Wednesday, June 24, 2009

Motivasi Perniagaan : Matlamat Perlu Di Tulis..

Hari Isnin ari tu aku terima email dari blog irfan khairi.. ada Talk Percuma lagi kat Midvalley. Kali ini, IK sendiri yg akan beri talk dlm 45minit. Seperti kebiasaan, org yg gemar mendengar ilmu2 perniagaan mcm aku ni, mmg tak kan lepaskan peluang keemasan camni. Free tuh.. IK bagi talk free.. Setahu aku, workshop yg IK ni buat.. lebih kurang RM900 kene ade baru boleh masuk. Dandan tu gak aku sms kat no. fon yg di beri n book seat utk 'Free Talk' tuh..

A.P.I.T.T & I.K

Perkongsian kali ni lain macam sket. Sebab, berdasarkan tajuk, 'Matlamat Perlu Di tulis'..mcm perkara biasa jer.. Mana2 program motivasi yg aku pernah pergi, selalu bercakap mengenai perkara ni. Tapi satu pun x masuk dlm 'kepala otak' aku. Tapi IK berjaya membuka minda aku dan mengaitkan perkara tersebut dgn perkara2 yg berlaku di sekeliling kita.

Setiap org yg berjaya perlu ada matlamat. Org yg tiada matlamat umpama org yg tiada arah tuju. Contohnya..

Jali masuk ke dlm teksi dgn tergopoh gapah seperti dikejar sesuatu. Lalu memberi arahan kepada pemandu teksi..

"Pakcik jalan terus.. laju sket.." Pinta Jali.

Hampir 1 jam teksi tu bergerak, tiba2 pakcik tu tanya..
"Nak pegi mana nak? dah jauh kita berjalan ni?"....

"Hmmm ntah la pakcik.. pakcik nak kemana?" Jawab Jali.
"La, abis tu nak kemana ni? .. kita dah on the way ke Ipoh ni.."

Ni menunjukkan.. org yg tiada matlamat seperti org yg tak tahu hala tuju. Dalam kehidupan, mereka seperti membiarkan arus membawa mereka kemana sahaja. Kalau baik, baik lah jadinya.. kalau x baik.. malang lah dirinya.. Hendak kah kita jadi sebegini?

Menurut IK, matlamat perlu jelas. Dan matlamat yg jelas perlu di TULIS. Dgn menulis matlamat di atas kertas, menurut kajian, 6/10 dr matlamat tersebut akan tercapai. Contohnya hari ini kita tulis 10 matlamat yg hendak di capai tahun ni. Kemudian simpan dlm laci. 1 tahun kemudian, kita bukak balik dan lihat semula. Percayalah.. 6 dr sepuluh matlamat tersebut telah di capai. Tak percaya??? percayalah... ini kerana minda separa sedar telah berfungsi dan menggerakkan tubuh kita kearah matlamat tersebut tanpa kita sedari.

Ok. Andaikan hari ini, matlamat kita nak pakai kereta Proton Persona. (sblm ni pakai kancil jer). So, kita pergi ke pusat Proton, dan pilih kereta yg berkenan, byr downpayment n sain semua aggrement. Juru jual tu bgtau, kereta kita akan keluar dlm tempoh 2 bulan dari sekarang. Kita pun blk dlm keadaan happy dan x sabar nak pakai kereta baru. Anda percaya atau tidak.. dengan x kita sedari, sewaktu nak blk rumah dgn kereta kancil tu, kita akan perasan byk kereta persona di atas jalan raya di waktu itu. Yg selama ni.. x perasan pun... Hahahahahaha... ini menunjukkan minda separa sedar kita sedang berfungsi...

So, ape tunggu lagi kawan2. Ambil pen or pensil, tulis matlamat anda sekarang. Kalau anda nak capai 10/10, tampal matlamat anda di tempat yg akan anda pandang setiap hari. Tapi kalo nak 6/10 jer.. simpan terus dlm kotak2 lama. heheheheh... tapi kalau nak 1/10.. pikirkan jer.. xyah tulis.. ;-)

Selamat Beramal....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...