Sunday, October 17, 2004

Ramadhan al mubarak

ari ni 17 October 2004 bersamaan 3 ramadhan 1424hijrah. lame aku tak update blog nih. smenjak internet kat sini kene potong. tapi, ari ni boleh connect plak. ntah ape2 ntah. sedar tak sedar, dah 3 ari umat islam berpuase. Semoga aku diberi kesempatan untuk melengkapkan ibadah puasa ini dgn penuh rase syukur dan tawadhuk. kat bawah ni aku sertakan beberapa tips puase yg aku dpt dr internet.

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

-semoga kita mendapat manfaat darinya. insyaAllah..-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...