Tuesday, October 25, 2005

3rd place in Chess Tournament

eeiii.. mane nak jalan ni??hai.. hujung minggu lepas (ahad) aku masuk tournament chess anjuran kelab chess micet. seramai 28 org menyertai ptandingan tersebut dimana ptandingan ini dibuat secara kalah mati. so, aku pun cube2 la nasib masuk ptandingan minda ni. mane tau, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.. heheh..

aku ni tak lah teror sgt pasal chess ni.. tp basic tu ade la. secare kebetulan bdk bilik aku (khairul azhar) ahli kelab chess. so dia pun ajak aku join ptandingan tu. aku ok jer.. dgn syarat dia kene latih aku la. (ye la takkan nak main utk kalah.. alang2 biar smpai final. hehehe..) dlm sminggu tu aku sibuk berlatih gune satu software chess "Kasparove ChessMate". dr situ la aku tau skill2 chess.

dipendekkan cerite, dihari ptandingan.. stat kul 9. aku smpai kul 9.40. (lewat bgn.. ye la buat hari ahad.. hari tido beb!) nasib tak disqualified. itupun sbb org yg akan aku lwn tu pun tak dtg lagi.. so, aku mng free la utk 1st round. 2nd round aku lepas gak. then, 3rd round pun aku menang.. so, aku kini dah masuk suku akhir. pun menang gak! cam tak cayer jer.. aku boleh smpai semi final. huhu.. (hadiah dah dalam genggaman) but.. aku akhirnye tewas kat semi. ye la, lawan wakil micet sem lepas. kemudian aku menang penentuan tmpat ke3 & 4. so, aku dpt 3rd place...
WOW!! hasil latihan 1 minggu.. aku kini adalah pemain chess yg baik.. hahahah... (ketawa jahat..)

itu jer utk kali ni.. ;-p

ni aku nak kongsi siket ngan korang..

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."

Wassalam,

P/S: "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Monday, October 24, 2005

kenapa pelajar perempuan "MELAYU" yang kena rasuk??

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...


"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan..
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat..
Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik..
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."


p/s: ha ha ha.... aku pun terkena tadi...

Sunday, October 16, 2005

Kelebihan Sujud

Sujud lega sistem pernafasan.MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

sumber : internet

ps: so, lepas ni rerajin la solat 5 waktu yer.. insyaAllah kite terhindar dr penyakit2 tersebut..

Saturday, October 15, 2005

Fikir fikirkan..

Renungkan!!!!!!!!!

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik
oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia
memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu. kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

Wednesday, October 12, 2005

aku pun tak tau..

aku pun tak tau ape sbenarnye nak aku tulis kali ni. tapi hati aku sejak kebelakangan ni tak berapa tenteram. ntah la.. kekadang tu aku suke bersendirian. tak berapa gemar bersosial spt selalu. aku suke tgk alam sekeliling. tgk makhluk ciptaan tuhan. kenapa makhluk ni sumer wujud?? ape fungsi mereka?? kenape pulak aku mesti wujud?? apa fungsi aku dlm dunia ciptaan ilahi ni?? persoalan yg tiba2 bermain di minda. (mcm org x btul jer) tp perkara ni timbul semenjak aku tgk presentation salah sorg member aku mengenai contoh2 keajaiban alquran dan kejadian tuhan. betapa 'rendah' diriku ini jika hendak dibandingkan dgn Tuhan maha pencipta serta kekuasaanNYA. subhanallah..

tapi kan, baru2 ni mase ulangtahun perkahwinanku.. eh silap.(bile mase plak aku kawin) hmmm ulangtahun kelahiranku.. yg ke23. dah tua dah aku rupenyer.. tapi perangai tak matang2 jugak. ahaks.. biasela.. time besday. sume hantar msg wish 'hepi besday' kat aku. ade yg bg picture msg.. thanks my fren.. ade jugak yg tepon trus.. (org pertama selepas masuk kul 12) siape lagi, ehem2 aku la.. hehehe.. hepi btul aku ari tu. (walaupun takde hadiah) ala, wish besday pun dah mencukupi. tp ari tu aku ttp dpt hadiah besday gaks. dr seorg sahabat karibku. mule2 aku saje jer mintak hadiah. alih2 dia suruh aku janji. kalau dia bagi, aku mesti gune setiap hari. excited tul aku. ye la, org nak bagi hadiah. sape taknak?? so, dgn hati yg ceria aku pun tanye lagi. bile nak bagi??

last2 dia send satu msg:
doa ketetapan hati; "ya tuhan kami, jgnlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau berikan kami petunjuk kpd kami. dan kurniakanlah kpd kami rahmat dr sisiMU, krn sesungguhnya engkaulah maha pemberi kurnia".(surah al-imran ayat 8)- amalkan ayat ni (yg versi arabnye) setiap kali lepas solat 5 waktu.
suke tak hadiah ni??

pade mulenye, terkilan la jugak kan. ye la, dah excited nak dpt hadiah. tp hati ni tergerak nak tgk alquran surah al-imran ayat 8 tu. so, aku amik air smbahyang, trus rujuk ayat tu. la.. ayat ni rupenyer.. slalu aku bace pun mase doa. bunyiknye.. "rabbana la tuzigh qulubana ba'daishadaitana...... " smpai abis. jadi, selps ari tu aku pun cube amalkan doa ini. semoga tuhan tetapkan hati hambanye ini ke arah kebaikan. amin..

ape lagi aku nak tulis ek! dah tu je la kot. nti kalo aku ade mood aku smbung blk.. heheh.. adios.

Thursday, October 06, 2005

keistimewaan buah tamar

alhamdulillah.. sudah 2 hari aku dpt menunaikan ibadah puasa dgn sempurna. takde sebarang kemudaratan. macam hari2 biase jer.. perut pun dah kenyang sgt ni. nak gi terawikh pun berat.. cam malas jer. tp kalo tak pegi rugi la pulak. mase ni lah kite nak kumpul pahala lebih2. boleh gak cover sket dosa2 yg aku buat sbelum ni. hehehe.. ni aku nak kongsi siket satu cerita yg aku dpt melalui internet ngan korang. tajuknye berkisar tentang "keistimewaan buah tamar". baru aku tau yg tamar ni dijadikan dr lebihan tanah dr penciptaan nabi adam a.s.. subhanallah..

alkisah..

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

salam ramadhan!!Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.

Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.

Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.

Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.

Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita....

Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

... begitulah kisahnye.. semoga kita beroleh manfaat dari kisah ini. wassalam..

Wednesday, October 05, 2005

salam ramadhan

ahlan wasahlan.. ari ni rabu, tanggal 5 oktober 2005 bersamaan 1 ramadhan 1426H. yaa.. ari ni adalah hari pertama umat islam di seluruh dunia menunaikan ibadah wajib puase. sempena kedatangan ramadhan almubarak ni insyaAllah aku ingin memperbanyakkan amal ibadah supaya puase aku kali ini lebih diberkati dah mendapat rahmat dariNya. malam tadi pun bukan main ramai lagi jemaah yg menunaikan solat sunat terawikh. biase ler.. awal2 mmg camtu.. standart modified org kate. :p tgk la nanti mase 10 hari last.. tinggal imam ngan bilal je la.. ahaks.. hmmm, lapar pulak perut ni. skang ni jam menunjukkan kul 5.45 petang. ade lagi lebih kurang 1 jam suku je lagi nak buker. (waktu berbuke kaw melaka: 7.03pm) dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua.
salam ramadhan!!

selamat berpuase dan moga kite beroleh keberkatan dariNya. wassalam..

Sunday, October 02, 2005

bola sepak (3rd place)

huhu.. akhirnye dpt jugak aku memiliki subutir pingat dr micet walaupun berwarna cokelat jer.. td aku ade game bola penentuan tmpat ke3 & ke4. jawa united berjaya membelasah pihak lawan dgn kemenangan besar 3 - 0. yeaahhh!! mcm final selangor perlis jer. nasib baik melon tak buat hatrik.. kalo tak trus dpt jolokan bambang malaysia. ahaks.. satu gol lagi dijaringkan oleh junaid. hmmm.. time kasih kepada penyokong2 dan pengadil perlawanan. (ntah ape2 ntah)
inilah team JAWA UNITED.. bravo!!

Saturday, October 01, 2005

bowling tournament

alkisah.. hari ni aku ade tournament bowling kat MP. ramai gak yang masuk lebih kurang ade 12 team. team aku diberi nama 'jaguh kampung' (ye la, slalu berlatih boling guna buah kelapa n botol kicap) nak praktis yg betul2 takde duit, so itulah cara yg paling murah dan menjimatkan. hehehe... team aku terdiri drp apitt, bad banting, n apis gigi. (ahaks sori geng)

my team 'JAGUH KAMPUNG' - 4th place beb!!dipendekkan cerita, team kami yg pada mulenye tak diberikan harapan langsung telah berjaya menggondol hadiah utama iaitu tempat ke-empat. wakakakak.. sikit lagi nak jadi johan. kalau si 'gigi' tu dapat 2ratus lebih mesti team aku johan.. (cam senang je dapat 2ratus lebih). tapi takpe, berbaloi la dgn usaha kami. (tak pernah praktis pun). aku pulak beza 6 point je lagi. kalo tak aku dapat best player. rm50 beb. nyesal tak baling btul2 kat last frame tu. (tu la mase belajar memain, mase main pun memain lagi.. ish ish) tp takpe.. aku terime jer. perkara dah nak jadi..


hehehe.. with my supporterboleh tahan gak aku main ari ni. strike ade.. spare pun banyak.. maintain 150 gak la. tu pun ade awek datang bg support. thanks :-) teruja sikit aku main. dlm kul 6.30 baru settle sume skali siap dgn penyampaian hadiah. pastu aku ngan bdk2 terkejar2 keluar dr mp sbb bas lame nunggu. lambat lagi 5 minit mmg kene tinggal je. at the end.. kul 8 mlm kami pun smpai.


malam tu pulak ade final piala malaysia. aku smpat tengok second half je. pergh.. selongor menang siottt... selangor 3 perlis 0. yeaahhhhh!!! hidup selangor.. memang best btul tgk game malam tu. selangor punye serangan, memang bahaya. gempak habis. tu yang bambang boleh buat hatrik tu. defense pulak main power gile. mmg takde ruang si hitam perlis yg 2 ekor tu nak score. syabas!! syabas!! mcm tak caye jer. final boleh menang 3 - 0. tak patut. dlm paper pun komen boleh menang tipis jer. ni 3 - 0 beb. kalo aku org perlis. malu la gaks. (sori ek org perlis)
selangor juara!!

ok la.. esok aku ade game bola pulak. tmpat 3 & 4. mintak2 boleh menang. ye la mengidam gak nak simpan piala buat kenangan kat sini. ok bye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...