Friday, June 26, 2009

Motivasi Perniagaan : Bertanya pada org yg betul.

Tersebutlah kisah.. 2 org sahabat karib. Jali n Nan. Mereka berdua minat pada perempuan yg sama. Lalu, utk membuktikan 'the best man win', mereka pun buat pertaruhan utk berlumba. Siapa yg menang, akan memiliki si gadis idaman. Lalu, dgn menunggang scrambler setiap seorang.. Maka mereka pun berlumbalah demi merebut cinta seorang wanita.. Si Jali memecut laju meninggalkan Nan.. Wengggggggggg..... Naik bukit turun bukit.. turun bukit, elak lubang, naik bukit,.. Ketika sedang memecut laju, tiba-tiba Jali berhenti, EEEeeeeettttt.... sebab di hadapannya ada sebatang sungai.. Bila dia berhenti jer.. Si Nan pun sampai dari belakang....


"Eh, li.. kenapa kau stop?" Tanya Nan kehairanan..

"Kau x nampak sungai kat depan tu. Mcm tak boleh lepas je." Si Jali keraguan.

"Cuba kau lalu dulu.. aku follow kau dari blakang.. aku kan lama kat depan td, so inilah masanya aku bg 'can' kau kat depan pulak" Si Jali menduga..

"Weih!.. ko gila??.. ko nak aku mati? nanti senang la ko kebas buah hati aku tu? wooo pandai..!!" Nan berang dgn cadangan Jali..

Nak di jadikan cerita, kebetulan ada seorang budak melalui kawasan tu..

"Eh, dik! Mari sini jap." Nan cuba berteriak dari jauh memanggil budak tersebut.

"Nak tanya sikit, hmmm sungai ni dalam tak?

"Boleh lepas bang.. xde masalah.. tayar motor ni kan besar.." Budak tu memberi kepastian.

Mendengarkan kata2 dr budak umur 9 thn tu, mereka pun terus memecut laju meneruskan persaingan.. Wenggggggggggggg....!!! Bunyi yg kuat memecah suasana tetiba senyap sunyi tak semena mena..


"Gedembussshhh... Dussshhhhh.... blrrr.... blrr...."

Dua-dua mampus...
Dua-dua mati....

Seorang pakcik yg memerhatikan dari jauh menegur bdk kecil tu..

"Nak, kenapa anak bagi mereka lalu sungai ni. Sungai ni kan dalam... Dah ramai yg terkorban tau!"


"Hmmm pakcik.. waktu saya main kat sungai, saya selalu nampak itik berenang kat sungai ni..

Kaki itik kan pendek.. Air sungai selalunya paras dada itik je.. Tayar Scrambler tu besar.. x kan x boleh lepas... itik boleh lepas, xkan motorbike tu xleh lepas?".. penjelasan di beri.

Pakcik tu menggelengkan kepala..


*********** sekian **************


Apa yg boleh di simpulkan dalam kisah ini... :

1.. Kene tanya soalan yg betul pada orang yg betul.
- Ramai yg kerja bertungkus lumus, kerja siang malam, sampai pencen.. hidup macam tu gak. Tak berubah.. Salah tanya org, seumur hidup anda ditakdirkan miskin.

2.. Ramai yg beritahu kita kena belajar bsungguh2.. kena rajin..
- Tapi x ramai yg sudi menunjukkan kita macam mana dan di mana perlu kita rajin dan bersungguh2.

3. Di luar sana, terdapat bermacam2 org.
- Ada yg positif, dan ada yg negatif. Jika berkawan dgn org yg positif, kita akan positif, jika berkawan dgn org yg negatif, kita turut negatif. Jika kita bertanya tentang perniagaan pada org yg pernah gagal, tentulah jawapannya.. "tak usahlah berniaga, susah!! Penat!! Tak Berbaloi.."

Tapi pasti jawapan membina akan kita perolehi jika bertanya pada usahawan yg dah jutawan..

Sekian, selamat beramal..

Wednesday, June 24, 2009

Motivasi Perniagaan : Matlamat Perlu Di Tulis..

Hari Isnin ari tu aku terima email dari blog irfan khairi.. ada Talk Percuma lagi kat Midvalley. Kali ini, IK sendiri yg akan beri talk dlm 45minit. Seperti kebiasaan, org yg gemar mendengar ilmu2 perniagaan mcm aku ni, mmg tak kan lepaskan peluang keemasan camni. Free tuh.. IK bagi talk free.. Setahu aku, workshop yg IK ni buat.. lebih kurang RM900 kene ade baru boleh masuk. Dandan tu gak aku sms kat no. fon yg di beri n book seat utk 'Free Talk' tuh..

A.P.I.T.T & I.K

Perkongsian kali ni lain macam sket. Sebab, berdasarkan tajuk, 'Matlamat Perlu Di tulis'..mcm perkara biasa jer.. Mana2 program motivasi yg aku pernah pergi, selalu bercakap mengenai perkara ni. Tapi satu pun x masuk dlm 'kepala otak' aku. Tapi IK berjaya membuka minda aku dan mengaitkan perkara tersebut dgn perkara2 yg berlaku di sekeliling kita.

Setiap org yg berjaya perlu ada matlamat. Org yg tiada matlamat umpama org yg tiada arah tuju. Contohnya..

Jali masuk ke dlm teksi dgn tergopoh gapah seperti dikejar sesuatu. Lalu memberi arahan kepada pemandu teksi..

"Pakcik jalan terus.. laju sket.." Pinta Jali.

Hampir 1 jam teksi tu bergerak, tiba2 pakcik tu tanya..
"Nak pegi mana nak? dah jauh kita berjalan ni?"....

"Hmmm ntah la pakcik.. pakcik nak kemana?" Jawab Jali.
"La, abis tu nak kemana ni? .. kita dah on the way ke Ipoh ni.."

Ni menunjukkan.. org yg tiada matlamat seperti org yg tak tahu hala tuju. Dalam kehidupan, mereka seperti membiarkan arus membawa mereka kemana sahaja. Kalau baik, baik lah jadinya.. kalau x baik.. malang lah dirinya.. Hendak kah kita jadi sebegini?

Menurut IK, matlamat perlu jelas. Dan matlamat yg jelas perlu di TULIS. Dgn menulis matlamat di atas kertas, menurut kajian, 6/10 dr matlamat tersebut akan tercapai. Contohnya hari ini kita tulis 10 matlamat yg hendak di capai tahun ni. Kemudian simpan dlm laci. 1 tahun kemudian, kita bukak balik dan lihat semula. Percayalah.. 6 dr sepuluh matlamat tersebut telah di capai. Tak percaya??? percayalah... ini kerana minda separa sedar telah berfungsi dan menggerakkan tubuh kita kearah matlamat tersebut tanpa kita sedari.

Ok. Andaikan hari ini, matlamat kita nak pakai kereta Proton Persona. (sblm ni pakai kancil jer). So, kita pergi ke pusat Proton, dan pilih kereta yg berkenan, byr downpayment n sain semua aggrement. Juru jual tu bgtau, kereta kita akan keluar dlm tempoh 2 bulan dari sekarang. Kita pun blk dlm keadaan happy dan x sabar nak pakai kereta baru. Anda percaya atau tidak.. dengan x kita sedari, sewaktu nak blk rumah dgn kereta kancil tu, kita akan perasan byk kereta persona di atas jalan raya di waktu itu. Yg selama ni.. x perasan pun... Hahahahahaha... ini menunjukkan minda separa sedar kita sedang berfungsi...

So, ape tunggu lagi kawan2. Ambil pen or pensil, tulis matlamat anda sekarang. Kalau anda nak capai 10/10, tampal matlamat anda di tempat yg akan anda pandang setiap hari. Tapi kalo nak 6/10 jer.. simpan terus dlm kotak2 lama. heheheheh... tapi kalau nak 1/10.. pikirkan jer.. xyah tulis.. ;-)

Selamat Beramal....

Monday, June 22, 2009

Motivasi Perniagaan : Masa vs Duit

Ilmu ni saya nak kongsi hasil dr input yg saya dapat sewaktu menghadiri Talk Percuma dari Mentor saya, Dr. Azman Ching. Apa yg buat saya tertarik adalah bila beliau membuat perbandingan antara masa dan duit. 'Masa vs Duit'..

Anda ada masa... Tapi tak semestinya ada duit...
Anda ada duit... Tapi x semestinya ada masa...


Itulah realitinya kehidupan kita. Anda ada masa... Tapi tak semestinya ada duit... Contohnya penganggur2 yg tiada kerja. Masa byk di habiskan, lepak2 dan sebagainya. Mereka tiada berduit, tapi byk masa.. Berbanding pula dgn.. Anda ada duit... Tapi x semestinya ada masa... Contohnya CEO2, Ahli politik, Engineer,.. golongan ini mmg berduit. Malahan.. banyak duit. Tapi malangnya tiada masa. Masa byk di habiskan dgn kerja sehingga kurang diluangkan bersama keluarga dan masyarakat sekeliling.

Dr. Azman Ching menegaskan.. dengan perniagaan, anda boleh menikmati kedua2nya. Iaitu.. Anda ada masa.. dan anda ada duit.. Cume masa dan duit perlu dikorbankan di waktu ini untuk menikmatinya di masa akan datang. Mentaliti asas seorang peniaga ialah BERANI. Seorang ahli perniagaan mesti berani. Berani mengambil risiko, berani berhadapan dgn pelanggan, berani membuat pilihan, dan berani, berani, berani....

So, hari ini.. anda perlu berani membuat pilihan. Jika anda inginkan masa dan duit di waktu anda pencen, anda perlu BERANI terjun dlm bidang perniagaan sekarang. Tapi perlu di ingat, perlengkapkan diri dulu dengan 3 elemen yg saya kongsi sebelum ni. ILMU, MENTOR, SISTEM.. InsyaAllah.. Kejayaan akan hampiri anda. Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...