Sunday, October 02, 2005
bola sepak (3rd place)
Saturday, October 01, 2005
bowling tournament
dipendekkan cerita, team kami yg pada mulenye tak diberikan harapan langsung telah berjaya menggondol hadiah utama iaitu tempat ke-empat. wakakakak.. sikit lagi nak jadi johan. kalau si 'gigi' tu dapat 2ratus lebih mesti team aku johan.. (cam senang je dapat 2ratus lebih). tapi takpe, berbaloi la dgn usaha kami. (tak pernah praktis pun). aku pulak beza 6 point je lagi. kalo tak aku dapat best player. rm50 beb. nyesal tak baling btul2 kat last frame tu. (tu la mase belajar memain, mase main pun memain lagi.. ish ish) tp takpe.. aku terime jer. perkara dah nak jadi..
boleh tahan gak aku main ari ni. strike ade.. spare pun banyak.. maintain 150 gak la. tu pun ade awek datang bg support. thanks :-) teruja sikit aku main. dlm kul 6.30 baru settle sume skali siap dgn penyampaian hadiah. pastu aku ngan bdk2 terkejar2 keluar dr mp sbb bas lame nunggu. lambat lagi 5 minit mmg kene tinggal je. at the end.. kul 8 mlm kami pun smpai.
malam tu pulak ade final piala malaysia. aku smpat tengok second half je. pergh.. selongor menang siottt... selangor 3 perlis 0. yeaahhhhh!!! hidup selangor.. memang best btul tgk game malam tu. selangor punye serangan, memang bahaya. gempak habis. tu yang bambang boleh buat hatrik tu. defense pulak main power gile. mmg takde ruang si hitam perlis yg 2 ekor tu nak score. syabas!! syabas!! mcm tak caye jer. final boleh menang 3 - 0. tak patut. dlm paper pun komen boleh menang tipis jer. ni 3 - 0 beb. kalo aku org perlis. malu la gaks. (sori ek org perlis)
ok la.. esok aku ade game bola pulak. tmpat 3 & 4. mintak2 boleh menang. ye la mengidam gak nak simpan piala buat kenangan kat sini. ok bye!!
Friday, September 30, 2005
sori12x..
huhu.. dah lame giler aku tak update blog aku nih. bukannyer takde mase, tapi malas. nak menaip tu yg malas. tapi ntah ape yg buat aku teruja utk menaip ari ni pun aku tak tau. may be pasal game bola tadi kot.
hishhh.. nak ingat sakit hati, tak ingat kang ilang ingatan pulak.. eeeeeeeiiii.. geramnyer.. apesal la bola tadi aku tak leh score. dah depan gol. tinggal aku ngan keeper jer. cemane bola tu 'ternaik' atas pun aku tak tau. dah ler kene tinggal 0 - 1 waktu tu. last minit pulak tu. memang tu je la peluang yg tinggal.. tapi aku pulak yg menghampakan.. cakap org senang, bile kene batang hidung sendiri, baru tau. padan muke!!! tapi ape2 pun, kegagalan aku menjaringkan gol itu telah menghampakan harapan beberapa org yg saksikan perlawanan itu. huh... sori geng. aku tau silap aku. kalau aku jaringkan gol tadi, mesti kite menang kan! tapi nak buat cemane.. bukan aku taknak gol kan, tapi... hishhh.. betul la org cakap. "berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul".. tak leh tido malam nampaknye aku hari ini..
tapi, hidup perlu diteruskan. aku perlu menerima ianya suratan takdir. perkara dah berlaku, tak gune nak dikesalkan lagi. (cakap senang le..) lagipun, kite ni hidup beragama, percaya kepada qada' dan qadar.. hmmm, hati aku dah kurang 'sakit' sikit lepas solat maghrib ni.. huh!! aku banyak2 sori.. :'-(