Wednesday, August 25, 2010

Business Icons - Syed Mokhtar Al-Bukhari

 Ikon perniagaan - Syed Mokhtar Al-Bukhari


Syed Mokhtar model jutawan pemurah

Oleh Mohamad Sofee Razak

PEMILIHAN Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, personaliti dan ikon unggul dunia korporat negara sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 tahun ini adalah pemilihan bijak dan kena pada masanya.Walaupun ada persepsi bahawa anugerah berprestij itu layak diberikan hanya kepada tokoh agama, tanggapan seperti ini tidak tepat kerana Islam itu bukan hanya bersifat ritual semata-mata, malah satu cara serta gaya hidup yang lengkap, syumul dan holistik.Beliau menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429 daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Syed Mokhtar antara manusia terkaya di Asia dan

Wednesday, August 18, 2010

Ikon Perniagaan - Datuk Low Boon Siew


Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.

Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.

apitt.blogspot.com selepas 5 tahun..


Wah! sedar x sedar, dah lebih 5 tahun blog aku ini bertahan.. Tetiba tergerak hati aku nak bukak blog ku yg lame bertahun2 ni.. kejap tenggelam, kejap timbul.. Tp bile aku klik kat tahun 2004 & 2005, aku tersengih sendirian membaca entri2 lama yg begitu menghiburkan. Kenangan2 lama dtg menjengah seketika di benak memori ku. Huh! Nasib baik jugak la, dulu aku rajin update blog. Banyak gambar2 menarik yg aku post sekali. Dulu.. walaupun aku tau xde sape yg nak baca, tp aku tetap rajin meng'update blog itu. Nah, skarang (lepas 5 tahun), entri2 dulu begitu berharga bagi ku.. kalo la aku forward kat member2 ni, mesti diorg teruja tgk blk citer2 dulu kan!..

So, aku dah buat keputusan utk aktif kan semula blog apitt.blogspot.com ni.. Mungkin dulu lebih berkisar tentang hal peribadi diri ku.. tp entri kali ini aku khaskan buat perkongsian ilmu2 perniagaan dan motivasi diri. Lebih knowledgable dan bermanfaat..

K la guys.. chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...