Wednesday, January 05, 2005

Renungan sejenak : TSUNAMI

kadang2 aku terfikir sendirian. kenapa TSUNAMI boleh berlaku sampai kat MALAYSIA??? negara kita diluar kawasan bencana kan! mungkin ade hikmah disebalik kejadian. salah satu hikmah yg aku dpt tengok, rakyat negara kita bersatu utk menghulurkan bantuan. Masyarakat Malaysia sanggup melupakan segala perayaan demi menghormati mangsa2 tsunami. bertuahnya aku dilahirkan di sini. dan yang pastinya, bencana Tsunami mengingatkan kite kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Dengan kematian yg mencecah lebih 115,000 orang, mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di zaman Nuh Alayhi as-Salam.

gambar ini menunjukkan ombak tsunami yg pertama melanda pulau pinang.Kita bernasib baik kan! pasal Tsunami tak telan sumer skali bahkan Malaysia mengalami keajaiban apabila angka kematiannya begitu kecil berbanding dengan negara jiran Acheh. Allah masih mengizinkan kita untuk bermuhasabah dan tidak membinasakan kita semua dengan suatu bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata. macam dlm firman Allah: "Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim semata-mata dari kalangan kamu secara khusus" (lebih kurang macam tu la maksudnya)

perasan tak? Tsunami tidak menelan PESTA PULAU PINANG di Sungai Nibong. Tsunami tidak merobohkan Flat Pekeliling di Kuala Lumpur (yg kluar TV3 ari tu) walaupun gegarannya cukup kuat hingga penghuninya lari bertempiaran. Tsunami ini belum seperti 'Tsunami di zaman Nuh Alayhi as-Salaam'

bayangkan.. mayat manusia bergelimpangan.. na'uzubillah..Pertamanya, terimalah hakikat bahawa bencana ini bukan 'kejadian alam tanpa sebab'. Ia adalah AMARAN ALLAH. Ia adalah peringatan yang maha menakutkan. Tsunami menelan ACHEH yang menyaksikan penindasan pemerintah yang membunuh jutaan penduduk yang mahukan Acheh berdiri bebas merdeka. Bukit bukau di Acheh menjadi gunung kubur manusia yang dibunuh kejam. Tsunami menelan Selatan Thailand yang baru sahaja bermandi darah Muslim TAK BAI, Masjid Kerisik dan sebagainya. Thailand itu juga menyajikan industri seks sebagai tarikan pelancong ke PHUKET dan lain-lain (aku penah sampai hadyai je..) Tsunami membaham warga Pulau Pinang yang saban malam berpesta mungkar di SUNGAI NIBONG. Tsunami juga memamah Pulau Pinang yang menjadi sarang pengedaran dadah, sarang pelacuran, sarang segala jenis kemungkaran dan sarang sampah!

kuasa tuhan.. masjid tak ade ape2. masyaAllah..Tsunami juga menelan SRI LANGKA dan INDIA yang menjadi pentas tradisi menyembelih umat Islam. Tsunami juga menelan MALDIVES yang menjadi destinasi pelancongan pengunjung warga Barat sehinggakan nilai Islamnya langsung tenggelam tidak kelihatan. Sesungguhnya Tsunami menelan tanah air dan anak watan yang begitu peri lakunya. Amat pedih untuk menyebut hakikat ini, namun kita perlu akur. Tsunami adalah amAran dari tuhan. MasyaAllah..

huh.. dah banyak mengarut dah ni. tapi ape yg aku cakap ni betul. kat paper pun dah kluar banyak pasal brite TSUNAMI ni. kesimpulannye, tepuk dada tanya iman.

-wassalam-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...