Wednesday, June 17, 2009

Motivasi Perniagaan : 3 Elemen Utama Untuk Berjaya dlm Perniagaan.

Kali ni aku nak berkongsi sedikit ilmu perniagaan yg aku pelajari. Walaupun background keluarga aku, tiada seorang pun yg berniaga, tp aku mencabar diri utk memecahkan tradisi tersebut. Kita semua sedia maklum, 9/10 pintu rezeki itu datangnya dari perniagaan. Tapi kenapa 9/10 dr kita yg masih lagi bekerja makan gaji dgn org? Kenapa kita takut berniaga walaupun kita tahu, dgn berniaga kita boleh kaya, tapi dgn makan gaji, kita cuma cukup2 makan je? Kenapa kita nak kaya, tapi kita xnak berubah utk jadi kaya?

Menjawab kepada persoalan tersebut, sudah ramai sebenarnya diantara kita sudah cuba menceburi bidang perniagaan ni. Walaupun ianya menjanjikan pulangan yg lumayan, tapi ianya tak seindah yg dibayangkan. 'Indah khabar dr rupa'.. Bukan senang nak senang, dan bukannya susah nak susah. Menurut fakta, 9/10 dari peniaga yg baru berniaga akan temui kegagalan dan cuma 1/10 sahaja yg mampu bertahan. Itu pun belum berjaya, cuma bertahan. Kenapa ia begitu? hmm itulah yg aku tak tahu sebelum ni.

Aku main redah je.. aku penah meniaga kerepek, aku penah meniaga meggi, jual dadih, jual astro, streamyx, dan bermacam2 lagi. Tapi x gak kaya. Kadang2 tu, rugi pun ada.

Sebenarnya kan, untuk berjaya dalam perniagaan. 3 Faktor utama/penting perlu di beri perhatian.
1. Ilmu
2. Mentor
3. Sistem

Wah! Nak meniaga pun kene belajar teori gak ke?

Ini bukannya teori, tapi FAKTA. Kenapa peniaga baru (khususnya melayu) gagal dlm percubaan pertama kerana bagi mereka, start je bisnes, time tu baru nak timba ilmu. Baru la nak belajar macam mana nak buat bisnes. Perniagaan pertama adalah gelanggang utk belajar bisnes. Alih2, x sampai 3 bulan, untung takde, kedai pun tutup.. ingat! ! overhead bulanan perlu di jelaskan. Dalam bisnes, kita perlu prepare backup utk 6 bulan utk duit overhead bulanan. Kalau tak, lingkup. Dalam keadaan yg kelam kabut macam ni, kita pulak tak tau kat siapa nak refer. Siapa yg boleh tolong selesaikan.. (ini sebab tiada mentor dlm perniagaan).

Jika kite buat perbandingan dgn kaum yg sinonim dgn perniagaan ni.. CINA.. Ramai diantara mereka success dlm bisnes. Sedar atau tak, org cina sblm start bisnes, (contohnya bisnes telephone) diorg akan kerja makan gaji kat kedai telephone dahulu, selama 3-4 tahun. Timba ilmu, timba pengalaman dlm industri tersebut.. Kemudian baru la berani nak keluarkan sejumlah modal utk jalankan perniagaan. Bagusnya kaum cina ni, mereka tak takut utk melabur sejumlah yg besar, kerana mereka dah nampak keuntungan yg bakal di perolehi. Waktu tu, mereka dah ada ILMU.. ilmu produk, ilmu marketing, ilmu menarik pelanggan dan bermacam2 ilmu lagi la.. secara x langsung, mereka juga dah ada MENTOR. (mungkin taukeh tempat diorg keje dulu). Kemudian diorang aplikasikan semula SISTEM yg sama diorg belajar waktu keje makan gaji dulu, utk jalankan bisnes ni.

Nah! Barulah boleh berjaya.. ini tak, main redah jer.. orang buat bisnes, kita a pun nak buat bisnes gak. Org ternak cacing, kita pun nak ternak cacing gak. Org bela lembu, kita pun nak gak. Kononnya boleh untung besar, boleh jadi jutawan lembu. Tapi di suruh jd lembu, tidur dgn lembu, tak mau pulak! Hehehehe.. aku macam mengata dulang paku serpih je nih. Aku macam tu gak dulu. Aku pun dah laburkan modal hampir rm5k utk bisnes kedai komputer kat hometown aku. Renovation jer dah dkt rm3k. Sewa kedai lagi. Itu belum termasuk kos perabot dan stok.. hampir rm50k gak la. Tapi, lepas 5 bulan, lepas jer aku di perkenalkan dgn bisnes yg aku buat skarang ni, aku tutup kedai komputer aku, fokus kat bisnes ni. Hahaha..
Dah start mengarut dah ni.. ok.. back to the topic..

Aku ulang semula.. ILMU, MENTOR, SISTEM..

Kepada sesiapa yg ingin berniaga, pastikan anda ada 3 faktor ini dahulu sblm anda buat keputusan utk terjun ke bidang yg menjanjikan kekayaan ni. Kemudian.. Kejayaan pasti mengiringi anda.. percayalah...

Sekian, wassalam.

1 comment:

  1. abg imabiz pun same gak... lagi bidan terjun.. die belajar komputer tapi die buat kedai handphone.. modal dah kuar stakat nie rm 50k... tapi tak tau la mcm maner die tue.. tanyer die.. die jwb ok jer... ok la agaknyer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...