Thursday, October 07, 2004

hepi besday..

terlebih dulu aku nak panjatkan syukur kehadrat tuhan yg maha esa, kerana masih dikurniakan nikmat melihat, mendengar, ketawa, berlari, berfikir, bersukan, bernafas, kentut, dan bermacam2 nikmat yg tak dpt aku sebutkan sumernye kat sini. jgn lah KAU ambil nikmat2 kurniaan MU ini dariku ya ALLAH. sesungguhnya aku sentiasa bersyukur dan ingat kepadaMU. penah sekali KAU 'tarik' sementara akan nikmat mendengarku. (telinga sebelah kiri tak fungsi). betapa sukarnya aku utk berkomunikasi dgn org. terpakse ckp kuat2. itu baru sikit. masyaAllah. tapi kini KAU dah kembalikan nikmat mu itu YA ALLAH. alhamdulillah.

banyak melalut pulak aku ari nie. dah lame tak tulis pepanjang. sbenarnya aku ni gemar menaip pepanjang. tp takut org malas nak bace pulak. tapi lantaklah. janji aku puas hati.

tetamu datang mesti dilayan.. apis'young', bob, saiful, n afiq(bad).. tapi tetamu ni kene layan diri sendiri. wakaka..actually, today is my besday. sedar tak sedar dah tua rupenye aku. dah masuk 22 tahun dah pun. blaja ade lagi 3 tahun. 22 + 3 = 25. stat keje umur 25. tu baru nak stat keje. ntah dpt keje ke tak waktu tu. keje dlm 2 tahun, kumpul duit sikit2 utk mase depan. 25 + 2 = 27. agak2 dah establish sikit sumber kewangan, umur 27 baru cari calon bini. tu pun baru nak cari tu. ntah dapat ke tidak. ye la, muke aku nie sape la yg ndak. tu pasal la slalu di 'tinggalkan'. waaa!!! tapi takpe, jodoh pertemuan ditgn tuhan. kalau ditakdirkan jodoh aku esok, nak buat camne. esok jugak aku kawin. wakakaka...

boring2 main kad la pulak. royal se'frem'..nak citer pasal smalam. ntah camner bebudak ni tau besday aku ari ni. aku punyelah low profile kat sini. tu pun boleh kantoi. hmm.. mase dlm klas, tetibe je bob kata aku nmpak makin tua. tak pulak aku 'tangkap' maksud kata2 class rep aku tu. pastu ade yg menyampuk wish besday. la.. padan la. esok besday aku. (kata hatiku). masak la aku mlm ni. (teringat aku mase zaman kat kolej ari tu. ade yg sanggup blanje memember bilik suruh rahsiakan tarikh lahir. ye la, takut kene raging) Diorangg siap ugut aku lagi jgm pegi memane mlm ni. cuak gak aku. mane la tau diorang nak buat mcm mane aku kene kat kpm dulu. huh!

sduh! teruknye kad aku. hmm.. camner la nak tipu diorang ni. ishk3x..di pendekkan citer, mlm tadi ade la skumpulan makhluk (bdk klass) dtg bilik aku. (saspender je..) hmm.. nasib baik la takde ape2 yg belaku. diorg wish besday '0' je. huh! lega.. ape2 pun, aku betime kasih kat kengkawan aku yg 'alert' pasal tarikh kelahiran aku. (penting tu) setahun skali. semoga korang panjang umur dan dijauhkan dari segala kesulitan.

denda!! kene abiskan air teh'O' tawar tu satu gelas penuh. masuk ni, kali ke-3 aku kene minum. naik sebu perut aku. huk!so, utk diriku. belajar rerajin. kalau boleh cube banggakan mak bapak yg tak jemu2 bagi duit poket supaya aku tak rase kekurangan ketika di alam pembelajaran. dapatkan COPA utk sem ni. cube jadikan pengalaman di kolej dulu sbg satu pengajaran. satu lagi, kalau boleh cube elakkan dr terjebak ke alam percintaan. tumpukan pada pelajaran. CUBA.. kalau dah terjebak gak nak buat camne. hehehehe..

-adios-

Wednesday, October 06, 2004

Futsal kat Melaka

awek tol ni nama Zurairah. tengok la kat signboard tepi tu. cun woo.. tp aku cpt sgt snap la. tu pasal muke dia tak nmpak. hishhh..Semalam aku pegi main futsal ngan memember UniKL kat melaka. sumenye tak dirancang awal2. mase class Pengajian islam, junaid sibuk cari org saper nak main futsal..
ingatkan memain, rupenye betul2. padehal waktu tu tempat pun tak booking lagi. so, abis je class, dalam lebih kurang pukul 11pm kami pun gerak trus ke melaka

kami pegi dalam 19 org (5 kereta).mase ni kat tol alor gajah. sesi bergambar smbil menunggu khairul + mozet booking tmpt. uniKL ni lain sikit, kluar masuk campus boleh sampai kul 12 mlm je. lebih pade tu tak dibenarkan masuk. so, dengan kate lain, terpakse overnite la kami kat luar. overnite pun overnite la, janji rock. sebelum smpai kami berhenti skejap kat tol alor gajah. utk sesi amik gambar. pastu baru truskan perjalanan gi gelanggang futsalni la gelanggang tmpt kami main. tak clear la.. sori!

kami sampai dlm kul 12am lebih. besar gak tmpatnyer. ade 5 padang futsal.
selama 3 bulan, aku ingatkan kat sini takde bende.. rupe2nye ade gak gelanggang futsal. ishk3x.. hafiz 'young'.. penat sgt smpai tertido kat bonet keter bobkami booking 2 jam, sampai kul 2 pagi. so dgn excitednye memasing pun tunjuklah skill2 yg terpendam selame ni. blum smpai 1/2 jam, aku dah pancet. (tak larat siot!) kami buat 3 team. sape menang stay, main lagi. (cakap jawanye 'king stay'). kul 2 baru abis..

pukul 2 pagi. lapar ni.. lahapnye acong makan..abis main, penat. perut pun lapar. pastu sumer gerak gi restoren 'mapley' kat MITC (24 hours). masing2 pun melantak ikut suke. aku makan mee rojak ngan teh 'o' ais je. slrrrpp.. best btul. dlm kul 4 kami pun beredar. kalau nak balik campusni la makanan aku pkul 2 pagi.. mee rojak + teh'O' ais waktu ni, mesti guard tak bg masuk. so, kami pun lepak dulu kat restoren jejantas. ade yg tido, dan ramai yg borak2 je menanti pagi. kul 6 pagi, abis smayang subuh, kami pun gerak balik uniKL.


3.30 pagi.. makan secara berjamaah


-tamat-

Tuesday, October 05, 2004

ex-KPMB mini Gathering kat MINES

Sabtu ari tu bersamaan 2/10/2004 adalah hari bersejarah bagiku kerana dapat bertemu semula ngan kengkawan KPMB. aku nie memang excited sgt la nak dtg. sbg penganjur, aku takut gak kekalau yg datang tu tak smpai 10 org. ye la, ramai yg msg last minit kate ade hal. huh.. tapi nasib baik la ade gak yg beri support kat usaha aku dan kengkawan yg lain. ramai gak la yg datang.

cipun tgh key in data bayaran kontraktor trus kedalam akaun pagi2 lagi (kul 8am) aku dah kluar rumah. aku menumpang keter cipun. terpakse ikut cipun g ofis dia dulu, sbb cipun nak buat OT ari ni (byk keje katanye). tak jauh pun, kajang jer. bfast cipun blanje. thanx frenz. ;-D tapi kat ofis tu aku tido je. (ngantok siot, tido kul 4am sbb nak siapkan buku log nih). carer gak cipun nyer ofis. nampak mcm sibuk. ye la, belambak fail kat blakang. sembang ngan client..sumer kene submit end of this month. mampus!! sesambil tu ade gak aku tolong2 dia masuk kan data. heheheh..
settle keje, dlm kul 12 kami pun gerak gi mines. 1230pm dah sampai. sementara tunggu kul 2, ape lagi. layan la bowling se'frem' dua. seperti biase, aku la yg menang. hehehe..

kul 2 kami dah turun bawah kat foodcourt tempat mini gathering tu. jali mase tu dah smpai. pastu fariki(apek).. pijoh.. smpai la kul 3 ptg. kehadiran kurang memuaskan. aku pulak naik cuak. ye la. citer bagai nak 'rak'. orgnyer sikit jer yg datang. dalam kul 3.30pm tu baru la dtg sorang-sorang.. ade la dlm 24 org. fuh lega!. sumer yg hadir ari tu telah mengisi data2 diorang dlm buku log nih.

kul 4pm baru aku boleh stat majlis. aku la pengerusi majlis hari tu. poyo jerk. lantik diri sendiri. ape boleh buat, bakat kepimpinan mmg dah mengalir dlm diri aku ni. (puji diri sendiri) nak kata malu tu mmg malu. bayangkan bercakap kat public. peace.. waktu ni tgh bace teks ucapan. ade la dlm 12 pages..dikelilingi org ramai yg tgh makan. selamber je. lantak la.. nasib baik la penah practice mase 'public speaking' kat kpm dulu. (speech kat cafe mase org tgh lunch).. majlis bermula dgn ucapan pengarah projek (shasarida bidin). pastu penerangan ringkas pasal GATHERING dari aku. kemudian perlantikan AJK. name2 diorang nanti aku letak kat http://kpmb.skolblog.net lepastu ade upacara potong kek. sempena majlis mini-gathering ni.

lastly kitorang (penganjur) membuat sedikit derma ikhlas utk menampung balik perbelanjaan yg kluar utk majlis ni. tgh borak ngan balak *****. peramah sikit..ternyata, sumer yg hadir adalah pemurah. kami dpt mengumpulkan sbyk RM78. lepas ni aku tolak ngan duit bahan2 yg dibeli. lebih tu aku masuk tabung. InsyaAllah, duit tu akan digunakan utk kepentingan bersama. lastly, ade sedikit sesi bergambar. dlm kul 5.15pm, majlis bersurai.

sesi bergambar beramai2. gambar aku takde sbb aku yg amik gambar ni. mamat 'tukang tgkap gmbar' tu tak reti gune hset camera aku. cit!..Cola tgh potong kek utk diagihkan kpd yg lain. sedap btul kek eskrem ni. hmm.. terliur aku.ntah ape yg dibualkan. mesti pasal pompuan. hehehe..bergambar dikelilingi puteri kpmb. (kurusnye aku disebelah awek baju belang ni..)

mase ni tak ramai lagi..ni lah ajie. waa.. ensemnye mamat ni dgn rambut pattern baru..jali.. ensemnyer mamat ni..nadia.. malu2 kambing gitu

Cola.. ni pulak malu2 beruang. hik!linda.. huh! ni dah tak tau malu. wakakaka..pijoh.. my secretary, tgh sibuk susun hadiahzury.. maintain lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...