Sunday, April 27, 2008

JANGAN KETUK NANTI TERBAKAR

Hari ni aku nak bercerita pasal petrol. Perkara2 yang perlu kita berhati2 ketika mengisi minyak di petrol pam. Aku tau la minyak petrol skarang naik lagi. 10 tahun dulu.. harga pasaran dunia bagi petrol cume USD3.90 setong.. Tapi sekarang dah mencecah sampai USD97.00 setong. Waklu.. Duit gaji habis kat minyak je la nampaknya.

Berbalik kepada topik asal tadi.. ;-D Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya....

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.

Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Dinasihatkan:
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...