Wednesday, March 28, 2007

Takraw at Unikl Sport Carnival

Yuuhuuu!!.. Lame aku tak update blog aku nih. Lately i bz la.. hmm baru2 ni ade terlibat ngan sukan la pulak. Selame 4 hari aku lepak kat apartment UKM-bangi sempena Unikl Sport Carnival. Start hari Sabtu dan berakhir hari Selase. Sukan ni di'tuanrumah'kan oleh Unikl MIAT ft. Unikl MFI. Semua atlit Unikl ditempatkan di apartment ini dan acara2 diadakan di venue yg telah ditetapkan iaitu di MIAT dan MFI.

Utk sukan kali ni aku mcm biase la.. Takraw. Aku mewakili Unikl City Campus (UniKLCC). Takraw dilangsungkan di Miat, so kitorg kene berulang alik dr Miat ke Apartment UKM setiap hari, 3hari slame ptandingan dilangsungkan. Regu 1: Zaal, Apitt, Faiz, Pije.. Hari pertama pertandingan regu aku telah mendominasi perlawanan dgn menang ketiga2 perlawanan. So, dpt la Johan kumpulan. Dan bertanding suku akhir keesokan harinye..

Di suku akhir, regu harapan ini telah tewas mengejut di tgn regu yg tak ternama dr. Unikl BMI. uhuks! (mcm mn nak ternama, name pun tak kenal.. ahaks) So, tamatlah riwayat sang juara sampai suku akhir. Ishh.. kalah tipis jer tu.. sket lg nak menang.. kalo x, mesti dapat masuk final.

Keseluruhannye, Unikl City Campus dpt tmpat ke3 dibelakang BMI dan MSI. Sekan saya karam sing walimatulurus melaporkn untuk buletin utama. ;-)

Thursday, February 22, 2007

Visit to Telekom

Semalam Klas aku ade buat trip 'Visit to Telekom'. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah utk memberi pendedahan kepada pelajar kepada device2 baru yg digunakan telekom Malaysia disamping melihat sendiri device2 terbaru yg berharga berjuta ringgit. Disamping itu pelajar akan diberi pengatahuan mengenai sistem monitoring yg digunakan Telekom dan belajar mcm mane nak configure semua tu.

Utk Trip ni, pelajar dibahagikan kpd beberapa kumpulan, 10org 1 kumpulan. Dan aku tergolong dlm klompok kumpulan yg pertama. Seawal jam 8pg kitorg dah bkumpul di dpn lobi unikl utk bsiap pegi. Van Unikl dah siap menunggu kitorg. Semua ade cume 2ekor mamat ni yg xsmpai2 lg. Bard n bob. (dah biase.. diorg mmg slalu lewat) tp mnjelang kul 8.30 batang idung pun x nmpak2 gak, kol pun x angkat. so, rombongan pun meneruskn pjalanan. kul 9 dah smpai kat menara Telekom pucuk rebung. (2org tu gi sndiri naik motor)Waahhh.. besar gak. Teruja la mule2 tu. Sempat berposing amik gambar kat lobi Telekom tu..

Kitorg di bawa melawat beberapa tmpat di dlm bangunan telekom, diantaranya ialah department service center n bilik server. 2org staff memberikan penerangan bagaimana telekom beroperasi dan sebagainya. Kemudian group kitorg dibawa ke Brickfield, pusat operasi Telekom. Kat sana lagi byk device2 baru dan mahal yg kitorg tgk. Ade router yg bernilai hampir 1 juta ringgit.. dan macam2 lg.

Tengahari pun kitorg pulang ke rumah masing2. sekian..

Tuesday, January 30, 2007

Sg. Congkak Trip

Tanggal 30 Januari 2007, aku ngan kengkawan buat 1 trip ke Sg.Congkak. Ramai gak yg pegi, melibatkn bdk klas BNS section 1 & 2. Ade la dalam 18org kesemuanya. Maybe ni last trip kitorg buat utk aktiviti bdk2 network. Hmm seronok gak skali skala beriadah macam ni.

Bende ni bermula kat forum fcet. Diorg bincang pasal aktiviti yg nak dibuat utk sem ni. Ade yg bg idea buat lawatan ke zoo negara, gi pulau pangkor, gi pulau perhentian.. dan macam2 lagi. Tapi semua tu just idea.. sorg pun x brani nak take responsibility utk handle aktiviti tu.. kalo semua just bg idea jer, bile nak jadi.. tul tak? So, si Feisal pun bg idea gi Sg. Congkak. Dia terus letak tarikh, transport, budget.. Sape nak pegi bg name. Taknak pegi.. duk diam. Nah! ramai gak bg name.. Tp ade gak yg nak pegi tp tak free hari tu.. nak buat camne.. tak kan sbb sorg xdpt pegi, trip cancel. huhu..

So.. Hari Khamis 30 Januari, kitorg pun gerak ke Sg.Congkak mengikut jadual yg dirancang. 5 buah kereta yg digunakan: kereta ezra, kereta nan, kereta Dee, kereta Wawa, n van Wecko. Kul 11 kitorg gerak dr KL, n dlm kul 12.30 smpai la sg.congkak.. huhu.. segarnye udara n rase sejuk jer.. bunyi burung2, bunyi air terjun.. jauh dr hiruk pikuk kota. Dari Rm10 yg kitorg kumpulkn setiap sorg, dapat la kitorg BBQ ayam kat sane.. siap ade Bihun goreng lg..

Dalam kul 4 petang kitorg pun gerak pulang.. Memori Sg.Congkak meninggalkan 1001 kenangan buat kami semua. Semoga trip sebegini akan selalu diadakan.. sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...