Friday, June 26, 2009

Motivasi Perniagaan : Bertanya pada org yg betul.

Tersebutlah kisah.. 2 org sahabat karib. Jali n Nan. Mereka berdua minat pada perempuan yg sama. Lalu, utk membuktikan 'the best man win', mereka pun buat pertaruhan utk berlumba. Siapa yg menang, akan memiliki si gadis idaman. Lalu, dgn menunggang scrambler setiap seorang.. Maka mereka pun berlumbalah demi merebut cinta seorang wanita.. Si Jali memecut laju meninggalkan Nan.. Wengggggggggg..... Naik bukit turun bukit.. turun bukit, elak lubang, naik bukit,.. Ketika sedang memecut laju, tiba-tiba Jali berhenti, EEEeeeeettttt.... sebab di hadapannya ada sebatang sungai.. Bila dia berhenti jer.. Si Nan pun sampai dari belakang....


"Eh, li.. kenapa kau stop?" Tanya Nan kehairanan..

"Kau x nampak sungai kat depan tu. Mcm tak boleh lepas je." Si Jali keraguan.

"Cuba kau lalu dulu.. aku follow kau dari blakang.. aku kan lama kat depan td, so inilah masanya aku bg 'can' kau kat depan pulak" Si Jali menduga..

"Weih!.. ko gila??.. ko nak aku mati? nanti senang la ko kebas buah hati aku tu? wooo pandai..!!" Nan berang dgn cadangan Jali..

Nak di jadikan cerita, kebetulan ada seorang budak melalui kawasan tu..

"Eh, dik! Mari sini jap." Nan cuba berteriak dari jauh memanggil budak tersebut.

"Nak tanya sikit, hmmm sungai ni dalam tak?

"Boleh lepas bang.. xde masalah.. tayar motor ni kan besar.." Budak tu memberi kepastian.

Mendengarkan kata2 dr budak umur 9 thn tu, mereka pun terus memecut laju meneruskan persaingan.. Wenggggggggggggg....!!! Bunyi yg kuat memecah suasana tetiba senyap sunyi tak semena mena..


"Gedembussshhh... Dussshhhhh.... blrrr.... blrr...."

Dua-dua mampus...
Dua-dua mati....

Seorang pakcik yg memerhatikan dari jauh menegur bdk kecil tu..

"Nak, kenapa anak bagi mereka lalu sungai ni. Sungai ni kan dalam... Dah ramai yg terkorban tau!"


"Hmmm pakcik.. waktu saya main kat sungai, saya selalu nampak itik berenang kat sungai ni..

Kaki itik kan pendek.. Air sungai selalunya paras dada itik je.. Tayar Scrambler tu besar.. x kan x boleh lepas... itik boleh lepas, xkan motorbike tu xleh lepas?".. penjelasan di beri.

Pakcik tu menggelengkan kepala..


*********** sekian **************


Apa yg boleh di simpulkan dalam kisah ini... :

1.. Kene tanya soalan yg betul pada orang yg betul.
- Ramai yg kerja bertungkus lumus, kerja siang malam, sampai pencen.. hidup macam tu gak. Tak berubah.. Salah tanya org, seumur hidup anda ditakdirkan miskin.

2.. Ramai yg beritahu kita kena belajar bsungguh2.. kena rajin..
- Tapi x ramai yg sudi menunjukkan kita macam mana dan di mana perlu kita rajin dan bersungguh2.

3. Di luar sana, terdapat bermacam2 org.
- Ada yg positif, dan ada yg negatif. Jika berkawan dgn org yg positif, kita akan positif, jika berkawan dgn org yg negatif, kita turut negatif. Jika kita bertanya tentang perniagaan pada org yg pernah gagal, tentulah jawapannya.. "tak usahlah berniaga, susah!! Penat!! Tak Berbaloi.."

Tapi pasti jawapan membina akan kita perolehi jika bertanya pada usahawan yg dah jutawan..

Sekian, selamat beramal..

Wednesday, June 24, 2009

Motivasi Perniagaan : Matlamat Perlu Di Tulis..

Hari Isnin ari tu aku terima email dari blog irfan khairi.. ada Talk Percuma lagi kat Midvalley. Kali ini, IK sendiri yg akan beri talk dlm 45minit. Seperti kebiasaan, org yg gemar mendengar ilmu2 perniagaan mcm aku ni, mmg tak kan lepaskan peluang keemasan camni. Free tuh.. IK bagi talk free.. Setahu aku, workshop yg IK ni buat.. lebih kurang RM900 kene ade baru boleh masuk. Dandan tu gak aku sms kat no. fon yg di beri n book seat utk 'Free Talk' tuh..

A.P.I.T.T & I.K

Perkongsian kali ni lain macam sket. Sebab, berdasarkan tajuk, 'Matlamat Perlu Di tulis'..mcm perkara biasa jer.. Mana2 program motivasi yg aku pernah pergi, selalu bercakap mengenai perkara ni. Tapi satu pun x masuk dlm 'kepala otak' aku. Tapi IK berjaya membuka minda aku dan mengaitkan perkara tersebut dgn perkara2 yg berlaku di sekeliling kita.

Setiap org yg berjaya perlu ada matlamat. Org yg tiada matlamat umpama org yg tiada arah tuju. Contohnya..

Jali masuk ke dlm teksi dgn tergopoh gapah seperti dikejar sesuatu. Lalu memberi arahan kepada pemandu teksi..

"Pakcik jalan terus.. laju sket.." Pinta Jali.

Hampir 1 jam teksi tu bergerak, tiba2 pakcik tu tanya..
"Nak pegi mana nak? dah jauh kita berjalan ni?"....

"Hmmm ntah la pakcik.. pakcik nak kemana?" Jawab Jali.
"La, abis tu nak kemana ni? .. kita dah on the way ke Ipoh ni.."

Ni menunjukkan.. org yg tiada matlamat seperti org yg tak tahu hala tuju. Dalam kehidupan, mereka seperti membiarkan arus membawa mereka kemana sahaja. Kalau baik, baik lah jadinya.. kalau x baik.. malang lah dirinya.. Hendak kah kita jadi sebegini?

Menurut IK, matlamat perlu jelas. Dan matlamat yg jelas perlu di TULIS. Dgn menulis matlamat di atas kertas, menurut kajian, 6/10 dr matlamat tersebut akan tercapai. Contohnya hari ini kita tulis 10 matlamat yg hendak di capai tahun ni. Kemudian simpan dlm laci. 1 tahun kemudian, kita bukak balik dan lihat semula. Percayalah.. 6 dr sepuluh matlamat tersebut telah di capai. Tak percaya??? percayalah... ini kerana minda separa sedar telah berfungsi dan menggerakkan tubuh kita kearah matlamat tersebut tanpa kita sedari.

Ok. Andaikan hari ini, matlamat kita nak pakai kereta Proton Persona. (sblm ni pakai kancil jer). So, kita pergi ke pusat Proton, dan pilih kereta yg berkenan, byr downpayment n sain semua aggrement. Juru jual tu bgtau, kereta kita akan keluar dlm tempoh 2 bulan dari sekarang. Kita pun blk dlm keadaan happy dan x sabar nak pakai kereta baru. Anda percaya atau tidak.. dengan x kita sedari, sewaktu nak blk rumah dgn kereta kancil tu, kita akan perasan byk kereta persona di atas jalan raya di waktu itu. Yg selama ni.. x perasan pun... Hahahahahaha... ini menunjukkan minda separa sedar kita sedang berfungsi...

So, ape tunggu lagi kawan2. Ambil pen or pensil, tulis matlamat anda sekarang. Kalau anda nak capai 10/10, tampal matlamat anda di tempat yg akan anda pandang setiap hari. Tapi kalo nak 6/10 jer.. simpan terus dlm kotak2 lama. heheheheh... tapi kalau nak 1/10.. pikirkan jer.. xyah tulis.. ;-)

Selamat Beramal....

Monday, June 22, 2009

Motivasi Perniagaan : Masa vs Duit

Ilmu ni saya nak kongsi hasil dr input yg saya dapat sewaktu menghadiri Talk Percuma dari Mentor saya, Dr. Azman Ching. Apa yg buat saya tertarik adalah bila beliau membuat perbandingan antara masa dan duit. 'Masa vs Duit'..

Anda ada masa... Tapi tak semestinya ada duit...
Anda ada duit... Tapi x semestinya ada masa...


Itulah realitinya kehidupan kita. Anda ada masa... Tapi tak semestinya ada duit... Contohnya penganggur2 yg tiada kerja. Masa byk di habiskan, lepak2 dan sebagainya. Mereka tiada berduit, tapi byk masa.. Berbanding pula dgn.. Anda ada duit... Tapi x semestinya ada masa... Contohnya CEO2, Ahli politik, Engineer,.. golongan ini mmg berduit. Malahan.. banyak duit. Tapi malangnya tiada masa. Masa byk di habiskan dgn kerja sehingga kurang diluangkan bersama keluarga dan masyarakat sekeliling.

Dr. Azman Ching menegaskan.. dengan perniagaan, anda boleh menikmati kedua2nya. Iaitu.. Anda ada masa.. dan anda ada duit.. Cume masa dan duit perlu dikorbankan di waktu ini untuk menikmatinya di masa akan datang. Mentaliti asas seorang peniaga ialah BERANI. Seorang ahli perniagaan mesti berani. Berani mengambil risiko, berani berhadapan dgn pelanggan, berani membuat pilihan, dan berani, berani, berani....

So, hari ini.. anda perlu berani membuat pilihan. Jika anda inginkan masa dan duit di waktu anda pencen, anda perlu BERANI terjun dlm bidang perniagaan sekarang. Tapi perlu di ingat, perlengkapkan diri dulu dengan 3 elemen yg saya kongsi sebelum ni. ILMU, MENTOR, SISTEM.. InsyaAllah.. Kejayaan akan hampiri anda. Sekian..

Friday, June 19, 2009

Motivasi Perniagaan : Pelaburan ILMU

Semalam aku menghadiri satu majlis ilmu, Seminar Keusahawanan. Antara Speaker mlm tu adalah 2 tokoh perniagaan yg terkenal iaitu Dr. Azman Ching dan Dr. Irfan Khairi (IK). Mereka x perlu di perkenalkan lagi, kerana walaupun telah mencapai status jutawan, tp still mahu turun padang membantu para2 usahawan baru ni bertatih utk develop perniagaan mereka. Mereka b2 bercita2 utk develop 1000 usahawan yg berjaya hasil aktiviti yg di rancang nanti. Pendekatan utama yg ditekankan ialah.. ILMU. Ianya lebih kepada investment atas dr leher. Hahahahaha.. Macam pelik kan bunyik nya.. Aku pun x paham pada asalnya. Menurut Dr. Azman Ching, kalau invest kat Emas, rantai kaki, cincin dan sebagainya.. itu investment bawah leher.. Tapi investment atas leher yg dimaksudkan ialah investment untuk otak n akal fikiran. Pelaburan kepada ilmu pengetahuan.
APITT & DR.AZMAN CHING
Nah! Ari tu pun pernah aku bgtau dlm blog ni, pasal 3 element penting dlm perniagaan. ILMU, MENTOR, SISTEM.. Tiba2 bila aku pergi talk semalam, perkara yg sama juga ditekankan. Iaitu ILMU.. betapa pentingnya ilmu ni dlm sesuatu perkara. Dlm Quran juga ada menyebut.. "Menuntut ilmu itu wajib pagi setiap muslimin."

Cuba anda bayangkan, Saya cube bg perbandingan org yg x berilmu, (bukan xde langsung, cuma x cukup banyak).. dgn org yg berilmu.

Kisah 1.

Si Jali, berniaga nasi lemak setiap hari di hadapan rumahnya.. Perniagaannya maju, dan hasil jualannya selalu habis. Satu hari Jali boleh dapat untung RM75, dgn menjual purata 100 nasi lemak 1 hari. Kalau sebulan, RM75 x 30 = RM2250. Wow! dah kalah sbulan gaji aku. Jali buat bisnes ini sepenuh masa.

Si Nan, kawan si jali, juga berniaga nasi lemak. Nasi lemak yg lebih kurang sama. Tapi si Nan ni buat part time sahaja. setiap pagi, sebelum pergi kerja, dia menghantar 500 nasi lemak ke 5 kedai berhampiran. setiap kedai 100 nasi lemak. Tengahari waktu lunch, dia akan kutip duit dari tauke kedai tersebut. Satu hari Nan boleh dpt untung RM65 utk 1 kedai. (RM10 komisyen kedai). Kalau sebulan, RM65 x 5 x 30 = RM9750. Wow! Hampir RM10k sebulan, pendapatan part time nan. berganda2 lebih dari Jali.

Tapi perlu di ingat, Nan ni dah pergi byk kursus, hampir RM2000 habis dilaburkan utk ILMU. Tapi berbaloi ke tidak? itu baru 1 bulan. Kalau di kira 1 tahun?
Jali = RM 27000
Nan = RM117000

Mana yg anda nak?

Wednesday, June 17, 2009

Motivasi Perniagaan : 3 Elemen Utama Untuk Berjaya dlm Perniagaan.

Kali ni aku nak berkongsi sedikit ilmu perniagaan yg aku pelajari. Walaupun background keluarga aku, tiada seorang pun yg berniaga, tp aku mencabar diri utk memecahkan tradisi tersebut. Kita semua sedia maklum, 9/10 pintu rezeki itu datangnya dari perniagaan. Tapi kenapa 9/10 dr kita yg masih lagi bekerja makan gaji dgn org? Kenapa kita takut berniaga walaupun kita tahu, dgn berniaga kita boleh kaya, tapi dgn makan gaji, kita cuma cukup2 makan je? Kenapa kita nak kaya, tapi kita xnak berubah utk jadi kaya?

Menjawab kepada persoalan tersebut, sudah ramai sebenarnya diantara kita sudah cuba menceburi bidang perniagaan ni. Walaupun ianya menjanjikan pulangan yg lumayan, tapi ianya tak seindah yg dibayangkan. 'Indah khabar dr rupa'.. Bukan senang nak senang, dan bukannya susah nak susah. Menurut fakta, 9/10 dari peniaga yg baru berniaga akan temui kegagalan dan cuma 1/10 sahaja yg mampu bertahan. Itu pun belum berjaya, cuma bertahan. Kenapa ia begitu? hmm itulah yg aku tak tahu sebelum ni.

Aku main redah je.. aku penah meniaga kerepek, aku penah meniaga meggi, jual dadih, jual astro, streamyx, dan bermacam2 lagi. Tapi x gak kaya. Kadang2 tu, rugi pun ada.

Sebenarnya kan, untuk berjaya dalam perniagaan. 3 Faktor utama/penting perlu di beri perhatian.
1. Ilmu
2. Mentor
3. Sistem

Wah! Nak meniaga pun kene belajar teori gak ke?

Ini bukannya teori, tapi FAKTA. Kenapa peniaga baru (khususnya melayu) gagal dlm percubaan pertama kerana bagi mereka, start je bisnes, time tu baru nak timba ilmu. Baru la nak belajar macam mana nak buat bisnes. Perniagaan pertama adalah gelanggang utk belajar bisnes. Alih2, x sampai 3 bulan, untung takde, kedai pun tutup.. ingat! ! overhead bulanan perlu di jelaskan. Dalam bisnes, kita perlu prepare backup utk 6 bulan utk duit overhead bulanan. Kalau tak, lingkup. Dalam keadaan yg kelam kabut macam ni, kita pulak tak tau kat siapa nak refer. Siapa yg boleh tolong selesaikan.. (ini sebab tiada mentor dlm perniagaan).

Jika kite buat perbandingan dgn kaum yg sinonim dgn perniagaan ni.. CINA.. Ramai diantara mereka success dlm bisnes. Sedar atau tak, org cina sblm start bisnes, (contohnya bisnes telephone) diorg akan kerja makan gaji kat kedai telephone dahulu, selama 3-4 tahun. Timba ilmu, timba pengalaman dlm industri tersebut.. Kemudian baru la berani nak keluarkan sejumlah modal utk jalankan perniagaan. Bagusnya kaum cina ni, mereka tak takut utk melabur sejumlah yg besar, kerana mereka dah nampak keuntungan yg bakal di perolehi. Waktu tu, mereka dah ada ILMU.. ilmu produk, ilmu marketing, ilmu menarik pelanggan dan bermacam2 ilmu lagi la.. secara x langsung, mereka juga dah ada MENTOR. (mungkin taukeh tempat diorg keje dulu). Kemudian diorang aplikasikan semula SISTEM yg sama diorg belajar waktu keje makan gaji dulu, utk jalankan bisnes ni.

Nah! Barulah boleh berjaya.. ini tak, main redah jer.. orang buat bisnes, kita a pun nak buat bisnes gak. Org ternak cacing, kita pun nak ternak cacing gak. Org bela lembu, kita pun nak gak. Kononnya boleh untung besar, boleh jadi jutawan lembu. Tapi di suruh jd lembu, tidur dgn lembu, tak mau pulak! Hehehehe.. aku macam mengata dulang paku serpih je nih. Aku macam tu gak dulu. Aku pun dah laburkan modal hampir rm5k utk bisnes kedai komputer kat hometown aku. Renovation jer dah dkt rm3k. Sewa kedai lagi. Itu belum termasuk kos perabot dan stok.. hampir rm50k gak la. Tapi, lepas 5 bulan, lepas jer aku di perkenalkan dgn bisnes yg aku buat skarang ni, aku tutup kedai komputer aku, fokus kat bisnes ni. Hahaha..
Dah start mengarut dah ni.. ok.. back to the topic..

Aku ulang semula.. ILMU, MENTOR, SISTEM..

Kepada sesiapa yg ingin berniaga, pastikan anda ada 3 faktor ini dahulu sblm anda buat keputusan utk terjun ke bidang yg menjanjikan kekayaan ni. Kemudian.. Kejayaan pasti mengiringi anda.. percayalah...

Sekian, wassalam.

Tuesday, June 16, 2009

UPDATED ??? Ntah bile2..

Merujuk kembali tarikh akhir blog ni di update.. 'Tuesday, December 02, 2008'.. WOW! Hampir setengah tahun.. Kalau la aku update blog ni sekali seminggu, mesti dah berjela agaknya.. Tapi, itu la aku.. mungkin penyakit malas di samping kesibukan kerja part time.. membuatkan blog ni sudah x bermanfaat atau pasti sudah tiada pengunjung setianya..

Tatkala membaca blog kepunyaan Jutawan Muda kita.. Irfan Khari.. (IK) bertajuk 'blues x update blog'.. membuatkan aku tersenyum sendirian. Rupanya penyakit x update blog ni bukan terjadi pada aku seorang saja, malah ramai lagi. Menurut IK..
"Ada banyak sebab terjadinya blues tak update blog. Antaranya (yang selalu) sibuk, takde idea nak tulis apa, terlupa, menunda-nunda kan masa…"

Berikut merupakan beberapa tips yg dikongsi oleh IK utk panduan kita bersama:

  1. Tentukan hari menulis blog. Seperti saya sendiri, memilih Isnin, Rabu & Jumaat sebagai “Hari mesti menulis”. Walaupun sesuatu idea saya dapat hari Selasa, saya tetap tulis hari Rabu. Kalau ada sesuatu nak dikongsikan hari Khamis, saya tulis juga hari Jumaat.Dengan cara ini, kita dapat disiplinkan diri untuk menulis secara konsisten.

  2. Buka fikiran dengan perasaan “ingin berkongsi”. Dalam hidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman. Setiap kali melalui apa sahaja pengalaman, tanya pada diri sendiri, “bagaimana nak kongsikan pengalaman ini di blog?”Secara sedar dan sengaja, buka kan minda dan sering tanya pada diri sendiri setiap apa yang terjadi, anda ingin kongsikan manfaatnya dengan orang ramai.

  3. Bawa buku 555 ke mana sahaja. Ok… ok… saya tak lah bawak buku 555 yang kutip hutang tu. Tetapi, setiap kali saya dapat idea nak kongsikan sesuatu di blog, saya akan catatkan nota dalam ipod atau handphone saya.Catat nota in point form sahaja, tak perlu menulis seluruh entry. Tunggu hari-hari yang ditetapkan (Point 1), baru tulis seluruh entry di blog.

  4. Of course, ni sebenarnya tak perlu saya sebut. Bina blog yang membawa topik kegemaran anda. Tip Satu Minit ini lebih kepada tip-tip perniagaan & motivasi… yang menjadi minat saya dari dulu lagi. Update blog ini menjadi hobby yang menyeronokkan dan bukan kerja yang memenatkan. So, pilih topik yang besesuaian dengan anda untuk blog! Saya dah menulis di Tip Satu Minit ni sejak tahun 2006. Disebabkan minat, sehingga kini masih menulis tanpa jemu.

Ok! Saya dah mula bersemangat. Mulai saat ni.. blog ni akan di update setiap hari ISNIN + RABU + JUMAAT. InsyaAllah..

p/s: Semoga perkongsian ini memberi manfaat utk kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...