Tuesday, June 16, 2009

UPDATED ??? Ntah bile2..

Merujuk kembali tarikh akhir blog ni di update.. 'Tuesday, December 02, 2008'.. WOW! Hampir setengah tahun.. Kalau la aku update blog ni sekali seminggu, mesti dah berjela agaknya.. Tapi, itu la aku.. mungkin penyakit malas di samping kesibukan kerja part time.. membuatkan blog ni sudah x bermanfaat atau pasti sudah tiada pengunjung setianya..

Tatkala membaca blog kepunyaan Jutawan Muda kita.. Irfan Khari.. (IK) bertajuk 'blues x update blog'.. membuatkan aku tersenyum sendirian. Rupanya penyakit x update blog ni bukan terjadi pada aku seorang saja, malah ramai lagi. Menurut IK..
"Ada banyak sebab terjadinya blues tak update blog. Antaranya (yang selalu) sibuk, takde idea nak tulis apa, terlupa, menunda-nunda kan masa…"

Berikut merupakan beberapa tips yg dikongsi oleh IK utk panduan kita bersama:

  1. Tentukan hari menulis blog. Seperti saya sendiri, memilih Isnin, Rabu & Jumaat sebagai “Hari mesti menulis”. Walaupun sesuatu idea saya dapat hari Selasa, saya tetap tulis hari Rabu. Kalau ada sesuatu nak dikongsikan hari Khamis, saya tulis juga hari Jumaat.Dengan cara ini, kita dapat disiplinkan diri untuk menulis secara konsisten.

  2. Buka fikiran dengan perasaan “ingin berkongsi”. Dalam hidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman. Setiap kali melalui apa sahaja pengalaman, tanya pada diri sendiri, “bagaimana nak kongsikan pengalaman ini di blog?”Secara sedar dan sengaja, buka kan minda dan sering tanya pada diri sendiri setiap apa yang terjadi, anda ingin kongsikan manfaatnya dengan orang ramai.

  3. Bawa buku 555 ke mana sahaja. Ok… ok… saya tak lah bawak buku 555 yang kutip hutang tu. Tetapi, setiap kali saya dapat idea nak kongsikan sesuatu di blog, saya akan catatkan nota dalam ipod atau handphone saya.Catat nota in point form sahaja, tak perlu menulis seluruh entry. Tunggu hari-hari yang ditetapkan (Point 1), baru tulis seluruh entry di blog.

  4. Of course, ni sebenarnya tak perlu saya sebut. Bina blog yang membawa topik kegemaran anda. Tip Satu Minit ini lebih kepada tip-tip perniagaan & motivasi… yang menjadi minat saya dari dulu lagi. Update blog ini menjadi hobby yang menyeronokkan dan bukan kerja yang memenatkan. So, pilih topik yang besesuaian dengan anda untuk blog! Saya dah menulis di Tip Satu Minit ni sejak tahun 2006. Disebabkan minat, sehingga kini masih menulis tanpa jemu.

Ok! Saya dah mula bersemangat. Mulai saat ni.. blog ni akan di update setiap hari ISNIN + RABU + JUMAAT. InsyaAllah..

p/s: Semoga perkongsian ini memberi manfaat utk kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...