi sampai la ni aku masih lagi tak puas hati. serabut je.. huh! takpe tinggalkan bende tu dulu. aku nak kongsi citer sikit ni. 'sepetang di hospital Melaka'apek dan nyonya dlm ujan..


21 september 2004, selasa dlm kul 3 petang. aku pegi ke hospital melaka. sebab ade appointment ngan doktor pasal sakit appendix aku tu. spatutnye pegi pagi, tapi aku lupe. tgh hari baru perasan itupun sbb ade member baru balik hospital. hehhehe.. so, aku pun pinjam keter member aku. (baik pulak bebudak ni)jali dan nuri nyanyi lagu 'sandarkan pada kenangan' berlatarbelakangkan kolam ikan hospital..


aku pegi ngan jali dan nuri. aku bawak diorang sbb aku ni tak tau sgt jln melaka. lagi pun lagi ramai lagi bagus, boleh jenjalan. hujan pun turun dgn lebatnye.. sesampainye kat hospital dalam kul 4 ptg. mule2 kene marah ngan nurse, sbb aku dtg petang. dia kata doktor takde. appointment slalu buat pagi je. hmm.. aku jawab balik. mane aku tau, sebab kat kertas tu takde bgtau pun pukul baper aku kene jumpe doktor. aku naik suare aku sikit. pastu nurse tu mintak maap, sbb mungkin silap dia tak tulis waktu. (huh! slamat.. tau takut. heheh!!)


pastu dia suruh kami naik trus tingkat 4 tmpat wad aku dulu sbb doktor tunggu kat sane. (aik, ade pulak doktor) sesampainye dia trus suruh aku bukak baju. nak mampus! gile ape. depan2 org suruh bukak. hilang la dara aku. hehhehe.. aku pun tunjuk kat dia bekas jahitan sakit aku tu. doktor tu tgk sikit je, usik mane yg patut. lepas aku dah boleh balik. (itu je)

cun siot!! solo lagi nie..
sblm balik kami singgah mcD. lapar sesangat, smpai tak bercakap. fokus pada makanan.. heheh.. smpai tak sedar la org lalu blakang. tapi yg bestnyer awek mcD tu lawa la pulak.

maintain ensem. nasib baik waktu ni buaye tgh tido..
on d way balik, kami singgah begambar kat dpn air terjun buatan depan taman buaya. lihat la aksiku. mase ni sume buaye tgh tido. kenyang sgt kot. tepat kul 6 kami pun berambus balik. sebab mlm nanti ade kuliah..


-sekian, wassalam-

Wednesday, September 15, 2004

Tunda Tarikh Gathering.. (2/10/2004)

hmm.. regarding to our 'mini-gathering', telah berlaku penundaan tarikh. berdasarkan kepada maklum balas dr kebanyakan org, ramai yg meminta supaya perjumpaan ini ditunda. sebab, kebanyakannya tak dapat dtg pada tarikh 18/9 tu. so, selepas meeting dgn beberapa AJK sementara, kita telah mengubah tarikh kepada..

Tarikh : 2/10/2004
Hari : SABTU. (minggu pertama)
tempat : The Mines (food court sebelah McD/KFC)
Waktu : 2.00 petang
(sila bawa hadiah bernilai RM2 keatas utk sesi tukar2 hadiah)

Aktiviti:-

- pendaftaran (isi maklumat dlm log book)
- ucapan dan penerangan ringkas dr Pengarah Projek.
- makan (sendiri-sendiri)
- sesi tukar2 hadiah
- sesi bergambar
- bersurai (aktiviti tambahan spt bowling, akan dipertimbangkan kemudian)

p/s: Tujuan 'Mini-Gathering ini adalah untuk mengumpulkan seberapa byk bekas pelajar KPMB, berbincang utk mengadakan satu GATHERING di KPM Beranang.

-adios-

Wednesday, September 08, 2004

KPMB Gathering

Allooooo...

hai kengkawan.. untuk semua Ex-KPMB, ade satu pengumuman penting. Ade cadangan utk mengadakan KPMB Gathering kat Kolej kesayangan kita, mane lagi, Kolej Profesional MARA Beranang la.

Utk itu, Kita akan buat satu 'mini reunion' pada 19 september nie (SABTU) bertempat di Mines Shoping Center (Serdang). berkumpul dalam pukul 2.00 petang. Kat situ, Pengarah Projek kita, (Shaan) akan menerangkan dgn lebih detail lagi mengenai gathering ni. so, sesiapa yg dpt maklumat nie sila sebarkan kepada member2 yg lain. ape2 pertanyaan sila refer kat aku atau shaan atau jali atau pijoh atau rizal atan.

kalau korg confirm pegi maklum kat aku, sbb nak booking tempat. jgn lupe, bawa hadiah (atas RM2) untuk tukar2 hadiah. hehehe.. lepas tu kita main boling ke, ape ke.. bergantung pade keadaan.

-adios-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...