Monday, June 22, 2009

Motivasi Perniagaan : Masa vs Duit

Ilmu ni saya nak kongsi hasil dr input yg saya dapat sewaktu menghadiri Talk Percuma dari Mentor saya, Dr. Azman Ching. Apa yg buat saya tertarik adalah bila beliau membuat perbandingan antara masa dan duit. 'Masa vs Duit'..

Anda ada masa... Tapi tak semestinya ada duit...
Anda ada duit... Tapi x semestinya ada masa...


Itulah realitinya kehidupan kita. Anda ada masa... Tapi tak semestinya ada duit... Contohnya penganggur2 yg tiada kerja. Masa byk di habiskan, lepak2 dan sebagainya. Mereka tiada berduit, tapi byk masa.. Berbanding pula dgn.. Anda ada duit... Tapi x semestinya ada masa... Contohnya CEO2, Ahli politik, Engineer,.. golongan ini mmg berduit. Malahan.. banyak duit. Tapi malangnya tiada masa. Masa byk di habiskan dgn kerja sehingga kurang diluangkan bersama keluarga dan masyarakat sekeliling.

Dr. Azman Ching menegaskan.. dengan perniagaan, anda boleh menikmati kedua2nya. Iaitu.. Anda ada masa.. dan anda ada duit.. Cume masa dan duit perlu dikorbankan di waktu ini untuk menikmatinya di masa akan datang. Mentaliti asas seorang peniaga ialah BERANI. Seorang ahli perniagaan mesti berani. Berani mengambil risiko, berani berhadapan dgn pelanggan, berani membuat pilihan, dan berani, berani, berani....

So, hari ini.. anda perlu berani membuat pilihan. Jika anda inginkan masa dan duit di waktu anda pencen, anda perlu BERANI terjun dlm bidang perniagaan sekarang. Tapi perlu di ingat, perlengkapkan diri dulu dengan 3 elemen yg saya kongsi sebelum ni. ILMU, MENTOR, SISTEM.. InsyaAllah.. Kejayaan akan hampiri anda. Sekian..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...