Wednesday, April 13, 2011

[NO EXCUSES] Chapter 1: Self-discipline and personal success

Bab 1: Disiplin diri dan kejayaan peribadi

"Kejayaan pertama dan terbaik yg perlu dilaksanakan adalah menakluki diri sendiri" -pluto


Mengapa ada orang dapat mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kejayanya lebih daripada orang lain?

Kebolehan kita bertanyakan soalan itu dan menjawabnya, memandu diri kita supaya mengikuti jawapan itu, menentukan sama ada kita dapat mencapai kebahagiaan dan berapa lama masa yang perlu kita ambil.

Setiap orang mempunyai jalan hidup sendiri dan hidup ini mudah tertarik kepada arah yang paling kurang rintangan & kesukaran. Tanpa ada disiplin diri, jalan hidup kita bergerak secara automatik kearah yg paling kurang rintangan.

H.L. Hunt
Seorang pengusaha minyak yang mempunyai harta berbillion nilainya, H.L Hunt pernah ditanya dalam satu rancangan di televisyen. Soalan yg ditanya, apakah rahsia kejayaan beliau. H.L. Hunt menjawab, ada 3 syarat utama untuk berjaya:

1. Tentukan apa yang kita kehendaki dalam hidup.
2. Tentukan pengorbanan yang perlu kita lakukan bagi mencapai cita2 td.
3. Sanggup melakukan pengorbanan yg diperlukan.(yang terpenting)


Sanggup berkorban
Apakah kayu pengukur yang dapat memberitahu, berapa banyak tenaga dan masa, yang kita korbankan bagi mencapai cita-cita? jawapannya mudah saja. Lihat pada diri kita. sebanyak itulah yang kita korbankan bagi mencapai cita-cita yang dihajatkan. Lihat sahaja gaya hidup kita, baki wang dalam akaun, hutang-hutang yang ada, keluarga serta anak-anak. Semuanya menunjukkan berapa besar yang kita korbankan bagi mencapai cita-cita kita. Sekiranya kita korbankan sedikit sahaja masa dan tenaga, sedikit jugalah hasil yang kita perolehi.

Kejayaan dapat dicapai hanya apabila kita dapat mengatasi kecenderungan bagi mencari jalan pintas atau jalan mudah. Mungkin ada yang mengatakan, jalan pintas juga mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi, kejayaan yang sedemikian biasanya tidak kekal lama. Kejayaan menjadi kekal, apabila kita sanggup bekerja keras dalam satu jangka masa yang panjang.

Belajar daripada Pakar
Kop Kopmeyer adalah pakar motivasi terkenal, seperti yang saya ceritakan, beliau memberitahu, "Belajarlah daripada orang yang pakar. Kita tidak mempunyai cukup masa, untuk belajar kesemuanya sendiri."

Antara perkara yang perlu kita lakukan demi kejayaan adalah belajar perkara yang perlu diketahui. Ini tidak lain dan tidak bukan, adalah bagi memastikan kejayaan yang diingini itu tercapai. Belajar daripada orang yang pakar. Baca buku-buku tulisan mereka. Hadiri ceramah-ceramah mereka. Tulis surat kepada mereka. Hubungi dan mulalah bersahabat dengan mereka. Bertanyalah pengalaman yang mereka lalui. Tidak lupa juga, mintalah nasihat berguna daripada mereka.

Menjadi segala-galanya yang mungkin.
Menjadikan diri berdisiplin, bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kejayaan dalam semua bidang yang kita ceburi. lebih penting dari itu, sikap dan peribadi kita juga berubah menjadi orang yang lebih bagus, bertanggungjawab serta kental. Meningkatkan disiplin diri mempunyai kuasa yang bakal mempengaruhi fikiran dan perasaan, menjadikan kita orang yang berbeza dalam banyak perkara. Ia dapat menjadikan keadaan luaran dan dalaman kita lebih baik, berbanding tanpa disiplin diri.

Syarat utama untuk berubah, "Buat sesuatu yang kita tidak pernah lakukan sekiranya mahu menjadi orang baru" 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...