Suzana (bkn nama sbnr) dan razman (bkn nama sbnr) adalah pasangan kapel yang paling bahagia dr sejak zaman sekolah.. Mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di dalam kelas.. Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.. tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya utk m'ikut sgala kehendak nya.. salmah adalah ibu kpd Suzana Sulaiman..
Pada suatu hari, salmah m'dpt tau bhawa anak tunggalnya kuar dgn seorang lelaki iatu Razman. dia m'dgr kabar itu drpd jiran2 nya. Dia pun naik berang dan sgt marah t'hdp Razman & mnyimpan dendam trhdp lelaki itu.. Salmah memberhentikn pengajian anaknya dr U itu.. dgn niat utk memisahkn mereka. 3bln kemudian dtglah razman dgn rombongan meminang ke rumah suzana. ibu nya terpksa akur dgn percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.
Setelah 1thn b'lalu mereka pn di ijab qabul kan.. bajet nak gi honeymoon kat tioman.. tp malang yg menimpa mereka.. mereka eksiden semasa on the way nak gi tioman.. yg b'tmbh malangnya muka suzana m'alami luka teruk sehingga kulit muka nya hilang. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan. salmah mengetahui akan kemalangan itu terlalu benci kpd Razman tambahan lagi apabila mengetahui berita tentang kemalangan itu menyebabkan wajah anaknya menjadi cacat. Razman cuba utk m'perbaiki keadaan..
sebelum ibu nya sempat smpai ke hospital itu, razman cube b'bncg dgn doktor utk membuat pembedahan pada muka isteri nya.. dia b'cdg utk mndermakn kulit nya. doktor setuju atas cadangan itu.. lalu mereka pn membuat pmbedahan itu dgn segera.. setelah 3hari terlantar di hospital, salmah dtg utk melawat anak nya.. Salmah berasa amat gembira dan b'syukur kerana ada insan yg saggup mendermakan kulit utk anaknya.. dia pun m'meluk, lalu mencium pipi anaknya itu dgn penuh k'gmbiraan.. tp, dendam nya terhadap razman belum berakhir. kerana baginya razman bersalah dan menyebabkan anak kesayangannya itu terlibat dalam kemalangan.
Salmah terus mnerpa ke arah dokter & bertanyakan siapa yg sggup mndermakn kulit kpd anaknya.. dokter teringat akn janji nya kpd razman supaya m'rhsiakn hal ini drpd pngatahuan salmah.. jd,dokter hanya menjawab
"Seorg lelaki telah mendermakn nya & dia tidak mahu dikenali"
Salmah akur & agak kecewa dgn jwpn dokter.. ***pss:* hal yg sbnrnya razman telah pun mendermakn sebahagian kulit punggung nya kpd isteri t'syg utk kelihatan sempurna & cantik.. cuba lah kalau rahsia ini terbongkar & salmah tau pipi anaknya yg di cium itu adalah kulit daripada punggung menantu yg di benci nya tu macam mana ek?? *HAHAHAHAHA *
cis.. terkena aku!
ReplyDeletehahahaha.. releks bro..
ReplyDelete