Sunday, April 27, 2008

JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Hari ni aku nak bercerita pasal petrol. Perkara2 yang perlu kita berhati2 ketika mengisi minyak di petrol pam. Aku tau la minyak petrol skarang naik lagi. 10 tahun dulu.. harga pasaran dunia bagi petrol cume USD3.90 setong.. Tapi sekarang dah mencecah sampai USD97.00 setong. Waklu.. Duit gaji habis kat minyak je la nampaknya.

Berbalik kepada topik asal tadi.. ;-D Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.

Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Dinasihatkan:
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.

Thursday, April 24, 2008

Tapak tangan basah atau lembap?

Assalamualaikum wbt

Lama juga aku x mencoret sesuatu dalam blog yang umpama 'hidup segan mati x mahu ' ni. Ok.. Mari kita berkongsi ilmu. Orang kata bile kite bersedekah kita beroleh 10x ganda pahala, bila kita beri ilmu, 70x ganda pahala.. Dan bila kita beri ilmu yg membantu sehingga boleh mengubah kehidupan seseorang.. maka Allah bagi ganjaran 7000x ganda. Wow! Banyak tu.. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua.

Kali ni aku nak kongsi ilmu yang baru aku peroleh dr email member aku. Berkisar tentang tapak tangan. huh.. Sesungguh nya Allah itu Maha Besar..

Apabila bersalam dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.

Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa? Berkenaan gaya bersalam, insya-Allah akan saya kupas pada satu masa lain. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan tapak tangan yang kering dan basah atau lembab.

Pada kira-kira lebih sepuluh tahun lalu, arwah guru saya mengajarkan satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya.

Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.

Begitulah cantiknya kejadian Allah. Melalui kaedah ini , seseorang rakan mudah mengetahui sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat.. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.

Kira-kira beberapa bulan lalau di TV3, saya menonton satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah.
Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.

Pada 19 Jan 2007 yang lalu, saya mengambil kesempatan dalam pengajaran saya untuk menerangkan sedikit ilmu kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup.. Saya menceritakan mengenai keadaan tapak tangan seseorang yang mungkin kering, lembab atau basah dan dalam kes tertentu, air sentiasa menitis dari hujung jari. Dalam kes ini jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai simptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Basah adalah menggambarkan tidak sihat.

Selepas saya menjelaskan ilmu ini, dua orang pelajar perempuan saya menceritakan pengalaman mereka.. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan junk food dan kini sudah berhenti amalkan pemakanan yang tidak sihat ini..

Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah.. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ??

Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.

Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan junk food, mandi malam, minum air batu , pengambilan fast food dan sebagainya.

Wallahualam

Tuesday, August 28, 2007

Peribahasa Moderennn..

Peribahasa Modern. . . Fresh from the oven, tak teragak-agak peribahasa nih... hishhh

Peribahasa : Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknernyer : Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa : Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknernyer : Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa : Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik.
Maknernyee : Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa : Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknernyee : Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak.....be proud of what you are.

Peribahasa : Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknernyer : Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa : Seperti kacang luperkan mama kacang putih.
Maknernyer : Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yang muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa : Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer : Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.

Peribahasa : Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknernyer : Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak.....btol tak?

Peribahasa : Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer : Nasib malang yg tak agak-agak.

p/s: Bahan dapat dr Internet..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...