Monday, February 21, 2005

KPMB GATHERING - 5 MARCH 2005 (SABTU)

* invitation card dah pon anto by post, so korang tungguuuu.....
* tapi aku takde semua alamat korang.. mane yg ader je aku post kan surat.. so, bgtau member2 yg tak tau tu..
* pasal parking, aku rase boleh parking dlm.


BAYARAN

Bayaran Perseorangan : RM 30 - anda boleh membawa tetamu dgn syarat bayaran digandakan
- bayaran selewat²nya 28 FEB 2005

Mohd Rizal Bin Haji Atan (Bendahari)
Bumiputera Commerce (BCB) = 0105-0101234-52-9
Bank Islam (BIMB) = 1014010033450


DAH BOLEH BUAT BAYARAN!!
* kepada sesiapa yang membuat cash deposit, sila simpan bankslip anda.
* yang buat bayaran dgn internet bank, sila inform tilmiz aka mohd rizal
dgn sms (016 277 8151) atau email (tilmiz4@yahoo.com) transaction
number, jumlah, tarikh, dan personal detail anda.
* kerjasama anda AMAT DIHARAPKAN bagi mengelakkan sebarang kesulitan.


-------------------------------------------------------------


Aturcara Ringkas (Akan dipinda mengikut keadaan)

Date: 5 March 2005
Venue: KPM Beranang

2.00 p.m.
: Pendaftaran semua bekas-bekas pelajar
Aturcara majlis bermula pada pukul 3.00 p.m.
3.00 p.m.
: Majlis bermula
3.10 p.m.
: Taklimat dan Pembahagian kumpulan
3.30 p.m.
: Ucapan pembuka majlis daripada pengarah projek
: Ucapan daripada pengetua KPMB
: Ucapan daripada wakil bekas pelajar mengikut kursus (HND, DIA, DBS)
: Ucapan daripada wakil pensyarah
4.00 p.m.
: Minum petang ( Berbincang mengenai persembahan makan malam)
5.00 p.m.
: Mini Sukan / (perubahan bergantung kepada keadaan)
7.00 p.m.
: Rehat (Solat magrib dan Isyak berjemaah)
9.00 p.m.
: Makan Malam
: Persembahan mengikut kumpulan serta persembahan istimewa pensyarah
: Cabutan bertuah
: Penyampaian hadiah sukaneka serta persembahan terbaik
: dan lain-lain
12.00 p.m.
: Bersurai

ASRAMA DISEDIAKAN KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH
UTK PULANG SELEPAS MAJLIS BERSURAI ::DENGAN SYARAT ANDA INFORM DULU PADA AKU (APITT) atau PIJOH

Thursday, February 03, 2005

CINTA FAKULTI

cinta fakulti
**************
Hai awek cun. Lajunya awek cun ni jalan. Kena kejar dek anjing ker awek cun?"
Huh. Suara sumbang mana pula ni? Macam biasa dengar aje suara ni. Ni mesti budak terlebih ajar ni. Aku menolehkan kepalaku untuk melihat siapakah yang mengganggu perjalananku ke fakulti.
"Hai. Tak kenal ke dengan suara merdu abang hari ni?" suara itu berbunyi lagi.
Memang tidak syak lagi. Balik-balik jumpa dengan lelaki ni. Kan bagus kalau boleh terjumpa dengan Yutaka Takenouchi ke, Norman Hakim ke. Bahagia hidup aku kalau jumpa dengan mereka. Ini tidak.. Pagi-pagi lagi dah jumpa dengan cekodok basi ni. Kalau boleh makan tak apa juga. Hai... pagi-pagi lagi dah banyak dosa aku kat mamat ni.

"Awak kalau tak kacau saya tak boleh ke?" marahku . Aku menunjukkan muka yang sehabis-habis garang. Ni kalau harimau nampak pun terperanjat.
"Mana boleh awek cun. Awakkan bakal isteri saya," ujar mamat tu dengan bersungguh-sungguh.
"Isteri??? Uwekkkkk...tak ingin langsung!" balasku sambil menjelirkan lidah. Huh... kalau handsome tak apa juga. Tapi, kalau tengok dua tiga kali boleh tahan juga handsomenya mamat ni. Ah... handsome tapi perangai macam setan buat apa?
"Nazri, amacam??? Jerat tak mengena ke?" soal member baik Nazri, Azmi.
"Erm... Kau tengok aja lah satu hari nanti. Aku akan pastikan Noor jatuh ke tangan aku."
"Agak-agak berapa abad lagi ye?" gurau Azmi sambil melihat Noor memasuki kelasnya.
Ak en na. Kurang asam keping betullah mamat ni. Buk... Satu tumbukan padu dikenakan pada bahu Azmi. Apa lagi, berderai ketawa mereka. Kesannya semua manusia yang ada kat kawasan tu berpaling ke arah meraka. Ah, peduli apa. Janji aku dengan member aku ni bahagia. Nazri memaut bahu Azmi dan melangkah menuju ke arah fakulti. Enjoy-enjoy jugak. Tapi study aku tak tinggal.
Noor. Nama tu sentiasa terpahat di lubuk hati Nazri. Liar nak mampus. Nampak aja jinak tapi bila dekat terus terbang. Namun, Nazri tidak jemu memburu Noor. Insan yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Nazri tersenyum sambil mempercepatkan langkah ke fakulti.


"Noor... oit Noor," panggil member sebilik aku. Isk minah ni. Kacau je orang nak buat assignment. Dahlah esok dateline. Yang aku nie pun satu. Buat awal-awal tak nak. Sekarang baru terhegeh-hegeh. Baru padan dengan muka aku. Aku memalingkan muka sambil menunjukkan mimik muka yang paling lawa. A'ah lawa. Sebijik macam tenuk. Hehehe. "Apa??" soalku. "Kau dengan Nazri tu ada apa-apa ke?" Uikkk... Soalan yang sungguh mencabar minda!! "Nazri??? Pleaseee..." "Abih yang aku tengok dia selalu kacau kau tu apa? Takkan tak ada apa-apa kot?? Dia tu handsome apa. Kau tak minat ke kat dia?? Sesuai sangat dia tu dengan kau. Macam pinang dibelah lapan. Weh, takkan kau tak teringin couple dengan dia kot??" Tu dia. Tiga soalan untuk dijawab dalam masa satu hari. Dahlah semua soalan tu tersangatlah mencabar minda. Minah ni kalau dah bercakap, tak sah kalau tak lama. Agaknya berapa gelen air liur dia habis? "Huh... mintak simpang malaikat 44. Handsome tapi perangai macam setan buat apa?" Haa... Jawapan untuk 3 soalan . Macam syampu pulak. 3 dalam 1... "Tak baik kau kata macam tu. Dibuatnya ada jodoh dengan dia, apa kau nak buat?? Kalau aku, sure aku tak tolak." "Eh, eh minah ni . Over nampak. Cik Imah, kalau rasa teringin sangat kat Nazri tu, ambik ajalah. Aku bukannya ada apa-apa dengan dia Lagipun otak Nazri tu bukan betul sangat. Perangai macam kanak-kanak riang ribena aja," "Eleh. Kata kat orang konon. Macamlah dia tu matured sangat," aku cuma tersengih. Tu lah. Nak kata orang tengok-tengok diri tu dulu . Kat kolej ni siapa yang tak kenal dengan Noor yang tinggal kat dorm 2. Minah yang paling gila-gila . Sampaikan lecturer kenal dengan aku. Amboi, glamour mengalahkan Ziana Zain. Erkkk... hehehe... Tul ke??? "Alah. Kalau aku tak matured pun aku tetap cun apa," ujarku sambil menggayakan diri di hadapan Imah. Sudahnya bantal busuk milikku hinggap betul-betul kat hidung aku. Isk... Kemik la hidung aku dibuatnya. Dahlah hidung ni separuh mancung. Puas aku tarik hidung ni. Bukan setakat guna tali, siap guna dawai lagi. Tapi tak mancung-mancung juga. Agaknya apa petua yang Shah Rukh Khan pakai untuk mancungkan hidung dia?


Huarghhh... mengantuknya dengar lecturer ni membebel. Boring yang teramat sangat aku dibuatnya. Yang aku ni pulak ntah apa sakitnya. Asyik boring memanjang. Kalaulah muka lecturer ni sebijik macam muka Noor kan best. Sure aku tak boring. Paling melampau aku punya tindakan ialah kerat meja panjang ni dan letak betul-betul sebelah lecturer tu. Tu kira okay lah tu. Dibuatnya aku bawa balik lecturer kat dorm aku sure haru dibuatnya. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak sedar gadis idamannya sedang mengaturkan langkah memasuki perut kelasnya. Azmi yang duduk di sebelah Nazri menyikunya. Apa lagi, melopong mulutnya apabila melihat sang gadis berada di depan mata.


Nazri menatap muka Noor. Kalaulah aku dapat duduk kat depan, terang pemandangan aku tengok muka Noor. Huh , nak dok depan? Jangan haraplah. Dok depan tak boleh buat taik mata. Kalau duduk di belakang, tempat paling strategik untuk melakukan aktiviti yang paling Nazri gemari. Tapi, saat macam ni, aku rasa nak halau aja manusia yang dok kat depan tu. Boleh aku tengok muka Noor puas-puas. Eh... eh, nak ke mana pula Noor ni? Siap bawa buku. Eh, macam nak menuju kat sini aja. Kebetulan pulak sebelah Nazri tiada student lain yang duduk. Sebelah kanan ni surelah mamat Azmi ni. Tapi, Noor ambik ke subject Kimia? Tak penah tau pun. Setahu aku dia ambik course Sains Hayat. Erk, memanglah course tu ambik subject Kimia. Tapi tak pernah nampak pun Noor masuk kelas ni. Agaknya aku tak nampak sebab aku selalu datang lewat. Bila masuk tu bukannya reti nak ambil note yang lecturer tu cakap. Sibuk buat taik mata aja. Sesekali kesian juga tengok lecturer tu bercakap memanjang. Tapi aku buat tak kisah je. Nasib baik yang buat perangai aku sorang je (agaknyalah). Dibuatnya satu kelas, sure menangis lecturer tu.


Bermacam-macam persoalan menyerang benak Nazri. Noor melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah Nazri. Fuh, macam tengah bersanding pulak. Yang Azmi ni asyik melopong je tengok aku. Nasib baik lalat tak teringin nak masuk dalam mulut dia Kalau tak, sure lunch nanti dia kenyang. Lagipun aku tau sebab apa lalat tak sudi masuk dalam mulut dia. Bau mulut mengalahkan mulut buaya lombong. Hehehe. Nazri curi-curi pandang ke arah Noor. Memang terbukti dia ni cun. Bahagianya kalau dia milik aku. Sedang asyik melihat 'pemandangan' indah di sebelah, Azmi menyiku Nazri. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak dapat mengawal tubuhnya terjatuh ke atas badan Noor. Gamat satu fakulti dengan adegan yang tidak disangka-sangka itu. Noor pula menahan marah. Segera dia mengangkat kaki keluar dari perut fakulti. Nazri betul-betul tergamam dengan peristiwa itu.


"Sakit sangat hati aku ni Imah. Nasib baik aku dapat cover pengeluaran api dari hidung aku ni . Kalau tidak, sure terbakar fakulti dengan mamat tu sekali. Kurang asam boi betul mamat tu!" marahku. Kalau boleh saat tu juga aku nak jumpa Nazri. Lepas tu aku fire dia . Biar cepat mampos. Aman hidup aku.
"Dahlah tu. Muak aku dengar cerita kau. Bukak mulut aja cerita pasal dia. Telinga aku pun nak rehat juga," ujar Imah selamba.
"Aku sakit..."
Tak sempat aku teruskan bercakap Imah menutup mulut aku dengan bantal busukku. Puihhh... masam juga bantal busuk aku ni. Hehehe.
"Malas aku layan kau. Ni pakwe kau kasi surat," Imah menghulurkan sekeping surat. Sampulnya berwarna merah jambu. Bau dia mak datuk. Sebatu boleh terbau akan kewangiannya. Aku bertanya pada Imah siapa pengirimnya sebab aku ni memang tak pernah ada special boyfriend tetapi Imah lekas-lekas keluar dari biliknya. Agaknya dia tak sanggup kena soal-siasat kot? Aku membuka sampul itu dengan berhati-hati. Bau perfume dari surat itu semakin semerbak . Mak datuk. Surat jenis apa ni?


Mohd Nazri,
Dorm 8 , Kolej Sri Iman,
24100 Kijal,
Terengganu.
-------------------------------------------------------
Noor Liyana,
Dorm 2 , Kolej Sri Iman,
24100 Kijal,
Terengganu. 10 Jun 2000
Cik,
MEMOHON UNTUK MENJADI PAKWE CIK AWEK CUN
----------------------------------------------------------
Saya sebagaimana nama di atas ingin meminta izin daripada pihak cik awek cun untuk menjadi pakwe cik awek cun.
2. Puas saya cuba untuk melupakan diri cik awek cun. Tetapi, semakin saya cuba melupakan, semakin kuat saya rindukan cik awek cun. Malah kejadian semalam telah menyebabkan saya bermimpikan cik awek cun dan itulah mimpi yang paling bermakna bagi pihak otak saya.
3. Saya juga inginkan jawapan daripada cik awek cun 5 minit dari sekarang. Sekiranya lewat daripada tempoh itu, saya menganggap cik awek cun menerima saya sebagai pakwe cik awek cun.
4. Kerjasama daripada pihak cik awek cun amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar-benar ikhlas,
Nazri



Alamak. Betul-betul seriuslah Nazri ni. Tapi tempoh yang dia kasi 5 minit aja. Dah bersedia ke aku untuk jadi awek dia? Ah, tak boleh jadi ni. Baik aku pergi jumpa dia dan bagitahu yang aku tak bersedia menjadi awek dia. Tapi, sanggup ke aku bagitahu dia sedangkan hati aku ni dah terpaut padanya sejak kali pertama aku kenal dia. Selama ni aku saja menafikan kerana aku malu dengan diri sendiri. Lagipun aku nak dia gentleman. Kalau betul-betul berkenan kat aku, face to face lah. Ah, tinggal 2 minit lagi. Baik aku jumpa dia. Lepas tu minta dia panjangkan lagi tempoh. Aku segera berlari ke arah pintu dan membukanya.
"Hai awek cun."
Sesungguhnya aku tidak menyangka Nazri sanggup melakukan tindakan bodoh itu. Curi masuk ke kolej perempuan semata-mata kerana aku! Dan mastermindnya surelah Azmi dan Imah. Celaka betul budak dua ekor ni. Dan yang paling aku tak sangka sekali ialah Azmi dan Imah ada hubungan sulit. Isk, macam mana gosip ni tak sampai kat telinga aku? Nazri tersenyum riang melihatku.
"Sudikah awek cun menerima saya?" soal Nazri sambil menghadiahkan 11 kuntum bunga ros buat aku. Terkedu aku dibuatnya. Aku mengangguk tanpa sedar. Apa lagi, bersorak Imah dan Azmi apabila melihat aku mengangguk. Amboi, mengalahkan tuan yang bertanya. Yang si Nazri pulak tak habis-habis tenung aku. Aku cuba membalas tenungannya dan tidak aku nafikan bahawa matanya amat cantik. Ah, bercinta juga aku dengan mamat 3 suku ni. Walaubagaimanapun, aku berharap agar jodohku panjang dengannya. Sesungguhnya aku tidak sanggup kehilangannya...


the end..


Tuesday, February 01, 2005

BBQ kat Melake..

baru2 ni aku ngan bdk network klass aku ade buat BBQ kat melake. (rumah wan) kami plan buat bbq ni pun last minit. Si 'abg besar' ni la yg plan.. (junaid). aku pun baru tau last2 minit gaks. kutip duit sorang rm5, pastu besoknye trus beli barang. malamnye makan. nyannyi sikit2, pastu balik. tu je.. abis citer.. malas la aku nak taip pepanjang. yg penting semua ade n semua hepi.. korang tgk la gambar2 yg sempat dirakamkan sepanjang majlis tersebut. moga 'network' kita ini kekal berpanjangan. bdk network la katakan.. :-D

-best la korang!!!-


more photos
(click on the picture for full image)
begini ye puan-puan.. mule2 kita lumurkan ayam ini dgn peluh kita. mcm i buat ni..ceh.. rajinnye bdk2 laki ni.. mentang2 la KB ade.. huhu..aku pun nak masuk gambar gaks. peace!!
kelihatan 'bad' + 'bob' + 'bad banting' sibuk menyediakan arang utk BBQreleks jap, sementara tgh tunggu ayam siap dipanggang..tgh tgk bola beb! MU lawan chelsea.. (repeat)
ni jelah yg dpt disediakan dgn rm5 korang tu.. huhu..ade yg makan dalam rumah.. bbq ape camni?? baik mkn kat hotel!! hehehe..sesi bergambar beramai2.. (tapi tak semua ade)
sesi berhibur.. gitaris tgh tiun gitar jap..wan sedang mendendangkan lagu 'memori daun pisang' dgn penuh penghayatan.. hehehe..hooreeyyy.. kami berjaya!!! (tibe2 jer.. :-D)
-gmbar byk sgt la. ni je yg aku boleh letak-

-tamat-

awe eksiden

di tempat kejadian..kejadian ni berlaku minggu lepas. lambat aku nak publishkan citer ni. tapi waktu ni je aku ade mase. nak buat camne. so, eksiden yg aku nak citer kan ni melibatkan member aku (bdk bilik sebelah), namenye awe. bdk t'ganu tapi kecek klate.

awe meraunggg di bilik bedah..nak dijadikan citer, satu hari mase aku abis lunch, on d way nak balik ke bilik, bdk2 ni kecoh kata awe eksiden. aku pun tekejut la jugak. teruk ke? patah ke? mati ke? kalau mati mane mayatnye??? (hehehe.. mlawak je) so, kami pun bergegas ke tpt kejadian. tak jauh dari campus. depan ngan masjid tpt aku slalu solat jumaat ni je. sesampainye aku kat sane, si awe ni dah boleh berdiri pun. huh! lega.. (la.. ingatkan cedera parah ke.. boleh gak call 999 yg tv3 punye tuh) motor dia teruk cket la. tapi still boleh jalan lagi.

dagu ni la yg dijahit 3 jahitan.. (gambar sebelum jahit)tanye punye tanye, rupenye si awe ni eksiden ngan motor gak. ade ke patut dia pegi langgar sorang pakcik yang bawak motor slow depan dia. ish3X.. tak patut. awe cakap "tibe2 pandangan depan aku gelap, tak perasan aku boleh langgar pakcik tu".. nasib baik la pakcik tu takde ape2. luke2 n calar2 cket je. yela, langgar org kampung.. dibuatnye kene pukul dgn org2 kampung tu kang, tak pasal2 je. tapi mmg si awe ni yg salah. rupe2nye waktu tu, si bengong ni tgh call awek member. (kantoi).. tgh bawak motor boleh pulak tepon org.

di luar hospital..so, kami pun bawak si awe ni gi hospital terdekat. kene la jahit 3, 4 jahitan kat dagunye. itupun meraung2 kat bilik bedah. huhu..

moral of story drp citer ni: "DON'T PHONE N DRIVE"


more photos
keadaan motor si awe.. (patah sikit je bhgn depan nye)antara member2 yang hadir utk memberi kutukan dan sumpah seranah.. wakakaka!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...