Thursday, August 31, 2006
Merdeka!!
huhu... lame dah aku tak update blog ni.. dah macam transkripsi muzium negara plak. Nak wat camne, mase takde, internet pun xde. Ni smenjak dah masuk streamyx (1.0 MB, pakej RM88, without modem) kat umah, ade gak la mase aku menghadap blog ni hari2. ye la, duk online 24 jam pun, lame2 mesti boring gak..skali skala update blog, ade gak bende berfaedah nak dibuat.
Hari ni 31 ogos 2006, genap 49 tahun negara aku merdeka dari jajahan british. aku plak lahir tahun 1982, 25 tahun selepas merdeka. ape yg aku tau pasal merdeka? kalo nak bercerita pasal susah senang sblm merdeka, aku tak tau. yg aku tau, negara aku merdeka. tu jer.. hehehe.. senang jer anak merdeka ni pk. macam tak mengenang budi pun ade gak. skurang2nye aku tau gak la sejarah kemerdekaan tu. itu pun sbb ade dlm buku sejarah masa skolah menengah dulu. macam aku minat je sejarah.. result pun cukup2 makan. tp aku hargai sumbangan tokoh negarawan ni.. kalo bukan kerana sumbangan mereka, aku tak akan dpt hidup senang spt skarang ni. maybe aku susah nak sambung study smpai Universiti, or maybe nak tulis blog macam ni pun takde peluang.. terima kasih pejuang2 kemerdekaan. semoga sumbangan mereka2 ini diberi balasan syurga. InsyaAllah..
Bercakap pasal hari merdeka, aku teringat sambutan kemerdekaan tahun lepas. perghh.. suatu kenangan manis yg tak mungkin aku lupakan. tak pernah aku sambut merdeka semeriah tu. sambut kat umah member jer, buat BBQ, masak sama2.. buat pun dgn bdk2 klas section1. tp yg bestnye waktu countdown merdeka. semua berkumpul depan tv.. bile masuk jer detik 12.oo tgh malam, semua menjerit merdeka! merdeka! merdeka!. pastu siap nyanyi lagu negaraku ramai2.. huh! saat tu terasa bangga dilahirkan di bumi bertuah Malaysia ni. pastu nyanyi lagu jalur gemilang.. lagu keranamu malaysia.. lagu tiga kupang.. eh lagu last ni aku nyanyi sorg2.. ahaks! aku tak tau la nak bayangkan gamatnye suasane waktu tu. tak tau la ape jiran sebelah nak kata. ye la, rumah teres, sbelah menyebelah plak tu.. mesti diorg dgr kitorg bising.. tp sbb malam merdeka, diorg paham kot...
ok lah.. selamat hari merdeka semua.. semoga negara kite akan terus aman dan merdeka. amin!
p/s: Dah merdekakah aku???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment