Saturday, July 26, 2008

Outstation kat Kuching

Hampir 2 bulan setengah blog aku ni x di sentuh. Pagi ni ntah ape yg buat hatiku tergerak utk mencatat sesuatu. Ni semua atas kesedaran diriku sendiri setelah membaca beberapa kisah 'org jutawan' dalam e-book mentor jutawan oleh irfan khairi. Sesuatu yg membuat aku sukar untuk berkongsi dgn org ramai akan aktiviti harian ku adalah disebabkan oleh kegusaran.. apa yg dipikirkan oleh org lain jika membaca kisah ku. Mungkin kawan2 aku akan tertawa kan aku, mungkin kata aku ni 'poyo'.. dan bermacam2 lagi 'negatif' yg berlegar difikiran ku. Tapi bercanggah dgn prinsip2 'jutawan', kita perlu bangga dan positif dgn apa yg kita lakukan. Dengan adanya keyakinan dan Percaya, kita pasti akan berjaya.

Berbalik pasal tajuk ari ni, aku tatkala menaip blog ini.. sedang berada didalam bilik yg agak mewah di hotel kuching.. (Merdeka Palace, Kuching). Semacam tak percaya jer aku telah berlepas dgn kapal terbang MAS dari KLIA pd pagi khamis semalam. First time naik kapal terbang, memungkinkan 1001 pengalaman dalam hidup ku. Excited bercampur takut2, adalah perasaan aku di waktu itu. Mungkin dah rezeki aku pegi Kuching kali ni, (itu pun slps 2 org rakan kerja ku terpaksa menarik diri di saat akhir sbb ade interview DPLI). Dah rezeki tuhan nak bg, alhamdulillah.

Sepanjang disini, xde ape yg menarik utk aku kongsi kan. Semua masa di peruntukkan utk kerja. Cume yg aku alami disini adalah, agak sukar utk mencari makanan halal. Mungkin rakan kerja aku semuanya Cina dan kawasan persekitaran ini ramai org cina. Masa makan malam dgn bigboss semalam pun, terkial2 aku mencari makanan halal. Ada ke patut aku di bawaknye makan dlm kawasan gerai2 makanan cine? ishhh x patut. nasib la kat ujung ceruk tu ade peniaga melayu sorg jual sate. Boleh gak aku melantak. Kalo x, confirm minum air tin soya je aku.

Segala kerja telah aku selesai dgn jayanya, hopefully xde masalah. So, petang ni.. (now: 2.51 am) jam 4,05pm aku akan berlepas ke KLIA dan meninggalkan Kuching dgn 1001 kenangan.

Sekian, tido dulu.. daa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...