"Pikul tanggungjawab lebih daripada yang diharapkan. Usah pula memanjakan diri. Jadilah orang yang tegas pada diri sendiri tetapi bertolak ansur pada orang lain" -Henry Ward Beecher.
Diri kita hari ini adalah himpunan kepada keputusan-keputusan yang diambil sepanjang hayat kita. Keputusan itu menjadi penentu siapa diri kita dan apakah sikap kita. Setiap kali kita membuat keputusan dengan pilihan yang dirasakan betul, sikap diri kita terbentuk. Apabile pilihan yang dilakukan itu kerap serupa, sikap tadi menjadi lebih kuat lalu terbentuk peribadi. Sekiranya keputusan-keputusan itu menunjukkan sikap yang baik, kita menjadi orang yang baik. Sebaliknya, sekiranya keputusan-keputusan kita menunjukkan sikap yang dibenci, kita menjadi orang yang jelek.
Antara benda yang nak kongsikan dalam bab ni adalah 'INTEGRITI', satu ciri yang penting dalam pembentukan sikap yang terpuji.
Apakah tahap integriti kita apabila melaksanakan sikap yang dipilih? Maksudnya disini, apabila kita memilih untuk bersikap jujur, adakah kita sentiasa jujur apabila berhadapan dengan sesuatu situasi? Sekiranya kita berINTEGRITI tinggi, kita 100peratus memilih menjadi jujur. Sebaliknya apabila kita kurang berintegriti, ada waktunya kita bersikap jujur, diwaktu lain pula kita tidak jujur. Memiliki sikap2 mulia serta berintegriti adalah sukar dan memerlukan tahap disiplin diri yang tinggi.
Sikap
Sikap sebenar muncul apabila kita tertekan ataupun terdesak. Terutamanya pada waktu kita hanya mempunyai dua pilihan. Adakah kita melakukan perkara yang sepatutnya ataupun sebaliknya? Keputusan yang kita ambil, menggambarkan bagaimana sikap kita sebenarnya.
Ganjaran yang diperolehi oleh orang yang penuh dengan sikap baik, berintegriti, berdisiplin tinggi dan mempunyai azam yang kuat bagi berjaya, adalah besar. Mereka yang sebigini selalunya memilih nilai yang tinggi daripada yang rendah, sanggup bersusah asal dapat mencapai apa yang diidamkan, sentiasa berdisiplin dan sentiasa melakukan perkara yang betul bagi berjaya. Mereka juga sentiasa berasa bangga dengan diri sendiri, penuh dengan cerita-cerita yang mampu menaikkan semangat dan disanjung orang tanpa diminta-minta.
Satu-satunya cara bagi mengubah hidup hanya dengan mengubah sikap-sikap kita. Pilih sikap-sikap seperti sentiasa rajin berusaha, menyelidik, belajar perkara baru serta tekun dan bersabar. Elakkan daripada mengambil jalan-jalan mudah, ataupun mempercayai sesuatu itu datang bergolek dengan sendiri. Ia tidak berlaku.
Membangun Sikap
Pembentukan sikap bukannya timbul dalam diri seseorang secara tiba-tiba. Ia mampu berlaku melalui salah satu daripada 3 cara.
- Mematuhi arahan
- Belajar dari mana-mana sumber
- Membuat latihan sendiri
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thanks bro sbb share ilmu2 ni..Sy budak baru belajar nak berubah ni..hehe
ReplyDelete